Wednesday, 25 September 2013

I Have a Job... I Have a Job

As salam & hai semua!

Fuhh! Setelah hampir sebulan pergi interview... barulah kelmarin aku dapat call. Diorang nak aku! Yeayyyy! #ALHAMDULILLAH Jangan lupa tu. Syukur sangat sangat. Company apa? Well, aku tak nak cerita. Yang aku boleh cakap. Bank lah. As what? As apa pun aku tak nak beritahu. Alah, under sales jugalah. Korang faham faham jelah ye kerja macamana. Bank! #lol Yang tak faham tu lantak kome. Ada aku kisah?! =P

Well, aku akan mula bila bila je ni since aku ni dah hampir 3 bulan 'makan anggur'. Bosan gila kentang okeyyy! Rasa macam nak marah je. Sebab asyik kena soal dan kena bebel. Bukan tu je, stress sebab duit tak masuk. Manusia ni kan bernafsu. Bukan aku tak mau kerja. Dah rezeki belum masuk. Macam macam aku mintak. Even sehari sebelum bank call pun aku ada hanto resume. Nampak tak usaha aku kat situ? Aku nak cuma belum tiba masanya. Aku suka sebab aku tahu kampeni ni stable, beso, banyak connection boleh cari... gaji pun sodap. Hehehe. InsyaAllah, berkatlah aku harapkan. Ibu ayah akulah yang paling happy sekali. Aku pun jadi tak sabo nak mula. Tunggu je ni kot kot ada call lagi. 

Dah kerja nanti, aku harap blog ni dapatlah aku update sekali sekala. Lepas perasaan kat sini. Kat fesbuk bahaya. Twitter lak ada limit. #lol So, sinilah tempatnya. Aku tau yang majikan aku mungkin akan baca sebab diorang tau aku ada blog. I have to tell them everything. 'Cause I believe honesty is the key of almost everything. So, aku cakap je aku ada blog. Apedehal kan? Bukannya aku buat apa pun kat sini. Hihi. Tak sangka even tak ada experience pun I dapat offer. InsyaAllah I'll do my best. Thank you God, thank you dear beloved parents, friends and sister. #happy #excited #grateful

#jk

No comments: