Tuesday, 15 October 2013

It's Tomorrow

As salam...

Well, diam tak diam. Dah nak 16 hari bulan. 
Kenapa dengan tarikh tu? 
Hmm.. esok aku dah start kerja. 
I'm so freakin' nervous. 
Excited sikit je nebes tak terkata ekceli. 
Dunnow lah maybe normal kot rasa macam tu. 
Maybe sebab aku ni serba tak tahu. 
Boleh kata 85% kena belajo benda baru. 
InsyaAllah, semoga Dia permudahkan segala urusan aku bermula esok. 
Kepada yang masih menganggur, 
jangan putus asa ye untuk cari kerja. 
Ada bahagian kita cuma kena gigih dan sabar. 
It might be hard in the beginning but slowly it'll turn easy. 
Bila dah jumpa tu buat buat betul betul okey.
#talkingtothemirror

Source: Facebook/Google

Makan-makan Raya

Assalamualaikum & hai semua!

Selamat hari raya Aidiladha! Semalam dah wish hari ni pun kena wish lagi. Bagi tempat tempat yang mana sambutannya meriah tu ingat ingatlah orang yang di sini okey. Kami sambut biasa biasa je. n_n

 Sempat gak posing lepas balik solat... 


Kambing Masak Manis  

Nasi Arab #MainMenu

 Snowy Cheese Cake

 Rainbow Caramel Cake

Peliks Punch

#Complete #Happy #Meal

Ibu tanya aku hari tu nak makan apa raya nanti since tahun ni tak balik kampung. Aku dengan pantas cakap nak Nasi Arab. Kat luo kan mahal so apa kata buat sendiri. Ya Allah! Memang puas makan. Hehehe... alhamdulillah syukur sangat. Kami empat beranak dapat kumpul sama-sama. Seronok sebab semuanya home made. Ibu sangat rajin okey. Lepas makan terus ngantuk. Hihihi

Aidiladha 1434H

Assalamualaikum!

Nothing's important. Just dropping by to wish all of Muslims in the world a very happy Eid (Aidiladha). Semoga Allah memakbulkan setiap doa kita. Kepada jemaah haji yang sedang berwuquf/melakukan ibadah haji, semoga ibadah mereka semuanya diterima oleh Allah... mendapat haji yang mabrur. Semoga kita yang belum lagi ni akan dijemput untuk menjadi tetamuNya dia Kota Mekah suatu hari nanti. #insyaAllah 

Source: Facebook Devotees

الله اكبر الله اكبر الله اكبر,
لاالاه الاالله الله اكبر
 !الله اكبر وللاه الحمد

p/s: Tiga ekor lembu dah tunggu kat belakang rumah. 

Monday, 14 October 2013

Jom Puasa!

As salam!

Hari raya haji dah dekat sangat tapi apa kata kita amek berkat sebelum Aidiladha tu tiba. Jomlah kita pakat puasa sunat sempena hari 'Arafah ni. Ada orang yang mungkin mula sejak Khamis atau Jumaat hari tu. Bagi yang lewat macam kita ni still ada harapan lagi nak buat amal jariah untuk diri sendiri. Jadi, marilah kita! Hehe. Selain puasa tu kita digalakkan untuk banyakkan berzikir dan sebagainya. InsyaAllah, mesti bolehlah! Sehari je lepas tu dah raya. Ngeee! Selamat berpuasa! 

Source: Facebook

p/s: Kalau korang still tak makan dan minum lagi lepas Subuh sempat lagi nak niat asalkan belum Zohor. #winkwink

Pelanduk Dua Serupa

Assalamualaikum!


Korang rasa dua mamat kat atas ni sama ke? Ada macam kembo tak? Kalau kembo okey lagi. Ekceli, dua dua muka tu berlainan individu. Ni aku perasan pun kelmarin. Kat fesbuk. Entah macamana entah. Siyes beb! Aku terkesima ada, terkejut, terkedu semua terrrrrrrrrlah. Aku konfius tengok peliks je apesal sama macam muka aku? Korang setuju ke tak setuju aku kisah apa? Adek aku dengan bff aku setuju. That's why aku berani post ni. Tu the closest lah angle muka yang aku boleh tunjuk. Btw, let me introduce to you. Yang belah kanan tu.. aku masa 18 tahun dan yang sebelah kiri tu ialah Imam Muda Mujahid Suhaimi. SubhanAllah.. masyaAllah! Imam tu uolls. Hahaha! Ooops, sorry mam donlod gambo tak beritahu. Serupa tak kita? Jangan risaulah imam lebih macho, lebih muda dan lebih hebat daripada saya rasanya. #alhamdulillah Tak sangka okey. Creepy jugaklah malam tu masa tertengok gambo profile imam ni. Aku tak mampu nak ingat semua peserta Imam Muda. So, sekarang I know you lah imam. Hehe! Mana yang lagi lima? Wallahu'alam. I dunnow... sangat kagum dengan kebetulan yang tak diduga ni. 

p/s: Lee Dong Wook tu ada macam muka aku tak? #lari

Sunday, 13 October 2013

I Was Bullied Too #PartTwo

Assalamualaikum...

Sorry, weekend lepas ni aku busy kat Muo. Ada kazen kawen. Kena jadi orang kuat uolls. Haha! Lepas tu hilang mood nak habiskan menaip sebab momentum dah down. Huhu.. So, aku nak sambung balik entry sebelum ni. Sebelum tu aku nak tanya. Korang tahu tak yang rupa rupanya, jelir lidah tu dikira sebagai perbuatan membuli? Tak tahu? Aku pun baru tahu beberapa tahun lepas ni masa nampak pamphlet kat mana entah. Macam lawak bila aku fikir. Tapi kalau aku buat pun cuma kat kawan kawan rapat je. Tu pun bergurau. Teman tapi mesra katanya... saje je bagi info kat korang. 

Okey... macam ni ceritanya. Habis je sekolah rendah, aku dapat offer masuk smka. Menangis nangislah aku masa tu sebab tak expect langsung. Kononnya tak naklah terlalu agama sangat, nak sekolah sains or MRSM je. Gedik tak? Itulah pemikiran kolot aku masa budak kecik dulu. Tak glamor kononnya sebab aku tak pernah tahu pun kewujudan smka ni. Sedihkan? Ibu ayah aku gigihlah cuba tukokan sekolah. Pergi ofis PPD bagai tapi usaha tak berhasil. Sebab? Sebab tak ada sebab pun untuk aku ditukokan ke sekolah lain since belum daftar masuk pun lagi masa tu tapi dah merengek tak nak. 

Masuk je sekolah tu masa 2003. Aku memang blur. Fikir sampai hati ibu ayah aku tinggalkan aku kat situ. #mood #sedih #homesick Budaya kat sekolah berasrama ni memang lain. Lain asrama dan lain sekolah lainlah culture dia. Oleh sebab aku ni produk smka. Wah! #proud Ye, memang aku produk smka pun. Tak nak tak nak, last last sampai form 5 aku stay. Hasilnya? Alhamdulillah... I'm grateful. Maybe not the best product of smka yet still I try my best to take care of that nama baik sekolah wutsoeva. Tapi tak semua budak smka tu perfect bagus tiptop akhlak macam wali. No!! Kat sekolah aku dulu, junior mesti beri salam kat senior bila berselisih atau terjumpa kat mana mana. Tandas? Taklah! Kau apesal ngok sangat. Haha. Kat tandas pun ada gak yang bagi salam kat senior dulu. Terbiasalah katakan. Tapi adalah seorang senior ni dulu. Apa masalah dia tak puas hati dengan aku sampai ke form 2 dia dendam dengan aku. Tu later aku citer. 

Masa form 1 aku lebih dibuli oleh batch aku sendiri. I dunnow lah kalau diorang ni psiko atau apa. Tapi ejekan dengan perkataan perkataan tertentu bersambung balik time ni. Baik perempuan atau lelaki. Sama je! Masa ni aku dengan Fatmie *bff aku* selalulah kena herdik. Apa silap kitorang pun kitorang tak sure. Bezanya, Fatmie ni dia tak amek hati. Instead, dia balas dendam dengan cara dia yang tersendiri bila dapat peluang. Aku pulak... amek hati sangat sampai sekarang aku ingat. Bila depan depan je aku sound. Sebab aku ni memang beranilah nak balas balik ejekan orang. So, boleh kata kitorang ni mangsalah sebab mungkin unik sangat time kat sekolah dulu. Huhu... tapi Fatmie ni pandai. So, dia tak kisah sangat. Dia peduli apa kan? As long as dia skor dalam kelas. Aku pulak, tambah dengan homesick, kena ejek dengan budak sekolah, dan lemah semangat *kena kacau dengan ehem ehem*... result aku tak bagus. Sangat drop lah masa tu. Kesian kat aku... korang ingat semuanya baik baik ke kat smka? Tak okey! Sama je dengan sekolah lain cuma lain sikit je. Yes, 'A' for agama. Agama tu tak salah. Yang silapnya diorang tu. 

Pernah dengo tak orang kata, kalau sekolah tu ada title 'agama', makanya jin dengan setan hanto jeneral dan ketua diorang ke situ untuk hasut student supaya buat dajjal. Yelah, bukan senang! Tiap tiap hari dengo azan, amek wudhu', baca Quran, baca doa, etc. So, student yang jahat kat sini pun boleh dikatakan sangat setan dan kejilah perangai diorang. Masuk form 2, dah kureng sikit kena buli. Tapi still ada. Ada gak yang sanggup sabotaj aku dengan Fatmie sekali tu. As juniors, kitorang ni wajib baca Ma'thurat sebelum Maghrib kat surau. Tapi ada hari tu kitorang kena pasang langsir kat kelas. Tapi dah inform kat senior kitorang. So, masa ada roll-call *aku tak sure macamana nak spell* adalah beberapa orang yang sengaja report nama aku dengan Fatmie. Tapi diorang bengang sebab kitorang 'lepas' macam tu je. Hahaha! Kesian diorang... lepas tu ada satu kem jati diri ni masa aku form 2. Motifnya, konon nak baiki silaturrahim antara batch aku dengan junior form 1. Entah apa apa jelah. Sebab yang tak munasabah bagi aku. Fasilitator dia lak adalah student form 4. Salah sorang tu adalah senior yang sangat dengki dengan aku masa dari form 1. Seriously, aku tak tau apa silap aku dulu. Mungkin aku ter-miss beri salam kat dia ke apa. I dunnow! Then, masa kem ni ada part kena tutup mata dan kena lepaskan diri dari kawanan pemangsa which is fasilitator tulah. Mamat bangsat ni, punyalah amek kesempatan tonjol tonjol kepala aku masa aku ngah tak nampak tu. What the fish, man?? Apa masalah kau? Depan depan tak nak sound lepas tu amek kesempatan time aku 'buta'. Aku bet dia tak ada anu kot. Tapi benda tu habis kat situ jelah. Maybe sebab ada senior sorang lagi back up aku. Hahah! #untunglah

Apa apa hal pun, part aku kena buli ni slow down masa aku dan masuk form 3. Maybe sebab dah senior sikit. Plus, budak nak exam ni memang orang tak berani cari pasal. Kang kena nanti baru tau. Hehehe... kena buli time smka ni sampai situ jelah. Habis SPM je aku dapat masuk matrik. Kat Johor tu je. Tak de lah kena buli sangat. Paling paling pun jumpa sorang dua je yang memang suka nak ejek ejek orang ni. Malu gaklah pernah sekali tu sampai terganggu masa nak buat presentation sebab dia ni dok buat 'signal' yang buat aku rasa malu dan marah. Umur dah 18 tapi perangai tak serupa umur. Selamat presentation tu okey tak adalah aku ngamuk ke apa time tu kan. Tu kira buli okey! Masuk 'U' kat Melaka aku kurang dibuli kecuali kawan kawan aku yang lain sebab diorang ni orang berani nak dekat dan amek kesempatan. Contoh, kena ejek time jadi emcee which is sangat rude ye. Aku lak cuma jumpa sorang ni dalam kelas aku... dia ni suka ejek dan rendah rendahkan semua orang. Not really buli orang ke apa tapi persamaan tu adalah. Dia buat orang rasa down, humiliated dan tak suka dengan dia. Apa apa pun aku habis jugak belajo akhirnya. Alhamdulillah...

So, sekarang... diam tak diam. Dah habis pun part susah aku masa belajo dulu. Ekceli belajo tu taklah teruk sangat. Yang buat teruk tu bila korang jumpa orang buat korang rasa down. Antaranya pembulilah. Sedikit sebanyak terkesan jugalah kat aku. Macamana aku handle masalah, macamana aku treat orang... semua tu terlibat tau bila aku ni jadi mangsa buli dulu. So, ada beberapa sifat atau karakter aku yang aku rasa ada pada ramai mangsa buli lain kat luo sana. Tak serupa tapi sikit sikit mesti sama. Aku tak anggap sikap tu negatif ke positif. Korang pernah dengo kan mat saleh kata, "Your strengths are you weaknesses." Hah!

Kesimpulannya, macamana cara aku treat orang or treat diri aku sendiri kesan daripada orang sekeliling. Alhamdulillah, aku ni dikurniakan famili yang menyokong. Taklah 100%. Ada masa kena gak diorang bangkang aku kalau diorang rasa benda tu tak baik untuk aku. Kalau dulu aku ni jenis yang low esteem, tapi sekarang kuranglah sikit. Ekceli, bagus tau. Setiap kali aku rasa down tu aku ingat balik yang aku ni tak perfect. Makhluk Allah, semuanya pinjaman daripada Dia. Bila jumpa kawan kawan yang baik aku jadi lebih confident. Senang kata aku lebih konfiden daripada tahun tahun sebelumnya. Aku rasa lebih berani dan positif. Berani untuk kata, kalau pembuli pembuli tu try kacau hidup aku lagi, diorang bakal terkena semulalah. Lidah tajam okey aku ni. So, you guys better watch out! Takut bernanah telinga. #serious InsyaAllah, dengan semangat yang ada, pengalaman yang ada dan sokongan yang ada, aku boleh hadapi semuanya sekali. Serahkan segalanya pada Allah. Kena ingat, merendah diri selalu, gunakan ego bila perlu, famili dan bffs kita ingat selalu, Allah nombor Satu, mintak nasihat jangan malu... insyaAllah hati senang selalu.




Thursday, 3 October 2013

I Was Bullied Too #PartOne

Assalamualaikum.

Fuuuuhhh... kena tarik nafas panjang panjang nak tulis benda ni. Well, aku dah kata kan nak cerita something sebelum ni. Ni semua gara gara Cerpen oleh Shaz Johar. Aku tak kenal pun En. Shaz ni siapa. Aku cuma baca sikit sikit je. Selak selak ikut tajuk yang aku suka. Entah macamana by random picked aku tertarik dengan tajuk Bobby Bikin Panas. Ada dua part je dalam ni. Sekali bila aku gugel, ada berepisod episod Bobby Bikin Panas kat blog si Shaz Johar ni. Tapi aku tak mampu nak baca semua. 

So, apa yang menariknya adalah masa baca cerpen ni, aku rasa macam terbuka hati nak tulis pengalaman aku serba sedikit pasal kena buli waktu belajo dulu dulu. Bukan calang calang okey. Aku kena buli bertahun tahun lamanya. Aku tak pernah buka cerita secara detailed kat sesiapa pun sebab bagi aku benda ni agak private. Mungkin aku rasa malu. Tapi sekarang dah tak lagi. Serba sedikit aku rasa nak share disebabkan oleh cerpen si Johar ni dan juga memandangkan kat dunia ni macam macam kes buli dah jadi. Baru baru ni pun ada kan berita pasal pelatih PLKN kena bunuh. #katanya Aku tak tumpukan perhatian sangat cuma dengo daripada orang sekeliling je. Takziah kepada famili mangsa. Mungkin cerita aku ni serba sedikit dapat menyedarkan masyarakat yang buli ni bukan perkara normal. Bagi kitorang yang jadi mangsa, it wasn't great at all. So not normal. 

Jadi, aku nak ceritalah sikit sikit pasal sejarah aku dibuli dan macamana aku bounce back semula selepas dibuli. Sedia? *panjang ni*

Ekceli, bermula daripada time aku sekolah tadika lagi. Walaupun aku sekolah tadika ala ala Islamik gitu, tetap ada pembuli ye. Nak diceritakan, aku memang tak ingat macamana dia boleh bermula. Yang aku ingat, lepas je ayah aku drop aku kat gate tadika, dia drive pergi ofis je terus akan ada dua tiga 'ekor' budak yang dengki gila dengan aku. Tarik beg aku, tarik tangan aku tanpa sampai menyebabkan aku menangis teresak esak, almost terjatuh jugalah aku. Benda ni jadi, almost everyday dalam jangka masa 2 ke 3 minggu. Aku ingat ada sekali aku balik dengan beg dah koyak. Aku rasa masa tu ayah tahu dan lepas tu gangguan tu dah tak ada lagi. Cuma... masa aku sekolah tadika dulu, aku ada best friend ni, dia ni sangat baik dengan aku. Celik hati budaknya. Bijak! Tapi ada sekali tu, dia bergaduh beso dengan ketua samseng yang selalu buli aku tu. Korang tau ending dia macamana? Hahaha... haruslah tak tahu. Ending-nya budak nakal tu luka kat perut disebabkan tertusuk sesuatu yang tajam daripada pengorek pensil. Alah, yang pengorek yang ada macam gear kita nak kena pusing pusing tu. Yes! Itu ending dia... #girang

Masuk sekolah rendah lak... aku ada dua sekolah rendah dulu. Ni sekolah yang pertama. Masa aku tahun 1, aku terjumpa balik dengan si pembuli time tadika. Almaklumlah, duduk area sama. Tapi entah macamana, aku menjerit panggil pengawas masa tu terus dia tak berani nak ganggu aku lagi dah. Tapi, hal buli jadi serious balik start masa aku darjah 3. Masa tu duduk meja tiga sederet. Adalah sorang budak Melayu-Indon sebelah aku ni. Dengki gila dengan aku. Apa yang aku ada mesti nak diusiknya. Mula mula memanglah usik saje tapi lepas tu? Hilang sudeh. Aku ingat lagi, aku pernah jumpa 3 buku rujukan PTS *masa tu ada lagi exam ni* dalam beg dia. Lepas tu bila tanya, dia kata pinjam. Pergh! Celaka tak celakalah kan? Bila masa entah dia mintak permission pun aku tak tahu. Cuma, ada sekali tu kitorang gaduh beso sebab aku tuduh dia amek alat tulis aku tapi dia tak mengaku. Korang tau dia buat apa kat aku? Dia cucuk lengan aku dengan mata pen sampai masuk ke dalam daging. Lukalah beb! Aku tak nangis pun tapi pedih dia. Hmm... masuk kereta nak balik ayah perasan. Apa lagi, aku ni anak yang lurus. Orang tanya aku jawablah. Esok terus bapak aku datang sekolah report kat guru kelas. Habislah dia!! After kelas tamat dia kena panggil. Kena rotan bagai. Hahaha! #amekaw Masuk kelas kemas beg dia mintak maaf dengan aku dan janji untuk pulangkan segala barang yang dia pernah curi daripada aku.

Masuk darjah 4, aku still kat sekolah yang sama. Guru kelas yang sama dengan tahun sebelumnya jadi guru kelas aku. Arwah dah pun dia. *May Allah bless her soul* Tapi berpindah kepada kelas yang pertama daripada kelas yang ke... tujuh *I guess*. Dalam kelas tu of course semua pandai pandai belaka tapi... mulut lak makin lancang. Start kat sini, aku kerap diejek dengan gelaran gelaran yang aku sangat benci. Apa dia? Sorry sangat sangat. Aku tak mampu nak sebut. Sakit hati! Korang boleh assume apa apa jelah okey. Since, aku rasa sangat hina, aku takkan sebut kat sini. Selalu okey diorang kutuk aku. Keji lahanat betul budak budak ni tau! Depan cikgu Sains aku kena ejek, depan cikgu PJK dan tak terkecuali depan driver bas. Sedihnya, cikgu cikgu ni dengan driver bas ni semua panggil aku dengan gelaran tu jugak. Weh! Kalau korang jadi aku korang sure malu. Serious! Sial tak sial lah kan diorang ni. Siap cikgu pun ikut sekali apa ni wehhh?? Balik sekolah time jalan masa beratur pun aku kena weh. Malu tau kat pintu gate mak bapak budak lain nampak dan dengo. Diorang siap jalan beriringan nak kenakan aku. Sedih... balik sekolah kadang kadang aku nangis before nak tido malam. Segan gila! Aku tak pernah cerita kat parents aku. Malu. Buat apa nak cerita? Setiap kali ke sekolah aku takut pasal tu je. Takut, malu, risau... kena kutuk depan khalayak ramai hanya disebabkan cara aku bertutur dan mungkin body language aku. Aku assume maybe sebab tulah kot? #sigh

Masuk darjah 5 dan 6 aku pindah ke sekolah lain. Lebih dekat sikit dengan rumah aku plus alasannya sebab sekolah before tu punya management teruk. #katanya Well, taman still sama. Jadi, nama ejekan tu diteruskan gara gara diorang ni, budak budak nakal lah maksud aku, diorang ni ada connection. You know, balik naik bas sama, area tempat tinggal sama. Haruslah, aku still jadi mangsa. Kat sekolah ni tak ramai budak, tapi bendanya sama. They were calling me names... names and names. Setakat ejek nama bapak guwa tak kisah beb. Ni lebih daripada tu. Pak cik bas still sama, so dia tetap ejek aku bila aku naik. Aku sangat benci pak cik ni sampai sekarang. Dia pernah tegur aku beberapa tahun lepas masa kat stesen bas tapi aku buat buat tak kenal je. #nyampah Bapak aku bayo ko untuk fetch aku balik sekolah bukan kutuk akulah, bodoh! Sambung balik... kat sekolah kedua ni, budak budak je yang berubah tapi ejekan tetap sama. Masa ni aku jadi makin agresif. Agresif untuk balas ejekan. Balas membalas tu takkan selesaikan apa apa tapi I was just a kid, guys. 

Walaupun macam tu, tak semua dok membuli aku... aku tetap ada 3-4 orang klik yang baik dan sopan dengan aku. Yang aku berani kata diorang ni tak heran pun dengan semua ejekan tu tapi tetap berkawan dengan aku sampai lah laa ni. Siap ada cikgu Sains ni pun tak suka aku. Dia ni maybe memang ada problem sebab aku kerap jumpa scars kat lengan dia. Jadi, aku suspect dia ni kena dera. #lol Jadi, aku yang tak berdosa ni selalu gak jadi mangsa rotan dia. All of us, actually. Walhal, dalam kelas ni aku antara yang paling tak kacau orang tau. Serious! Gila baik, pemalu, sopan dan senyap. Tapi disebabkan si mangkuk keliling aku ni, aku jadi tak fokus. Pergaduhan paling hebat, adalah masa ada sorang budak ni dia dengki dengan aku time kelas seni. Aku tak ingat apa yang dia buat, aku geram, cawan yang berisi air untuk lukisan tu aku curah ke muka dia. Well, he almost punched me but other guys were pulling him away. Haha! Selamaaaaaaaaaaaaaat... tapi hari berganti hari... ejekan tu terus senyap bila aku jadi antara 3 murid paling cemerlang sebab skor 5A masa UPSR. Take that, suckers! #tiba Yelah, aku dengan 2 orang lagi dak perempuan tu je yang dapat. The rest? Hapak pun tak ada! Mana budak lelaki lain? Itulah... dulu cerca aku kan? Budak pandai yang sombong dengan aku pun dapat 4A je. Cikgu Sains tu pun macam tak sangka wehh! Aku ingat lagi reaction dia masa tu. Seolah olah dengki dengan aku. Hmm... apa apa pun alhamdulillah. So far masa tu, aku dah bounced back. But! Not for too long...

Okeylah, setakat ni je okey. Next entry baru aku cerita pasal sekolah menengah, matriks, dan campus life. Have a good day! :)

As salam...

Novel Tu Apa?

Assalamualaikum & hai semua...

Sejak sejak ni aku mula lepak bilik tido adik aku. Almaklumlah, dia belajo jauh... *jauhlah sangat!* So, aku lepak, tido... tapi satu benda yang tetibe menarik minat aku yang ada dalam bilik dia. Novel! Aku tak suka novel. Masa sekolah menengah dulu pun aku tak habis baca kebanyakkan novel. Aku cuma mengharapkan nota komsas dan Baby Steps (untuk novel English) untuk jawab soalan exam. Sampai tahap tu. Aku cuma baca 3-4 novel je sampai habis. Itu pun sebab menarik minat aku. Romantik, komedi, suspen... tu aku punya genre lah. Novel yang tak berkaitan dengan exam? Gimam! Hahaha

Tapi peliks. Sejak sejak ni aku mula baca novel. Alasan yang aku beri kat ibu dengan adik, kononnya bosan sungguh duduk rumah. Memang betul pun... aku dah boring gila asyik online dengan tengok tv je. Selain hal hal berwajib tu mesti ada benda lain aku nak buat, kan? So, aku mulalah gatal tangan bongkar kotak yang berisi novel dalam bilik adik aku. Setakat dua novel cinta aku dah baca. Ibu bangga! Kononnya aku dah terbabit samalah dengan hobi diorang. Walhal, aku ni cuma curious nak tahu je. Sinopsis dengan cover nampak cambest so aku pun try baca. Sekali dua terus habis! In one week itu dah kira brilliant lah. Hello! Putera Gunung Tahan dulu amek masa 1 week okey. Susah bagi aku nak habis baca satu novel dalam masa yang singkat sebab aku ni kuat berimaginasi. So, setiap keadaan akan aku bayangkan di depan mata. Siapa yang sesuai pegang watak tu, siapa heroin... siapa ini siapa itu? Kan takes time tu. That's why from the very beginning lagi aku tak suka nak baca novel. 

Rasa rasanya ini jelah kot. 2 novel tu dah cukup banyak untuk aku telan. Tapi semalam, aku selak selak Cerpen by Shaz Johar. Ada dua cerpen yang menarik minat aku sangat sangat sampaikan aku rasa aku nak tulis satu entry lepas ni yang berkaitan dengan cerita dia. Apa dia? Korang kena tunggu...

Source: Tumblr

Tuesday, 1 October 2013

Sombong Bodoh

Assalamualaikum!

Source: Facebook

Hmm... aku rasa korang biasa nampak benda macam ni kan? Aku tak heran kot biasanya. Cuma kali ni aku saje nak get involved with others dalam ruangan komen. Rata rata jawab 41. I think orang yang bijak pandai Math ni lebih tahu dan faham berbanding aku yang Math pun cukup cukup makan ni. Yang buat aku tak puas hati adalah bila ada orang yang siap carut orang lain semata mata nak kata jawapan 1 dia tu betul. Ada ke dia komen kat orang lain dengan kata orang tu bebal, mangkok bagai segala? Lepas tu bila ada orang ni dah betulkan dia still kata 1 tu jugak. #rensa Sebab kononnya diorang lebih bijak guna kalkulator. #katanya Bijaklah sangat! Bukan apa... aku sedih, ada gak orang yang macam tu ek. Rugi sangat orang yang macam ni... #sigh 

p/s: Nyesal get involved.