Thursday, 25 July 2013

Buat Pencinta Kucing

Assalamualaikum

Dah lebih 12 jam pun lepas Snowy pergi.
Rasa hiba masih ada lagi.
Tapi I akan cuba untuk ingat rupa dia yang comel supaya I tak rasa sedih.

Ini...
I ada hal nak disampaikan.
Kepada semua pencinta kucing.
Kalau you all ada bela kucing.
I harap you all ambil beratlah pasal kucing-kucing tu semua ya.
Kalau jadi macam entry I yang sebelum ni.
Cepat-cepat bawa jumpa vet tau.
Kucing ni ada macam-macam penyakit.
Macam manusia juga.

Kalau ada yang kencing berdarah tu ambil gambo dan tunjuk kat doktor.
Pastikan pergi ke klinik haiwan yang boleh dipercayai.
Maksud I doktor atau pegawai perubatannya.
Untuk orang JB.
Kat BBU ada banyak pilihan.
Pet Paradise Clinic tu I rasa bagus.
InsyaAllah, tak mahal.
Dengan haiwan kesayangan ni jangan kedekut duit tau.
InsyaAllah, murah rezeki nanti. (:

Plus,
I nak cakap.
Kalau kucing you all miang nak kahwin nanti.
Jangan beri dia kahwin sesama kucing dari baka atau famili yang sama tau.
Macam manusia juga.
Kahwin sesama keturunan ni tak elok.
Mungkin ada kena mengena dengan gene atau DNA kot.
I don't know much 'bout science.
Ada kemungkinan itulah sebab kenapa nyawa Snowy tak panjang.
Ibu I pun dah sedar pasal hal ni sekarang.
Dulu I terangkan tak mahu ambil serious.
Tapi,
lepas doktor mention hal yang sama barulah...
Bukan apa,
try pasangkan kucing tu dengan kucing baka berlainan.
Kasihan,
nanti anak-anaknya lahir tak sihat.
Cepat mati dan sebagainya.
Penat ibu kucing tu beranak.

Lastly,
kalau you all nak rasa
kasih sayang yang tak bersyarat.
Belalah kucing.
'Diorang' ni tak bersyarat pun.
Kalau you all sayang kat kucing tu,
kucing tu pasti dapat rasa perasaan you all.
Dan you all akan rasa nikmatnya disayangi.
Apa-apa pun,
mereka ni makhluk Allah macam kita.
Pengajaran yang I dapat sejak dari dulu.
Kita akan rasa betapa berharganya mereka yang kita bela tu,
bila mereka dah tiada. 

Kepada yang tidak faham
I tak suruh you all faham pun.
Terima kasih sebab sudi baca.
~As salam~

No comments: