Tuesday, 30 July 2013

Juadah Berbuka Favourite (Part Two)

Assalamualaikum & hey you all!

Diam tak diam dah masuk malam 1 likur. Kan? Tahu-tahu je dah raya nanti. Hmm... sedih sebenonya Ramadhan dah nak habis ni. Ayah selalu kata, "Kalau boleh nak puasa je sampai bila-bila." Allah hai... kalau macam tu memang bagus. Tapi, menyambut hari mulia Aidifitri tu kan satu ibadah juga. Setuju? So, sempena dah berlalunya 20 hari berpuasa, I nak share lah gambo-gambo juadah berbuka puasa yang I rasa mungkin you all tak makan lagi Ramadhan kali ni. Hehe

Nampak tak ada dua makaroni kat situ.
Dua-dua Makaroni Goreng.
Yang atas tu, I punya. Ada cheese. *WAJIB*
Yang bawah tu tak ada cheese tapi banyak 'sampah-sarap'.
I tak makan tu. Tak retilah.
Almaklumlah, hampir 23 tahun hidup tak makan bawang, sayur dan lain-lain.
Huhuhu

Ini rasanya semua orang boleh teka.
Frankfurter dan roti.
I rasa senang bagi nama Roti Gulung Goreng je.
Simple, boleh buat sendiri.
Bahan tak banyak.
Budak tadika pun boleh buat. 

This one!
Ini selamanya favourite I.
Tak bulan puasa pun I cari.
Kuih Cara nama diberi.
Sedap!
Tapi kalau tangan yang 'elok' lah yang membuatnya,
Beneath dia ada gula.
Tak banyak sangat tapi bila gigit dia meleleh.
Auuuuuuuuuuum!

Hehehe...
Ini you all dah masuk zon kuih raya.
Hari tu ada sekali tu ayah bawa balik macam-macam untuk buka puasa.
Kawan ayah bagi.
I suka gila kuih Bangkit ni.
Bangkit Cheese namanya.
Popular kot sekarang.
Dah dapat kat 'hantu keju' ni.
Habislah I ngap. Ngee~

Ini kuih raya buat sendiri.
Well, every year my mom will bake at least 6 to 8 types of kuih raya.
Yang putih tu namanya Shortbread Butter Cookies.
Raya tahun lepas I banyak sangat makan kat rumah sepupu.
Akhirnya, ibu decide untuk buat sendiri tahun ni.
Those brown cookies...
... namanya Biskut Quaker Oat.
Tapi letak serbuk koko dan hias dengan susu tepung.
Taklah nampak bosan.
Dua-dua memang kesukaan I.
Nak?
Mehlah!
Jemput... jemput. 
Jemput tengok je! ;P

Okeylah, sampai di sini sahaja. Malam ni dah malam ke 21 Ramadhan. I nak ambil kesempatan ni untuk ajak you all semua yang membaca ni, jomlah sama-sama mengimarohkan masjid. Tak penuh Terawih pun tak apa. Buat sekadar yang mampu. Lebihkan bersedekah, baca al-Quran dan bertasbih berzikir. InsyaAllah, sekiranya ditakdirkan Allah untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, maka bertemulah kita dengannya. Aamiiin... 

Sumber: Facebook

No comments: