Friday, 19 July 2013

Juadah Berbuka Favourite (Part One)

Assalamualaikum & hey you all!

Diam tak diam dah 10 hari kita menempuhi Ramadhan. 
How so far? Ada skip tak? Hehehe... you all jangan. 
Dah tua bangka dah. 
Tak payah nak skip sangatlah. Jotos nanti baru tahu! *amboi garangnya* 
Well, I tak ada update apa-apa sejak first day puasa hari tu. 
Nak update apa pun tak tahu. 
Tapi bersempena hari ke sepuluh Ramadhan ni,
 I terbuka hati dan tanganlah nak update entry baru. Hihihi

As you all know... bulan Ramadhan ni bulan yang penuh barakah dan penuh... 
... penuh dengan makanan semasa berbuka puasa. 
Jadi, I pun naklah share apa yang I makan untuk berbuka.
 Tapi tidaklah menu setiap hari. 
Selected food only! 


Yang ini tiap-tiap tahun mesti ibu I buat. I panggil 'pengat' je. 
Nama dia Bubur Candil. Ada yang panggil Pengat Tepung Pulut Bersagu... 
... ada juga yang panggil mula dengan perkataan 'bubur'. 
Masing-masinglah kan? Ada I kisah? 
Yang penting masuk perut... sedap. Auuuummm!
Amaran: Tak ada gigi jangan makan. =P

Ini first time my mom masak Carbonara hari tu. 
Tak ingat buka puasa yang keberapa. 
Seriously, tak cukup!
Why??
Sebab I ni hantu cheese
Alhamdulillah... sangat menyelerakan.
I prefer ini berbanding pizza. Hehehe

Onde onde a.k.a. Buah Melaka.
Ini pun favourite I.
Setiap bulan Ramadhan mesti ibu I akan buatkan at least sekali.
I memang suka dessert Melayu berasaskan pulut ni.
Kenyal-kenyal, manis dan berlemak.
Yes, you heard me.
BERLEMAK! 
Hahahaha

Okey, ini adalah Pengat Jagung.
Dah lama ibu tak buatkan untuk we all.
Seronok sangat makan sampai 3 mangkuk.

Ini adalah lengkong a.k.a. agar-agar.
Ibu belikan tadi kat bazar Ramadhan.
Itu pun sebab terpaksa singgah layankan adik I.
Sangat cantik dan unik rupanya.
Tapi rasa biasa je.
Maybe you all boleh buat sendiri kat rumah untuk berbuka puasa nanti.
Mudah je!
Tapi kalau nak meletop macam kat atas ni,
alamatnya next Ramadhanlah baru you all dapat makan. 
Lol! 

Well, so far ini jelah juadah yang menarik minat I untuk dikongsikan bersama-sama.
Sebagai cadangan je okey.
Tak ada niat nak buat you all terliur sampai terhirup balik air liur. 
*eeeeeeeeeeewwwwwwww!!!*
Manalah tahu you all dah tak ada idea nak cari apa kat bazar ataupun...
... nak masak sendiri ke kan?
Kenapa banyak manis-manis je?
Sebab makanan yang masin-masin, lauk-pauk bagai tu dah biasa sangat.
Plus, I love dessert. Teehee!
Tapi ingat ya, jangan lupa minum air masak atau air kosong
selepas makan manis-manis ni.
Selamat berpuasa!

~As salam~

No comments: