Saturday, 20 July 2013

"Beli Majalah-majalah Lama"

Assalamualaikum & heyy you all!

Malam ni asyik muka I je naik kat blog agaknya. Nak buat macamana. Dah idea melimpah ruah gitu. Lol! Ceritanya macam ni... I start kemas bilik tidur I sejak minggu lepas. Tak habis-habis! Bayangkanlah, dah dua tahun tak dikemas. Sebelum ni belajo lepas tu praktikal. Barang makin bertambah. Pindah dari Melaka balik ke JB bawa balik barang macam baru keluo merompak dari Jusco. Aiyyoo! Seriously, I'm not joking. Dah namanya shopaholic pula tu. Laaaaaaaaaaagilah! 

So, punyalah kemas-kemas... sambil-sambil tu jumpa barang lama. Itu yang I ambil masa sampai hari ni tak settle lagi tu. Jumpa pula majalah lama. Actually, I memang nak get rid semua tu. Jual ke kitar semula ke I tak pasti yang penting kasi berambus sama itu balang dari kamar beta. #tibatiba

I ni manusia biasa yang tak lari daripada suka dengan hiburan. Jadi, antara tanda-tandanya adalah membeli majalah hiburan. Sebelum kenal Galaxie magazine, I ni peminat setia majalah Hype!. You all pernah dengo tak? Dia adik-beradik Gempak Starz all those mags tapi versi hiburan sahaja. Maka, segala datuk nenek artis ada dalam tu. Yang I paling suka lirik lagu. Almaklumlah, suka menyanyi... zaman I sekolah menengah dulu mana ada macam sekarang. Print je lirik. No! Dulu, lebih kepada tulis lirik tu. Gigih ni minah-minah jiwang karatz kat sekolah I dulu dengo lagu tu kat radio letak speaker sebelah telinga semata-mata nak salin lirik. Tak faham! Hahahahaha

Tapi, hari ni dalam sejarah. Berpuluh-puluh majalah Hype! I tu I jualkan kat apek "Beli Surat Khabar Lama". Dandan I angkut keluo rumah dia datang. Macam janji-janji je kan? Hahaha... Adalah dalam 20 kg. You all tahu I dapat berapa?


Ya! RM4.50 je! Itu pun sebab ada tolak barang plastik dengan kotak kosong. Okeylah tu kan, asalkan segala barang lama yang memenuhi bilik dan mengumpul habuk dapat dibuang. #alhamdulillah


Inilah rupa majalahnya. Ini jelah yang tinggal I simpan untuk buat kenang-kenangan. Lirik best I simpan semuanya. Yang cover ada Anuar Zain tu wajib simpan. Haha!


Hobi lama perlu diubah, ditukar dengan hobi baru. Simpan duit. Kurangkan beli majalah. Beli buku ilmiah ke lagi bagus. Paling tidak pun menabunglah. Dapat membantu hari tua I nantikan? Ngee...

p/s: Banyak lagi hobi yang pelik-pelik.

No comments: