Sunday, 13 October 2013

I Was Bullied Too #PartTwo

Assalamualaikum...

Sorry, weekend lepas ni aku busy kat Muo. Ada kazen kawen. Kena jadi orang kuat uolls. Haha! Lepas tu hilang mood nak habiskan menaip sebab momentum dah down. Huhu.. So, aku nak sambung balik entry sebelum ni. Sebelum tu aku nak tanya. Korang tahu tak yang rupa rupanya, jelir lidah tu dikira sebagai perbuatan membuli? Tak tahu? Aku pun baru tahu beberapa tahun lepas ni masa nampak pamphlet kat mana entah. Macam lawak bila aku fikir. Tapi kalau aku buat pun cuma kat kawan kawan rapat je. Tu pun bergurau. Teman tapi mesra katanya... saje je bagi info kat korang. 

Okey... macam ni ceritanya. Habis je sekolah rendah, aku dapat offer masuk smka. Menangis nangislah aku masa tu sebab tak expect langsung. Kononnya tak naklah terlalu agama sangat, nak sekolah sains or MRSM je. Gedik tak? Itulah pemikiran kolot aku masa budak kecik dulu. Tak glamor kononnya sebab aku tak pernah tahu pun kewujudan smka ni. Sedihkan? Ibu ayah aku gigihlah cuba tukokan sekolah. Pergi ofis PPD bagai tapi usaha tak berhasil. Sebab? Sebab tak ada sebab pun untuk aku ditukokan ke sekolah lain since belum daftar masuk pun lagi masa tu tapi dah merengek tak nak. 

Masuk je sekolah tu masa 2003. Aku memang blur. Fikir sampai hati ibu ayah aku tinggalkan aku kat situ. #mood #sedih #homesick Budaya kat sekolah berasrama ni memang lain. Lain asrama dan lain sekolah lainlah culture dia. Oleh sebab aku ni produk smka. Wah! #proud Ye, memang aku produk smka pun. Tak nak tak nak, last last sampai form 5 aku stay. Hasilnya? Alhamdulillah... I'm grateful. Maybe not the best product of smka yet still I try my best to take care of that nama baik sekolah wutsoeva. Tapi tak semua budak smka tu perfect bagus tiptop akhlak macam wali. No!! Kat sekolah aku dulu, junior mesti beri salam kat senior bila berselisih atau terjumpa kat mana mana. Tandas? Taklah! Kau apesal ngok sangat. Haha. Kat tandas pun ada gak yang bagi salam kat senior dulu. Terbiasalah katakan. Tapi adalah seorang senior ni dulu. Apa masalah dia tak puas hati dengan aku sampai ke form 2 dia dendam dengan aku. Tu later aku citer. 

Masa form 1 aku lebih dibuli oleh batch aku sendiri. I dunnow lah kalau diorang ni psiko atau apa. Tapi ejekan dengan perkataan perkataan tertentu bersambung balik time ni. Baik perempuan atau lelaki. Sama je! Masa ni aku dengan Fatmie *bff aku* selalulah kena herdik. Apa silap kitorang pun kitorang tak sure. Bezanya, Fatmie ni dia tak amek hati. Instead, dia balas dendam dengan cara dia yang tersendiri bila dapat peluang. Aku pulak... amek hati sangat sampai sekarang aku ingat. Bila depan depan je aku sound. Sebab aku ni memang beranilah nak balas balik ejekan orang. So, boleh kata kitorang ni mangsalah sebab mungkin unik sangat time kat sekolah dulu. Huhu... tapi Fatmie ni pandai. So, dia tak kisah sangat. Dia peduli apa kan? As long as dia skor dalam kelas. Aku pulak, tambah dengan homesick, kena ejek dengan budak sekolah, dan lemah semangat *kena kacau dengan ehem ehem*... result aku tak bagus. Sangat drop lah masa tu. Kesian kat aku... korang ingat semuanya baik baik ke kat smka? Tak okey! Sama je dengan sekolah lain cuma lain sikit je. Yes, 'A' for agama. Agama tu tak salah. Yang silapnya diorang tu. 

Pernah dengo tak orang kata, kalau sekolah tu ada title 'agama', makanya jin dengan setan hanto jeneral dan ketua diorang ke situ untuk hasut student supaya buat dajjal. Yelah, bukan senang! Tiap tiap hari dengo azan, amek wudhu', baca Quran, baca doa, etc. So, student yang jahat kat sini pun boleh dikatakan sangat setan dan kejilah perangai diorang. Masuk form 2, dah kureng sikit kena buli. Tapi still ada. Ada gak yang sanggup sabotaj aku dengan Fatmie sekali tu. As juniors, kitorang ni wajib baca Ma'thurat sebelum Maghrib kat surau. Tapi ada hari tu kitorang kena pasang langsir kat kelas. Tapi dah inform kat senior kitorang. So, masa ada roll-call *aku tak sure macamana nak spell* adalah beberapa orang yang sengaja report nama aku dengan Fatmie. Tapi diorang bengang sebab kitorang 'lepas' macam tu je. Hahaha! Kesian diorang... lepas tu ada satu kem jati diri ni masa aku form 2. Motifnya, konon nak baiki silaturrahim antara batch aku dengan junior form 1. Entah apa apa jelah. Sebab yang tak munasabah bagi aku. Fasilitator dia lak adalah student form 4. Salah sorang tu adalah senior yang sangat dengki dengan aku masa dari form 1. Seriously, aku tak tau apa silap aku dulu. Mungkin aku ter-miss beri salam kat dia ke apa. I dunnow! Then, masa kem ni ada part kena tutup mata dan kena lepaskan diri dari kawanan pemangsa which is fasilitator tulah. Mamat bangsat ni, punyalah amek kesempatan tonjol tonjol kepala aku masa aku ngah tak nampak tu. What the fish, man?? Apa masalah kau? Depan depan tak nak sound lepas tu amek kesempatan time aku 'buta'. Aku bet dia tak ada anu kot. Tapi benda tu habis kat situ jelah. Maybe sebab ada senior sorang lagi back up aku. Hahah! #untunglah

Apa apa hal pun, part aku kena buli ni slow down masa aku dan masuk form 3. Maybe sebab dah senior sikit. Plus, budak nak exam ni memang orang tak berani cari pasal. Kang kena nanti baru tau. Hehehe... kena buli time smka ni sampai situ jelah. Habis SPM je aku dapat masuk matrik. Kat Johor tu je. Tak de lah kena buli sangat. Paling paling pun jumpa sorang dua je yang memang suka nak ejek ejek orang ni. Malu gaklah pernah sekali tu sampai terganggu masa nak buat presentation sebab dia ni dok buat 'signal' yang buat aku rasa malu dan marah. Umur dah 18 tapi perangai tak serupa umur. Selamat presentation tu okey tak adalah aku ngamuk ke apa time tu kan. Tu kira buli okey! Masuk 'U' kat Melaka aku kurang dibuli kecuali kawan kawan aku yang lain sebab diorang ni orang berani nak dekat dan amek kesempatan. Contoh, kena ejek time jadi emcee which is sangat rude ye. Aku lak cuma jumpa sorang ni dalam kelas aku... dia ni suka ejek dan rendah rendahkan semua orang. Not really buli orang ke apa tapi persamaan tu adalah. Dia buat orang rasa down, humiliated dan tak suka dengan dia. Apa apa pun aku habis jugak belajo akhirnya. Alhamdulillah...

So, sekarang... diam tak diam. Dah habis pun part susah aku masa belajo dulu. Ekceli belajo tu taklah teruk sangat. Yang buat teruk tu bila korang jumpa orang buat korang rasa down. Antaranya pembulilah. Sedikit sebanyak terkesan jugalah kat aku. Macamana aku handle masalah, macamana aku treat orang... semua tu terlibat tau bila aku ni jadi mangsa buli dulu. So, ada beberapa sifat atau karakter aku yang aku rasa ada pada ramai mangsa buli lain kat luo sana. Tak serupa tapi sikit sikit mesti sama. Aku tak anggap sikap tu negatif ke positif. Korang pernah dengo kan mat saleh kata, "Your strengths are you weaknesses." Hah!

Kesimpulannya, macamana cara aku treat orang or treat diri aku sendiri kesan daripada orang sekeliling. Alhamdulillah, aku ni dikurniakan famili yang menyokong. Taklah 100%. Ada masa kena gak diorang bangkang aku kalau diorang rasa benda tu tak baik untuk aku. Kalau dulu aku ni jenis yang low esteem, tapi sekarang kuranglah sikit. Ekceli, bagus tau. Setiap kali aku rasa down tu aku ingat balik yang aku ni tak perfect. Makhluk Allah, semuanya pinjaman daripada Dia. Bila jumpa kawan kawan yang baik aku jadi lebih confident. Senang kata aku lebih konfiden daripada tahun tahun sebelumnya. Aku rasa lebih berani dan positif. Berani untuk kata, kalau pembuli pembuli tu try kacau hidup aku lagi, diorang bakal terkena semulalah. Lidah tajam okey aku ni. So, you guys better watch out! Takut bernanah telinga. #serious InsyaAllah, dengan semangat yang ada, pengalaman yang ada dan sokongan yang ada, aku boleh hadapi semuanya sekali. Serahkan segalanya pada Allah. Kena ingat, merendah diri selalu, gunakan ego bila perlu, famili dan bffs kita ingat selalu, Allah nombor Satu, mintak nasihat jangan malu... insyaAllah hati senang selalu.




2 comments:

akunawzzi said...

sampai habis dua2 post aku baca..

Mikah Lurima said...

Sah kau tak ada kerja kan sekarang? Haha.. thanks nway! :)