Sunday, 23 June 2013

I resigned!

Assalamualaikum & heyy you all!

Hahaha... I rasa lawaklah. Tak sempat cerita panjang lebo kecuali dalam entry yang lepas. Itu pun dah boleh kata sebulan. Hmm... tak ada masa nak publish apa-apa. Kerja tuko-tuko shift ni memang memenatkan dan makan tenaga serta masa. I tak tahu nak mula cerita dari mana. Yang I boleh kata, dugaan besolah untuk orang macam I. Jujur I cakap, I suka jaga kafe ni. Tapi mungkin sebab dia dalam mall, jadi kesibukannya tu terserlah sangat. Plus, I dah dapat offer dari company lain yang lebih established. Actually, that's a very cliche' excuse. Sebab yang lebih terperinci I tak boleh cerita sebab I tak nak orang menyampah baca nanti. Cuma yang I boleh kata, I nakkan kerja yang memudahkan I untuk ke surau, dirikan solat fardhu dan solat Jumaat. I tak mahu ada 'halangan' dari mana-mana pihak untuk I ke surau untuk menunaikan tanggungjawab UTAMA tu. Pendek kata, I nak cari rezeki... seboleh-bolehnya I nak yang seberkat-berkatnya yang I boleh dapat. #nuffsaid

I tak mahu buat sesiapa terasa, I pun tak sempurna okey tapi itulah hakikatnya yang terbuku dalam hati ni. I cuma dapat luahkan pada ibu dan ayah je. Itu pun syukur kerja kat hometown sendiri. #alhamdulillah Syukur sangatlah yang Khamis lepas merupakan last day I kat situ. Boleh kata, pengalaman itu sangat best. I tak boleh cari kat mana-mana. I berterima kasih sangat pada ibu dan ayah sebab memahami I sepanjang masa I kerja kat situ dalam sebulan lebih tu. Thanks to my fellow staffs and my bosses. They are good people. I doakan those people yang I kasihi tu... I mean all Muslims yang ada kat kafe tu diberikan hidayah sepertimana yang I mohon daripada Allah S.W.T. untuk diri I dan keluarga. InsyaAllah, I harap dalam masa seminggu I tinggal kat rumah ni I boleh decide lah kat mana I nak kerja lepas ni. Peluang kerja kat Malaysia, alhamdulillah banyak. Cuma kita je yang kena pandai jaga diri dan kualiti kerja kita. *bercakap untuk diri sendiri ni*

p/s: Kerja kerajaan atau GLC juga yang lebih mudah.

No comments: