Tuesday, 23 April 2013

The Journey of an Awesome Experience

Assalamualaikum & heyy you all!

Fuhhhh... akhirnya! Entry pertama selepas sekian lamanya dah pun I published sebelum ni. Jadi, entry baru nak cerita pasal apa ek? Well, boleh kata dah 2 minggu sejak I balik dari KL hari tu. Bagi I, pergi KL dari JB sorang-sorang tu kira big deal okey. Tapi kali ni I bermalam kat rumah Ezwan. Siapa dia? Aiyyyooo! Dia ni kawan baik I masa kat kolej matrik dululah. Just imagine... it has been 4 years since our last meeting. SubhanAllah! Takdir Tuhan, we all berjumpa semula. Hehe

Bertolak dari JB pukul 5 petang, naik bas. *boring* I tak suka naik bas tapi nak buat macamana. My parents lah, tak bagi I drive. Ikut jelah you all. Wan ni dia tak jelaskan awal-awal dia duduk mana sebab dia assume I tahu. Tahulah sangat kan?! Bas I turun kat TBS. I kena naik Komuter ke KL Sentral sebab itu je cara nak ke Shah Alam. Lama kot tunggu train baru sampai. Sampai je KL Sentral, kaunter tiket tutup depan mata. Haruslah I tak tahu nak buat apa masa tu kan. Tapi inilah part yang paling thrill dan best sepanjang perjalanan nak ke area flat si Ezwan tu. I tak tahu yang pukul 10 malam last train masih ada lagi. Itulah... kenapa tak tanya orang lain. Plus, I bawa kad Touch 'n' Go kot. Rugi!! Why? Sebab I ambil teksi untuk ke sana. RM34.00 terbang begitu sahaja. Tapi sebelum tu nak call Wan untuk tanya alamat punyalah susah. Best naik teksi sebab dapat tengok pemandangan malam dan selesa memandangkan I terkena 'jet leg' lepas duduk dalam bas selama 5 jam. =.= Masa naik teksi tu dapat pula apek driver yang tak tahu area Shah Alam tu macamana. Suruh hantar ke Seksyen 7 tapi tak sure mana satu seksyennya. Akhirnya, Wan kata berhenti jelah kat KFC. Ada satu KFC ni dekat dengan bangun UiTM kat situ. I pun tunggulah gelap-gelap kat bus stop tu. Pukul 12am jugalah I sampai rumah Wan. Perrghh! Letih dia tak terkata. Lebih mengantuk daripada lapar. Haha

Jadi, apa tujuan I nak ke KL? Sampai sanggup stay sejauh Padang Jawa tanpa kereta? Well, WCOPA lah yang menjadi penyebabnya. Tak tahu apa tu? Google, please! Jangan malas sangat okey. =P Ataupun baca entry I yang 2 tahun lepas ni. Dah baca? I dah lama dah bercita-cita nak cuba nasib untuk WCOPA ni. Oleh sebab tahun ni dah ada semula, apa kata I datang je kan. Ambil pengalaman orang kata. Manalah tahu ada rezeki dapat masuk sampai final ke, kan? Sebab tu jugalah I tangguh dulu untuk mula bekerja sebab I nak pastikan I free waktu audition tu. Tambahan pulalah tahun ni cuma ada satu audition je. Berbekalkan latihan nyanyian selama 3 minggu, I pun pergilah. Rya ada sekali temankan I. Dia je yang free masa tu. Alhamdulillah... ada teman beranilah sikit I nak berjalan ke situ. Naik train dari Padang Jawa sampai KL Sentral jumpa Rya. Dialah yang pandu I untuk jalan ke Maju Junction. We all sampai awal rupa-rupanya. Hihi! *semangat*

Hari pertama, I nyanyi lagu Sinaran by Dato' Sheila Majid. Sebab? I suka lagu-lagu jazz dan I rasa seronok bila nyanyi lagu tu. Tak ramai yang datang tapi yang tak ramai tulah yang menggerunkan sebab majoriti kalau tak budak Aswara mesti profesional macam Rizu (Forteen) *excellent vokal dia* , Azmeera dan adik kepada Shila Amzah ataupun dididik guru yang berpengalaman. Jauh bezalah dengan I. Hahaha! Vokal they all tak payah katalah. Pergh! Senang kata peserta yang audition untuk wakil Malaysia ni memang bukan calang-calanglah orangnya. Tak kisahlah sama ada they all nak bertanding untuk vokal ke... tarian ke... instrument ke... acting ataupun modelling. Superb! Juri ada 3 orang. Tapi seorang je yang I betul-betul kenal, Deja Moss. Perasaan masa tu? Seram dan excited dalam masa yang sama. Komen they all, sampai bila-bila I akan ingat. Itu yang I nak sebenonya. Dengar komen daripada professionals ni. Thank God! I lepas untuk ke semi final esoknya. Weeee~

Hari Ahad tu mula lewat sikit so boleh makan dan jalan-jalan dulu. Rya nak singgah Sogo dulu lagi pun. I love Sogo! Seronok shopping mall tu sebab sentiasa ada sale yang gila meriah. Plus, I belum decide nak nyanyi lagu apa. Mampu? I rasa semua orang pening kepala fikir nak nyanyi lagu apa lepas kena kritik semalamnya. Huhuhu... nervous I sangat teruk okey masa semi final. At last, I decided to sing I Surrender by Celine Dion. Itu je lagu yang I rasa paling menguji vokal dan I paling  prepared. I hampir-hampir nak tuko lagu last minute sebab nervous gila. Ada lupa lirik sikit tapi dapatlah cover that part. Fuhh! Gugup dia memang lainlah. I don't know why. Tapi... rezeki I sampai situ je tahun ni. Bak kata Deja Moss, juri hanya nilai daripada performance hari kedua sahaja. *sobs* I antara 4 orang yang tak lepas ke final. Ada juga yang tarik diri sebelum separuh akhir. Sedih sikitlah tapi I puas hati. Alhamdulillah, at least I dah cuba. Dan I tahu apa yang perlu dibaiki kalau I betul-betul nak masuk lagi next year. Keseluruhannya, I seronok, teruja dan bersyukur sangat. Actually, semua perasaan yang I pernah rasa sepanjang hidup disatukan dalam masa yang sama. Macam itulah perasaan I. I rasa perlu dijelaskan yang tujuan I masuk sebab I memang minat nak masuk WCOPA ni dari duluuuuuuuu lagi. Sejak dari zaman Iqwal, Dina, Sarah, Bob dan Deja Moss masuk. I wanna prove that I've got what it takes to be in the competition and in the show business. Besides, I wanna prove to myself that if I have passion, nothing's impossible. (:

 Sementara tunggu audition mula lepak sini dululah dengan Rya. Lama gila kot, we all sempat bergosip lagi. Haha!

Masa nyanyi Sinaran...

Dengan Rizu Forteen... mantap gila vokal dia.

With Iqwal... one of the best performer in Malaysia. *no doubt*

Gadis yang hitam manis tu Biha, anak Auntie Izan yang peramah tu. Hehe

Dah lapo lepas audition inilah yang I baham. Kid's eyh? n_n

Sempat juga snapped dengan Ezwan before balik JB. Kenangan you all... frust tak ambil gambo dengan Rya. Huhu..

Selain tu, I dapat kenalan baru. Ada seorang aunty ni anak dia si Biha tu masuk juga. Sangat peramah okey. We all siap bertukar-tukar nombor kot kot ada apa-apa event lepas ni dia boleh ajak I join sekali. Sweet sangat aunty tu tau. Haha! Anak dia pun sweet juga. *matilah* Kita tengoklah apa yang jadi tahun depan ya. InsyaAllah, ada rezeki tak kemana. I harap sangat Malaysia buat The Voice, so that ada lah platform untuk makhluk Allah yang unik macam I ni kan. Ahakz! Terima kasihlah kat Ezwan & Rya. Thanks ibu dan ayah sebab approved 'FaMa' untuk Along masuk audition tu. Love y'all! ;D

No comments: