Monday, 30 September 2013

The Best Murtabak in JB

Assalamualaikum & hai semua!

Okey, ni aku nak cerita pasal murtabak paling best sekali di abad ini. Murtabak memang popular kat JB ni. Pagi, petang, siang, malam pun ada orang boleh makan murtabak. Tapi kalau kat JB ni mostly waktu petang. Orang Jowo kata time hi-tea. Everyday! Sekitar JB ni mesti ada jual punyalah. Tak payah tunggu bazar Ramadhan okey.

Sirap Bandung + Aiskrim Soda = Joho Style


Sticky chewy... ;D

Sedap tak?? Hahahahahaha! Apa? Sedap? Korang tipulah. Ye ye orr je... haha! Haruslah sedap. Tengok gambo je korang dah boleh tau kot. Aku boleh kata every two weeks dapat baham kot. Dah lama dah popular cuma baru laa ni aku rasa nak share. Korang tau pizza kan? Lebih sedap daripada pizza. Daging dengan cheese memang ngam. Tak boleh disangkal lagi dua combination tu. Lepas tu roti murtabak tu sendiri memang sedap. Tak terlalu berminyak dan tak keras yet still crispy. Just nice! 

So, kepada yang tak tinggal di JB, kalau korang travel ke sini, apa kata korang try benda ni. Aku tau tempat lain ada je. Tapi kat Majid Murtabak Special No 1 ni memang awesome. Serious aku tak tipu! Kat mana? Kat Kampung Kurnia, area Taman Suria. Mudah je nak cari. Dia kat tepi jalan. Depan tu ada sekolah agama. Korang jangan risaulah. Landmark dia? Yang kereta banyak berhenti parking kat tepi jalan tu. Hah! #lol

p/s: Kalau 6 petang baru nak datang tak payahlah...

2 comments:

Anonymous said...

start buka kol bape ye

Mikah Lurima said...

Hai Cik Anon...

Tak silap buka start kol 12 pm. Terbaik before 4.30 pm sebab sometime lewat dah habis.