Tuesday, 30 April 2013

KFC Golden Wrap Chicken vs. KFC Spicy Korean Crunch

Assalamualaikum & heyy you all!

Tengok tajuk rasanya dah jelas yang I nak cerita pasal apa. Masa sangat terhad. Dah malam ni dan I pun dah mengantuk. Since, I tak berkesempatan nak review Golden Wrap Chicken ni dulu, jadi I gabungkan kedua-duanya dan buat perbandingan. So, this is my review.

KFC Golden Wrap Chicken

I LOVE IT! At first I agak takut sebab rasa dia pelik. Rare! I underestimate menu ni masa keluo iklan tv. Gabungan ayam tu dengan rempah yang digunakan sangat sesuai dalam masa yang sama pelik. It was extremely spicy yet so tasty. Sayang sebab menu ni bermusim. Bak kata Rya, rasa menu ni sangat 'oriental'. Maknanya bila kita rasa je kepala otak ni terus terfikirkan masakan Cina tapi pedas dia tahap Siam. Hahaha! Makan macam tu je dah sedap, makan sekali dengan nasi pun okey. I tak try dengan roti tapi somehow jagung tu dapat membantu menghilangkan kepedasan yang teramat tu. 

KFC Spicy Korean Crunch

The very first word popped out in my mind was 'weird'. Actually, I don't how to describe it. Siapa kata ayam K-Pop sedap? =P Dia cuma ayam goreng Hot & Spicy biasa yang dituangkan sedikit sos yang pelik. Apa yang pelik? Well, rasa sos tu sendiri dah pelik... rupa dia gelap ala-ala kicap. Bijan tu tak mengubah apa-apa pun. Setakat hiasan mungkin? Totally hate it! Terpaksa habiskan sebab dah terlalu lapo. Lol! Mungkin sebab I tak pernah rasa makanan Korea. Ataupun mungkin memang rasa dia teruk macam tu. Gabungan kesemuanya sangat tak serasi dengan tekak I. For sure takkan beli lagi. 

So, that's all I guess. I wish they'll bring back the Golden Wrap Chicken and ban or modify that Spicy Korean Crunch. I hope this review will help you guys. Sorry for being too honest. ~XOXO~

p/s: Sedap lagi Uncle Bob. 

1 comment:

zaiedishaq said...

Taste kita terbalik. I really hate the chicken wrap taste but I do really love that K-pop chicken.