Monday, 30 September 2013

Nervous

As salam...

Aku dah nak start kerja.
Tak keruan ni.

Nervous lak tetibe.
Nak tak naknya excited kemain before this.
Entah kenapa entah.
Maybe normal kot macam ni.
Mengharap yang I boleh pusing balik jam tido ni.
Almaklumlah sejak menganggur ni dah macam burung hantu.
Malam berbunyi, siang senyap. Haha!
Apa?
Tak lawak?
Okay, fine!

Doakan aku okey.
InsyaAllah,
tempat aku boleh stay lamalah kat sini.
Achieve target semua bagai.
Faham fahamlah... bank.

Okeylah,
nak ready untuk ritual before tido.
Assalamualaikum.
#night

Source: Tumblr

The Best Murtabak in JB

Assalamualaikum & hai semua!

Okey, ni aku nak cerita pasal murtabak paling best sekali di abad ini. Murtabak memang popular kat JB ni. Pagi, petang, siang, malam pun ada orang boleh makan murtabak. Tapi kalau kat JB ni mostly waktu petang. Orang Jowo kata time hi-tea. Everyday! Sekitar JB ni mesti ada jual punyalah. Tak payah tunggu bazar Ramadhan okey.

Sirap Bandung + Aiskrim Soda = Joho Style


Sticky chewy... ;D

Sedap tak?? Hahahahahaha! Apa? Sedap? Korang tipulah. Ye ye orr je... haha! Haruslah sedap. Tengok gambo je korang dah boleh tau kot. Aku boleh kata every two weeks dapat baham kot. Dah lama dah popular cuma baru laa ni aku rasa nak share. Korang tau pizza kan? Lebih sedap daripada pizza. Daging dengan cheese memang ngam. Tak boleh disangkal lagi dua combination tu. Lepas tu roti murtabak tu sendiri memang sedap. Tak terlalu berminyak dan tak keras yet still crispy. Just nice! 

So, kepada yang tak tinggal di JB, kalau korang travel ke sini, apa kata korang try benda ni. Aku tau tempat lain ada je. Tapi kat Majid Murtabak Special No 1 ni memang awesome. Serious aku tak tipu! Kat mana? Kat Kampung Kurnia, area Taman Suria. Mudah je nak cari. Dia kat tepi jalan. Depan tu ada sekolah agama. Korang jangan risaulah. Landmark dia? Yang kereta banyak berhenti parking kat tepi jalan tu. Hah! #lol

p/s: Kalau 6 petang baru nak datang tak payahlah...

Friday, 27 September 2013

#Hashtags

As salam...

Lepas ni banyak lagi hashtag (#) yang akan aku guna. Kenapa? Suka hati akulah! Since, aku suka sangat dengan Twitter dan # so aku rasa dalam blog pun aku kena guna. Memudahkan aku untuk describe apa yang aku nak sampaikan. Tak suka? #shuhhh #sorry =P

Dan lepas ni dah tak ada aku nak kaler kalerkan wordings ke Bold-kan ke apa. Aku tak sempat dah. Just basic writing je yang akan di-publish-kan ke dalam blog ni. Lecehlah... aku nak cepat publish so that cepat aku boleh rehat. #LOL 


Google the Doodle

Assalamualaikum!

Hah! Inilah yang jadi bila tak ada benda nak dibuat. Memang niat on laptop nak main game. Tak alih alih Google buat benda doodle ni lagi. Apa lagi kan? Berasak ah main sampai dapat se-high score yang boleh. 


So? Korang bila lagi nak try? Kejap je ni. Esok dah tak ada kot. 

p/s: Kejap je dah Jumaat.

Wednesday, 25 September 2013

Wordless Wednesday #1


Less Lens More Glasses

As salam...

Wahh! Ini betul betul lepas gian nak menaip ni. Aku still tak dapat nak adapt lagi guna 'aku'. Hahaha! #weird Sebab kat Twitter gunanya je 'aku' kat sini automatically nak tuko mode mat saleh celop. #lol Aku kena cerita gak selagi ada mood. 

Sejak kebelakangan ni aku rindu nak bercermin mata semula. Dulu masa mula mula rabun haruslah pakai cermin mata. Tapi, sejak masuk U dah tak pakai sangat. Sebab suka dengan lens. Selesa dan rasa macam 140% lebih konfiden daripada biasa. #over tau! Then, sejak sejak ni rasa macam nak test semula mata ni. Bagi yang tak rabun, diorang mungkin tak tahu yang at least 2 tahun sekali kitorang yang rabun ni kena cek mata. Korang pun ekceli should do the same thing. 

So, nak dijadikan citer aku pun pergilah last weekend. Sambil sambil tu aku mengendenglah kat ayah aku nak spect baru. Promotion dia, kalau dia belikan aku akan stop pakai lens. Lens hanya dipakai bila ada event macam wedding, raya dan show on stage je. Macam tulah! So, ayah aku setuju. Seronok okey ada orang spedo ni. Bhahahahaha! Lagi pun ayah aku je yang tak bagi apa apa hadiah birthday. Ibu dengan adik dah bagi dah...


Alhamdulillah... first time pakai Transition. So, sangat excited. Sebab power silau aku makin meninggi. Dah tinggi tapi makin naik lagi. #aiyyoo Sangat terang dan rasa macam refreshing. Maybe sebab cermin mata lama aku dah nak 3 tahun. Vintage? Oh! Aku dah lama mulakan trend. Sorry okay! Bukan nak bajet tapi itu hakikatnya. I'm a trendsetter. So, lepas ni jangan tak kenal lak kepada sesiapa yang terserempak dengan aku kat luo tu eyh. Just say hi. InsyaAllah, aku akan beri salam kat korang. Hehehe

I Have a Job... I Have a Job

As salam & hai semua!

Fuhh! Setelah hampir sebulan pergi interview... barulah kelmarin aku dapat call. Diorang nak aku! Yeayyyy! #ALHAMDULILLAH Jangan lupa tu. Syukur sangat sangat. Company apa? Well, aku tak nak cerita. Yang aku boleh cakap. Bank lah. As what? As apa pun aku tak nak beritahu. Alah, under sales jugalah. Korang faham faham jelah ye kerja macamana. Bank! #lol Yang tak faham tu lantak kome. Ada aku kisah?! =P

Well, aku akan mula bila bila je ni since aku ni dah hampir 3 bulan 'makan anggur'. Bosan gila kentang okeyyy! Rasa macam nak marah je. Sebab asyik kena soal dan kena bebel. Bukan tu je, stress sebab duit tak masuk. Manusia ni kan bernafsu. Bukan aku tak mau kerja. Dah rezeki belum masuk. Macam macam aku mintak. Even sehari sebelum bank call pun aku ada hanto resume. Nampak tak usaha aku kat situ? Aku nak cuma belum tiba masanya. Aku suka sebab aku tahu kampeni ni stable, beso, banyak connection boleh cari... gaji pun sodap. Hehehe. InsyaAllah, berkatlah aku harapkan. Ibu ayah akulah yang paling happy sekali. Aku pun jadi tak sabo nak mula. Tunggu je ni kot kot ada call lagi. 

Dah kerja nanti, aku harap blog ni dapatlah aku update sekali sekala. Lepas perasaan kat sini. Kat fesbuk bahaya. Twitter lak ada limit. #lol So, sinilah tempatnya. Aku tau yang majikan aku mungkin akan baca sebab diorang tau aku ada blog. I have to tell them everything. 'Cause I believe honesty is the key of almost everything. So, aku cakap je aku ada blog. Apedehal kan? Bukannya aku buat apa pun kat sini. Hihi. Tak sangka even tak ada experience pun I dapat offer. InsyaAllah I'll do my best. Thank you God, thank you dear beloved parents, friends and sister. #happy #excited #grateful

#jk

Aku - Saya - Guwa - I - Ana - Mi

Assalamualaikum...

Sebelum I update blog lebih lanjut.
I ada satu dua permintaan.
I tahu tak ramai pun baca blog ni.
Silap-silap I sorang yang baca. Huhuhu
Jadi I nak minta apa agak-agaknya ek?
Macam ni...
sejak I malas nak update blog ni I ada fikir.
I rasa I nak start guna kata ganti nama 'aku' instead of 'I'.
Kenapa?
Eh! Suka hati I lah. #tiba #emo
Macam ni...
I rasa I lebih selesa dan cepat bila menaip guna 'aku'.
Selesa means jujur.
Ibu I sendiri ada cakap, "Guna 'aku' tu nampak lebih mesra."
Ibu I okey.
Cikgu Bahasa Melayu tu yang kata macam tu.

'Kita'?
Ewwwwwwww!
Even I orang Johor pun.
Kita tu macam tak sesuailah.
Geli! #lol
'Kawan'?
Lagiiiiiiiiilah! #ewwwwww
So, I rasa tiba masanya I nak guna 'aku'.
Bolehkan?
Bukannya tak ada pendirian.
Cuma rasa lebih jujur dan selesa.
Ini kira macam mintak kebenaran korang lah.

Apa? Panjang?
Lantaklah!
3 aksara je kot...
Aku nak guna 'aku' jugak!
Asalkan maksud sampai.
Bio korang dapat rasa lebih dekat dengan apa yang aku nak cerita.
Huh! Nampak tu?
'Korang'.
So after this no more 'you all' dan 'we all'.
I'll use 'korang' afterwards.
Aku malu nak guna 'aku' dulu tapi sekarang tidak lagi.
Hihi

Dan lepas ni,
aku nak guna bahasa paso.
Faham?
Macamana?
Huh! Macam 'tulah'.
'Jek', 'giler', 'brader', 'tebiat' dan sebagainya.

Selain tu,
aku takkan lagi Italic-kan bahasa Inggeris unless perlu.
Sebab aku kejo masa.
Aku nak update dengan mudhoh tanpa perlu edit banyak.
Korang faham kot aku rasa.
InsyaAllah niat sama
Tak ada maksud nak kurang ajo ke apa.
Just,
nak lebih friendly dan melancarkan kerja aku.

Apa?
Eh! English tetap English.
Kadang kadang aku akan speaking.
As usual lah!
Entry full English pun mungkin akan ada.
Bahasa ni ikut mood aku.
Korang selamat aku tak lancar Bahasa Arab.
French jauh sekali! Hewhewhew
Jangan risau...
aku takkan guna bahasa 'sms'.
Macam 'aq', 'ko', 'mmg'(memang), dan sebagainya.
Aku anak cikgu BM okey.
Still ada respek kat bahasa ibunda.
Hihihi

Terima kasih bebanyak tau.
As salam!

hmmmm...

Assalamualaikum!

Hmmmmmmmmmmmmmmmm...
Tak cukup panjang?
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
...................................
Okey?
Cukup tak?
Tu adalah keluhan I setelah tak berblogging selama hampir 2 bulan.
Ada je baca blog lain tapi nak tulis sendiri... hmm #lagi
Bukan malas, 
cuma tak ada mood nak bercerita.
Macam macam yang dah jadi.
Raya...
raya...
raya lagi...
birthday...
job interview...
Sedih tak dapat update kat sini.
Semua cerita dah basi.
So, insyaAllah sebelum mula bekerja ni #eh
I nak ce citer sikitlah apa yang I dah dapat atau dah lalui kebelakangan ni.
Stay tune...