Saturday, 20 July 2013

Shop Till You Drop

As salam & heyy you all!

Hmm... dah sedia maklum, semua bestfriends I tahu yang I ni shopaholic. Bak kata cousin I, I ni tak boleh ada kad kredit. Dilarang sama sekali untuk ada walaupun sekeping. Huhuhu! Itulah tahap ke-shopaholic-an I. *ishk ishk ishk*

I ingatkan yang I takkan shopping lagi dah masuk bulan Ramadhan ni. Dengan alasan dah cukup dah. Semua dah ada. Kononnya apa yang I dah beli sehari dua sebelum bulan puasa hari tu dah mencukupi. Sekali? Eh! Ada lagi. Dan I memang salahkan Zalora. Rasa nak cekik-cekik je Zalora tu! =_=


I betul-betul harapkan yang ini last. I mean lepas ni jangan beli apa-apa lagi sampailah dua bulan kemudian ke apa. Amekaw! Datang-datang je kotak beso terus. Tapi lawo juga kotak dia. Hehehe... tengok gaya kawan I si Faiz pun dah mula berjinak-jinak dengan si Zalora ni. Hmm... 


Ini salah satu penyebabnya I asyik addicted dengan Zalora ni. Voucher code bagai semua tu. Aarrhghhh! Tak nak guna tapi last last terguna juga. Spell lagu Yuna tu tak berkesanlah kat Zalora ni. Huhu... Cukuplah... insyaAllah, I nak berehat sekejap daripada shopping. *ye ye orrr je*

Jadi, apa-apa hal pun. Alah membeli, menang memakai orang Zimbabwe kata. #eh Kalau you all jenis tak hairan dengan shopping mopping ni, alhamdulillah lah. Good for you. Susah kalau jadi macam I ni. Tengok offer sikit je kalah terus nak beli. Asalkan pakai tak apa, jangan simpan buat pekasam dalam almari pula. Macam tu baik sedekah je duit kat anak yatim. *cakap depan cermin ke?* Okeylah, assalamualaikum.

No comments: