Wednesday, 25 September 2013

Less Lens More Glasses

As salam...

Wahh! Ini betul betul lepas gian nak menaip ni. Aku still tak dapat nak adapt lagi guna 'aku'. Hahaha! #weird Sebab kat Twitter gunanya je 'aku' kat sini automatically nak tuko mode mat saleh celop. #lol Aku kena cerita gak selagi ada mood. 

Sejak kebelakangan ni aku rindu nak bercermin mata semula. Dulu masa mula mula rabun haruslah pakai cermin mata. Tapi, sejak masuk U dah tak pakai sangat. Sebab suka dengan lens. Selesa dan rasa macam 140% lebih konfiden daripada biasa. #over tau! Then, sejak sejak ni rasa macam nak test semula mata ni. Bagi yang tak rabun, diorang mungkin tak tahu yang at least 2 tahun sekali kitorang yang rabun ni kena cek mata. Korang pun ekceli should do the same thing. 

So, nak dijadikan citer aku pun pergilah last weekend. Sambil sambil tu aku mengendenglah kat ayah aku nak spect baru. Promotion dia, kalau dia belikan aku akan stop pakai lens. Lens hanya dipakai bila ada event macam wedding, raya dan show on stage je. Macam tulah! So, ayah aku setuju. Seronok okey ada orang spedo ni. Bhahahahaha! Lagi pun ayah aku je yang tak bagi apa apa hadiah birthday. Ibu dengan adik dah bagi dah...


Alhamdulillah... first time pakai Transition. So, sangat excited. Sebab power silau aku makin meninggi. Dah tinggi tapi makin naik lagi. #aiyyoo Sangat terang dan rasa macam refreshing. Maybe sebab cermin mata lama aku dah nak 3 tahun. Vintage? Oh! Aku dah lama mulakan trend. Sorry okay! Bukan nak bajet tapi itu hakikatnya. I'm a trendsetter. So, lepas ni jangan tak kenal lak kepada sesiapa yang terserempak dengan aku kat luo tu eyh. Just say hi. InsyaAllah, aku akan beri salam kat korang. Hehehe

No comments: