Thursday, 3 October 2013

I Was Bullied Too #PartOne

Assalamualaikum.

Fuuuuhhh... kena tarik nafas panjang panjang nak tulis benda ni. Well, aku dah kata kan nak cerita something sebelum ni. Ni semua gara gara Cerpen oleh Shaz Johar. Aku tak kenal pun En. Shaz ni siapa. Aku cuma baca sikit sikit je. Selak selak ikut tajuk yang aku suka. Entah macamana by random picked aku tertarik dengan tajuk Bobby Bikin Panas. Ada dua part je dalam ni. Sekali bila aku gugel, ada berepisod episod Bobby Bikin Panas kat blog si Shaz Johar ni. Tapi aku tak mampu nak baca semua. 

So, apa yang menariknya adalah masa baca cerpen ni, aku rasa macam terbuka hati nak tulis pengalaman aku serba sedikit pasal kena buli waktu belajo dulu dulu. Bukan calang calang okey. Aku kena buli bertahun tahun lamanya. Aku tak pernah buka cerita secara detailed kat sesiapa pun sebab bagi aku benda ni agak private. Mungkin aku rasa malu. Tapi sekarang dah tak lagi. Serba sedikit aku rasa nak share disebabkan oleh cerpen si Johar ni dan juga memandangkan kat dunia ni macam macam kes buli dah jadi. Baru baru ni pun ada kan berita pasal pelatih PLKN kena bunuh. #katanya Aku tak tumpukan perhatian sangat cuma dengo daripada orang sekeliling je. Takziah kepada famili mangsa. Mungkin cerita aku ni serba sedikit dapat menyedarkan masyarakat yang buli ni bukan perkara normal. Bagi kitorang yang jadi mangsa, it wasn't great at all. So not normal. 

Jadi, aku nak ceritalah sikit sikit pasal sejarah aku dibuli dan macamana aku bounce back semula selepas dibuli. Sedia? *panjang ni*

Ekceli, bermula daripada time aku sekolah tadika lagi. Walaupun aku sekolah tadika ala ala Islamik gitu, tetap ada pembuli ye. Nak diceritakan, aku memang tak ingat macamana dia boleh bermula. Yang aku ingat, lepas je ayah aku drop aku kat gate tadika, dia drive pergi ofis je terus akan ada dua tiga 'ekor' budak yang dengki gila dengan aku. Tarik beg aku, tarik tangan aku tanpa sampai menyebabkan aku menangis teresak esak, almost terjatuh jugalah aku. Benda ni jadi, almost everyday dalam jangka masa 2 ke 3 minggu. Aku ingat ada sekali aku balik dengan beg dah koyak. Aku rasa masa tu ayah tahu dan lepas tu gangguan tu dah tak ada lagi. Cuma... masa aku sekolah tadika dulu, aku ada best friend ni, dia ni sangat baik dengan aku. Celik hati budaknya. Bijak! Tapi ada sekali tu, dia bergaduh beso dengan ketua samseng yang selalu buli aku tu. Korang tau ending dia macamana? Hahaha... haruslah tak tahu. Ending-nya budak nakal tu luka kat perut disebabkan tertusuk sesuatu yang tajam daripada pengorek pensil. Alah, yang pengorek yang ada macam gear kita nak kena pusing pusing tu. Yes! Itu ending dia... #girang

Masuk sekolah rendah lak... aku ada dua sekolah rendah dulu. Ni sekolah yang pertama. Masa aku tahun 1, aku terjumpa balik dengan si pembuli time tadika. Almaklumlah, duduk area sama. Tapi entah macamana, aku menjerit panggil pengawas masa tu terus dia tak berani nak ganggu aku lagi dah. Tapi, hal buli jadi serious balik start masa aku darjah 3. Masa tu duduk meja tiga sederet. Adalah sorang budak Melayu-Indon sebelah aku ni. Dengki gila dengan aku. Apa yang aku ada mesti nak diusiknya. Mula mula memanglah usik saje tapi lepas tu? Hilang sudeh. Aku ingat lagi, aku pernah jumpa 3 buku rujukan PTS *masa tu ada lagi exam ni* dalam beg dia. Lepas tu bila tanya, dia kata pinjam. Pergh! Celaka tak celakalah kan? Bila masa entah dia mintak permission pun aku tak tahu. Cuma, ada sekali tu kitorang gaduh beso sebab aku tuduh dia amek alat tulis aku tapi dia tak mengaku. Korang tau dia buat apa kat aku? Dia cucuk lengan aku dengan mata pen sampai masuk ke dalam daging. Lukalah beb! Aku tak nangis pun tapi pedih dia. Hmm... masuk kereta nak balik ayah perasan. Apa lagi, aku ni anak yang lurus. Orang tanya aku jawablah. Esok terus bapak aku datang sekolah report kat guru kelas. Habislah dia!! After kelas tamat dia kena panggil. Kena rotan bagai. Hahaha! #amekaw Masuk kelas kemas beg dia mintak maaf dengan aku dan janji untuk pulangkan segala barang yang dia pernah curi daripada aku.

Masuk darjah 4, aku still kat sekolah yang sama. Guru kelas yang sama dengan tahun sebelumnya jadi guru kelas aku. Arwah dah pun dia. *May Allah bless her soul* Tapi berpindah kepada kelas yang pertama daripada kelas yang ke... tujuh *I guess*. Dalam kelas tu of course semua pandai pandai belaka tapi... mulut lak makin lancang. Start kat sini, aku kerap diejek dengan gelaran gelaran yang aku sangat benci. Apa dia? Sorry sangat sangat. Aku tak mampu nak sebut. Sakit hati! Korang boleh assume apa apa jelah okey. Since, aku rasa sangat hina, aku takkan sebut kat sini. Selalu okey diorang kutuk aku. Keji lahanat betul budak budak ni tau! Depan cikgu Sains aku kena ejek, depan cikgu PJK dan tak terkecuali depan driver bas. Sedihnya, cikgu cikgu ni dengan driver bas ni semua panggil aku dengan gelaran tu jugak. Weh! Kalau korang jadi aku korang sure malu. Serious! Sial tak sial lah kan diorang ni. Siap cikgu pun ikut sekali apa ni wehhh?? Balik sekolah time jalan masa beratur pun aku kena weh. Malu tau kat pintu gate mak bapak budak lain nampak dan dengo. Diorang siap jalan beriringan nak kenakan aku. Sedih... balik sekolah kadang kadang aku nangis before nak tido malam. Segan gila! Aku tak pernah cerita kat parents aku. Malu. Buat apa nak cerita? Setiap kali ke sekolah aku takut pasal tu je. Takut, malu, risau... kena kutuk depan khalayak ramai hanya disebabkan cara aku bertutur dan mungkin body language aku. Aku assume maybe sebab tulah kot? #sigh

Masuk darjah 5 dan 6 aku pindah ke sekolah lain. Lebih dekat sikit dengan rumah aku plus alasannya sebab sekolah before tu punya management teruk. #katanya Well, taman still sama. Jadi, nama ejekan tu diteruskan gara gara diorang ni, budak budak nakal lah maksud aku, diorang ni ada connection. You know, balik naik bas sama, area tempat tinggal sama. Haruslah, aku still jadi mangsa. Kat sekolah ni tak ramai budak, tapi bendanya sama. They were calling me names... names and names. Setakat ejek nama bapak guwa tak kisah beb. Ni lebih daripada tu. Pak cik bas still sama, so dia tetap ejek aku bila aku naik. Aku sangat benci pak cik ni sampai sekarang. Dia pernah tegur aku beberapa tahun lepas masa kat stesen bas tapi aku buat buat tak kenal je. #nyampah Bapak aku bayo ko untuk fetch aku balik sekolah bukan kutuk akulah, bodoh! Sambung balik... kat sekolah kedua ni, budak budak je yang berubah tapi ejekan tetap sama. Masa ni aku jadi makin agresif. Agresif untuk balas ejekan. Balas membalas tu takkan selesaikan apa apa tapi I was just a kid, guys. 

Walaupun macam tu, tak semua dok membuli aku... aku tetap ada 3-4 orang klik yang baik dan sopan dengan aku. Yang aku berani kata diorang ni tak heran pun dengan semua ejekan tu tapi tetap berkawan dengan aku sampai lah laa ni. Siap ada cikgu Sains ni pun tak suka aku. Dia ni maybe memang ada problem sebab aku kerap jumpa scars kat lengan dia. Jadi, aku suspect dia ni kena dera. #lol Jadi, aku yang tak berdosa ni selalu gak jadi mangsa rotan dia. All of us, actually. Walhal, dalam kelas ni aku antara yang paling tak kacau orang tau. Serious! Gila baik, pemalu, sopan dan senyap. Tapi disebabkan si mangkuk keliling aku ni, aku jadi tak fokus. Pergaduhan paling hebat, adalah masa ada sorang budak ni dia dengki dengan aku time kelas seni. Aku tak ingat apa yang dia buat, aku geram, cawan yang berisi air untuk lukisan tu aku curah ke muka dia. Well, he almost punched me but other guys were pulling him away. Haha! Selamaaaaaaaaaaaaaat... tapi hari berganti hari... ejekan tu terus senyap bila aku jadi antara 3 murid paling cemerlang sebab skor 5A masa UPSR. Take that, suckers! #tiba Yelah, aku dengan 2 orang lagi dak perempuan tu je yang dapat. The rest? Hapak pun tak ada! Mana budak lelaki lain? Itulah... dulu cerca aku kan? Budak pandai yang sombong dengan aku pun dapat 4A je. Cikgu Sains tu pun macam tak sangka wehh! Aku ingat lagi reaction dia masa tu. Seolah olah dengki dengan aku. Hmm... apa apa pun alhamdulillah. So far masa tu, aku dah bounced back. But! Not for too long...

Okeylah, setakat ni je okey. Next entry baru aku cerita pasal sekolah menengah, matriks, dan campus life. Have a good day! :)

As salam...

No comments: