Friday, 28 June 2013

No More Pearl :(

Assalamualaikum & hey you all!

Semalam I pergi karaoke dengan kawan I si Fatmie. Lepas karok tu we all singgah mall kat sebelah tu kejap. Kononnya Fatmie nak sangat minum Chatime, walhal I pun sama juga nak menyedut minuman tu. To be exact nak sedut 'pearl' tu. Ahakz! Dah lama kot tak beli Chatime. Berbulan-bulan!!

Tiba-tiba time request for pearl, that cashier kata pearl tak serve buat masa ni. Macam itulah bunyinya. Alasan? Well, dia tak beri alasan kecuali dia cakap Pengurus kedai tak mahu ambil risiko kena saman. I dah tahu sebab terbaca post JAKIM kat Facebook hari tu. Cuma tak sangka Chatime pun nak tarik balik produk dia. Katanya, dalam pearl tu ada kandungan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan sekiranya diambil dengan jumlah yang banyak. Haaaaaaa! Cuaklah, cuaklah tu. Hahaha

I excited nak juga so I belilah satu flavour ni yang I tak pernah rasa sebelum ni. Kata kawan-kawan I yang itu sedap. Punyalah tu, kalau beli RM15.00 dalam satu resit dapat satu boucer beli-belah Zalora. *20% je pun* Gigih okey! Tambah coconut jelly nak pastikan exceed that fifteen ringgit. #LOL Walhal selalu je Zalora bagi code diskaun tu. Inilah namanya sambil menyelam minum air. Kalau dah shopaholic tu kat mana-mana pun perangai macam tu. *herdik diri sendiri ke?*


Seriously, it tastes extremely delicious. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaap! Kenapalah sebelum ni I tak beli perisa yang ini ek? Somehow, combination coconut jelly dan air tu sangat awesome. InsyaAllah, next time pearl dah ada baliklah. I suka pearl sebab boleh kunyah-kunyah. Hahaha

Tak sabo nak shopping. Gaji, puhhlissss!

p/s: Haven't tried BlackBall yet. 

No comments: