Thursday, 3 October 2013

Novel Tu Apa?

Assalamualaikum & hai semua...

Sejak sejak ni aku mula lepak bilik tido adik aku. Almaklumlah, dia belajo jauh... *jauhlah sangat!* So, aku lepak, tido... tapi satu benda yang tetibe menarik minat aku yang ada dalam bilik dia. Novel! Aku tak suka novel. Masa sekolah menengah dulu pun aku tak habis baca kebanyakkan novel. Aku cuma mengharapkan nota komsas dan Baby Steps (untuk novel English) untuk jawab soalan exam. Sampai tahap tu. Aku cuma baca 3-4 novel je sampai habis. Itu pun sebab menarik minat aku. Romantik, komedi, suspen... tu aku punya genre lah. Novel yang tak berkaitan dengan exam? Gimam! Hahaha

Tapi peliks. Sejak sejak ni aku mula baca novel. Alasan yang aku beri kat ibu dengan adik, kononnya bosan sungguh duduk rumah. Memang betul pun... aku dah boring gila asyik online dengan tengok tv je. Selain hal hal berwajib tu mesti ada benda lain aku nak buat, kan? So, aku mulalah gatal tangan bongkar kotak yang berisi novel dalam bilik adik aku. Setakat dua novel cinta aku dah baca. Ibu bangga! Kononnya aku dah terbabit samalah dengan hobi diorang. Walhal, aku ni cuma curious nak tahu je. Sinopsis dengan cover nampak cambest so aku pun try baca. Sekali dua terus habis! In one week itu dah kira brilliant lah. Hello! Putera Gunung Tahan dulu amek masa 1 week okey. Susah bagi aku nak habis baca satu novel dalam masa yang singkat sebab aku ni kuat berimaginasi. So, setiap keadaan akan aku bayangkan di depan mata. Siapa yang sesuai pegang watak tu, siapa heroin... siapa ini siapa itu? Kan takes time tu. That's why from the very beginning lagi aku tak suka nak baca novel. 

Rasa rasanya ini jelah kot. 2 novel tu dah cukup banyak untuk aku telan. Tapi semalam, aku selak selak Cerpen by Shaz Johar. Ada dua cerpen yang menarik minat aku sangat sangat sampaikan aku rasa aku nak tulis satu entry lepas ni yang berkaitan dengan cerita dia. Apa dia? Korang kena tunggu...

Source: Tumblr

No comments: