Wednesday, 24 July 2013

Kau Pergi Jua

Assalamualaikum...

Awal-awal I beritahu yang entry ni ada sedikit bahagian yang kurang menyelesakan.
So, kalau tak ready jangan baca.
Terima kasih.
I tak sangka ini akan jadi salah satu entry untuk bulan Ramadhan ni.
I tak sempat pun nak kongsi cerita happy tentang Snowy.
Dia dah pun tinggalkan we all sekeluarga untuk selamanya.
Siapa Snowy?

Snowy ni anak kucing I yang terbaru.
Anak kepada Dolly...
Siapa Dolly?
Dolly kucing paling tua yang ada kat rumah sekarang.
Snowy ni the only anak Dolly yang dapat survive.
5 adik beradik dia yang lain meninggal tak sampai 2 minggu lepas lahir.
I ingat Snowy ni akan jadi kucing putih pertama we all tapi...
 Allah lebih sayangkan dia.

Snowy a.k.a. Snow ni dah 2 bulan setengah umurnya.
Sayang sangat kat dia.
Yang geli hatinya, 
mula-mula we all sangka dia ni betina.
Sebab anu dia tak nampak.
Sampailah dia mula sakit sejak 2 minggu lepas.
Selepas jumpa vet.
Barulah we all tahu yang dia ni anak kucing jantan rupanya.




Comel kan dia? :')
Sejak I dah tak kerja ni dialah teman I bermain kat rumah.
Baik je Snow ni.
Gigit-gigit, cekau-cekau tu biasalah.
Sedih...
... kesan cekau dia tak hilang lagi kat tangan I.
Tapi dia dah pergi.

Kelmarin...
... we all bawa dia ke klinik.
Untuk kali keberapa pun I tak pasti.
2 minggu lepas...
... dia mula kencing berdarah.
Tapi tak banyak.
Sikit-sikit je. Adalah setitik dua macam tu.
So, bila dia masih tak sihat lagi.
I dengan adik I bawalah ke klinik haiwan.
Doktor kata masalah dia sebenonya bukan batu karang.
Since, kucing beso macam tu tak mungkin kena batu karang.
Sebab sebelum ni doktor dah bagi ubat lawaskan kencing.
Rupanya,
pundi kencing Snow dah bengkak.
Saluran kencing dia kecil sangat.
Jadi,
air kencing susah nak keluo.
That's why kat rumah dia asyik mengiau macam menjerit je.
Kasihan sangat... tak sampai hati nak dengar.

We all tinggalkan kat klinik sampai petang.
Bila fetch dia petang tu...
... doktor beritahu yang masa dia kencing ada partikel kecil ikut keluo sekali.
Pelik!
Doktor kata, mungkin makanan tak sesuai.
Doktor klinik ni sangat dedikasi okey.
Dia tolong picitkan testikel Snowy supaya air kencing yang dah
bertakung dalam pundi yang bengkak tu boleh keluo.
Doktor kata masalah ni akan berulang seumur hidup dia.
Allahuakbar!
Itu dah cukup berat untuk we all dengar.

Semalam...
... Snowy still sakit lagi.
Lepas balik dari klinik,
we all beri makan dan minum pakai syringe.
Ibu suruh I bawa Snow ke klinik lagi.
Mengharapkan doktor boleh monitor dia sampai dia sihat sikit.
Bila dah nak balik dari klinik lepas tinggalkan Snow...
... tiba-tiba doktor panggil masa we all dah dalam kereta.
I sangat tak sangka.
Doktor kata yang pundi kencing dia dah pecah pun.
It means, hayat dia memang dah tak lama dah.
Adik I memang dah nangis kat klinik tu juga.
Of course I tahan perasaan.
Doktor suggest bawa balik je habiskan masa dengan Snow.
Allah hai...
... we all punya blur sampai we all kata tak apa.
Tinggal kejap.
Nanti ibu ambil lepas balik kerja.
Actually I dengan adik I tak sanggup nak hadapi benda tu.
Yes, this is not the first time that we lose a cat.

Last year,
Baby meninggal depan mata I kot.
Tak sanggup nak deal lagi sekali.
Tapi Snow ni kecil lagi.
You know, a kitten. He's just a baby.
Hancur luluh hati I.
Kecewa, marah dan sangat sedih.
Tak usah katalah I dah nangis sejak bila kan.
Masuk hari ni memang 3 hari berturut-turutlah.
Asal teringat je maka meraunglah jawabnya.

We all layan dia sebaik mungkin semalam.
Usap-usap dia setiap kali dia mengerang kesakitan.
Teman dia.
Cuba bagi makan dan minum walaupun pundi dia dah tak ada.
Doktor kata urea dia dah masuk kat salur lain.
Seelok-eloknya dia tak makan minum tapi...
... you bayangkan orang yang nak mati.
Mesti dia haus dan letih tak berdaya.
Jadi, terpaksa juga beri dia rasa air dan makanan.
Kesihan...
Kalau you all tengok macamana dia excited nak minum air bila haus.
Hmm... 
We all beri kebebasan untuk dia.
Biarlah dia nak lepak mana pun.

Masa sahur tadi dia sedar lagi.
I layankan je.
Belai dia...
... bercakap dengan dia.
I try tengok tv untuk lupakan stress yang I rasa beberapa hari ni.
Well... actually, we, all of us felt the same way.
Sambil ulang alik tengok-tengokkan dia.
Ngantuk sebab tak tidur sejak sahur.
I masuk bilik mandi nak jengukkan Snow.
Sekali, tengok dia dah tak sedar.
He's gone.
I was so speechless.
Allah dah ambil nyawa dia.

Ya...
... I dengan ibu doa yang sekiranya dia menderita sakit.
Lebih baik Allah ambil dia.
Tak sanggup nak tengok dia menahan sakit.
Ya Allah hai...
... sedih sampai tak boleh nak mengalirkan air mata dah.
Apa-apa pun we all dah usaha.
Tawakkal dan redha jelah dengan apa yang terjadi.
Almost tiga bulan we all jaga dia.
I curahkan sepenuhnya kasih sayang I kat Snow.
Sejak Baby meninggal last year,
I dah tak ada kucing favourite lagi kat rumah.
Tapi,
sejak Snow ada setiap hari I happy.
I suka tengok telatah dia.
Hmm...

Petang...
... lepas ibu balik kerja we all tanam dia sama-sama.
He'll be missed so badly.
Semoga Allah merahmati dia dan semua kucing yang we all pernah bela.
Aamiiin...

4 comments:

aTienz_owEngEzz said...

mirul, aku xtau knapa aku sedih gile baca cite kucing kw ni walaupn ak x minat kucingg...sedihhh.. :(

Mikah Lurima said...

Aku cerita dgn sepenuh perasaan aku. Tak sangka aku mampu tulis even ngah sedih. Thanks sebab baca.

A FLYING UNICORN said...

i can feel you too :'(
be strong Mirul...

Mikah Lurima said...

thanks, rya.