Sunday, 19 May 2013

Beeeehhh zeeeeeeeeeeee!

As salam & heyy you all!

I dah ngantuk gila ni tapi kena juga. Just so know, I dah mula kerja. Konvo 13 Mei, mula kerja 15 hari bulan. Fuhhh! Kat mana? Kat Season Cafe, City Square lah. Season ni kira brand kedai kek favourite I sejak I kecil lagi. Sekarang I kerja kat situ. Tapi kat kafe tahu, bukan kedai kek. Dia lain-lain. Sorry lah wahai blog dan kawan-kawan sebab tak sempat nak upload gambo konvo bagai semua. Sibuk gila sejak konvo tu sampai sekarang. Kerja shift ubah-ubah plus kita ni orang baru. So, faham-faham jelah ya. Hehe
InsyaAllah, ada masa... I try untuk update. Doa-doa jelah I ada Tab ke iPad ke bolehlah I update bila-bila dan di mana-mana sahaja. Almaklumlah, I tak updated macam you all. Baiklah, jumpa lagi. Daaaa~


Wednesday, 8 May 2013

Enough is Enough!

Assalamualaikum & heyy you all!

Well, dah 3 hari pun since PRU hari tu. I tak ada post apa-apa pun lagi. 
Pengundi BN of course lah seronok,
pengundi PKR of course lah tak puas hati.
Nak buat macamana, kan?
Things happen!

Apa-apa pun I ucapkan tahniah.
Tahniah kepada BN sebab menang di Parlimen dan...
... tahniah PKR, sebab masih memerintah di Kelantan *PAS* dan di Selangor.
Tak banyak yang I tahu sebenonya pasal politik ni.
Plus, malam keputusan tu I tidur seawal 9.30 malam.
Ngantuk you all!
I pun bukannya berminat nak ambil tahu semua ni.

Cuma...
... sudah-sudahlah post, tweet atau share pasal isu ni. *ini last, insyaAllah*
4 ke 5 tahun lagi bincanglah semula dengan serious, ya?
Muak, jelik, semualah!
I dah tak tahan!
Asal online je, topik yang sama.
*puke*
Tambah-tambah malam ni ada perhimpunan kat Kelana Jaya.
Makinlah naik isu ni.

Ya, Allah hai...
... apapun yang terjadi, Engkau lindungilah kami daripada bala dan musibah.
Kami redha atas segalanya, ya Rabb.
Aamiiin...

p/s: Jumaat ada interview... Isnin ada konvo... #focus

Sunday, 5 May 2013

#GE13 #FirstTimer Dakwat Kekallah Sangat?

As salam & heyy you all!

Ini pun baru sekali cuci dengan Axion.


Kita tunggu jelah ya apa yang jadi malam ni. InsyaAllah... 

Saturday, 4 May 2013

Walk the Talk

Assalamualaikum & heyy you all!

Tinggal kurang daripada sehari untuk PRU bermula.
Tak sampai 12 jam tamatnya manifesto semua.
I bukanlah selebriti...
... apatah ahli politik
Cuma nak ingatkan sesama warganegara...
... pergilah mengundi esok.
Tak guna cakap pasal politik sampai berbuih-buih air liur keluo tapi batang hidung tak muncul esok.
Less talk, let's vote!
Mat saleh kata,
"Walk the talk!"

Sesiapa pun yang menang, kita doakan jelah yang terbaik untuk negara, bangsa dan agama.
Be positive! ^_^
Bukan mudah nak memerintah negara.
Berbaloi ke post macam-macam kat Facebook, pergi ceramah politik kalau tak mengundi?
Jadi, pergilah ya akak, abang, mak cik, pak cik, atok, nenek...
Buktikan yang you all ni bertanggungjawab.
SELAMAT MENGUNDI!



p/s: Tak sabo... esok first time. Hehe