Monday, 25 November 2013

Sneak Peek Z1

Assalamualaikum...

Hari ni adalah antara hari bersejarah dalam hidup aku.
Aku ni sangat noob.
Asal orang tanya,
"WhatsApp tak ada?"
Mesti aku segan silu.
Yelah,
zaman dah beralih tapi aku still ditakuk lama.
Ekceli,
aku tak kisah.
Tapi bila dah kerja ni...
jujur aku kata aku 'ada'kan benda ni pun sebab kerja.
Aku nak kerja aku mudah.
InsyaAllah,
niat aku baik jadi aku harap sangat Tuhan bantu aku.
Bantu untuk jaga harta yang agak mahal ni.
Almaklumlah...
#Alhamdulillah
#happy
#excited
#syukur


Saturday, 23 November 2013

Payyyyy-per

Assalamualaikum & hai semua!

Fuhh! Inilah masa yang aku nanti-nantikan. Weekend yang free dan gaji yang tertangguh. #eh Ye saya... gaji aku dah tertangguh sejak start kerja hari tu. Alhamdulillah semalam dah masuk. Hihihi... every 22nd sure akan masuk tak kira cuti ke tak. Means, eventhough JB cuti hari ni gaji tetap masuk. Ya Allah hai... syukur sesangat. Happy gila ni! So, aku dah bagi hint ni. Since, kat blog ni aku tak cerita lagi aku kerja kat bank mana. So, kalau nak tahu cubalah siasat bank mana yang bagi gaji 22 hari bulan. #teehee 

Ada banyak sangat aku nak share tapi masa tak mengizinkan. Aku shopping gila-gila tadi. *Jumaat malam* Dari pagi dapat gaji terus shopping online. Lepas Maghrib sambung lak kat mall. Gigih tak? Inilah yang jadi bila orang shopaholic dapat gaji uolls. Hahaha! Tapi kenalah berpada-pada okey. Kang tak sempat bulan depan dah papa kedana. How? Jadi, kena ada perancangan. Seriously, barulah aku sedo macamana ibu ayah aku rasa sepanjang bulan bekerja sambil menanti satu hari yang dipanggil gaji-day. Huhuhu... tepuk tangan untuk korang semua yang dah bekerja atau pernah bekerja. *contoh abang Ben* Hebat tau diorang ni. Jalankan kampeni orang lain semata-mata untuk teruskan hidup. InsyaAllah, harapnya gaji yang kita semua dapat ni berkatlah. #aamiiin

Tadi shopping punya shopping, before balik singgah area Bazar Karat. Entahlah ek, macam boriiiiingg jek, macam bosan jek. Bagi aku yang first time ke Bazar Karat tu aku tak rasa menarik langsung. Maybe sebab aku ni suka shopping bawah bumbung kot. If you know what I mean. Aku nak cari Chaiwalla & Co. ekceli sebab aku ada Groupon voucher yang tak redeem lagi. Apa tu? Buat orang yang bukan JB-ean... Chaiwalla tu sebuah kedai yang fokus kepada produk minuman ala-ala Chatime dan Coolblog. Tapi, dia adalah kampeni Bumiputera dan aku sure halal. #insyaAllah Maksudnya, dia ada banyak jenis minuman macam teh, susu, kopi atau smoothies. Then, korang boleh pilih flavour apa, nak ada topping ke tak. Bagi aku.. not bad lah! Korang kena try coffee since tempat lain promote milk tea. Kan? Aku suka coffee so haruslah aku promote coffee. Definitely will go there again if I have any free time. Bravo, Chaiwalla!


Dalam voucher memang dapat titbits ni sekali. Sedap!

Tuesday, 5 November 2013

Salam Maal Hijrah #1435H

Assalamualaikum...

Sungguh pun aku sangat busy sejak mula kerja 16/10 hari tu.
Aku tak pernah lupa kat blog ni.
InsyaAllah aku try cari masa untuk update at least sekali 2 minggu.
Aku nak ucapkan,
Selamat tahun baru
kepada semua umat Islam di atas muka bumi Allah ni.
Semoga amalan pada tahun sebelumnya diterima Allah.
Semoga tahun baru ini lebih bersinar untuk kita
agar dapat kita semua capai impian kita sebagai 
Muslim dan Muslimah yang beriman dan syumul. 
Menyeluruh dari segi menyeimbangkan yang mana duniawi
dan yang mana satu ukhrawi.
Saling mengingati satu sama lain insyaAllah.
Ramai orang kata nak berhijrah ke arah itu dan ini.
Tapi sejauh mana kita nak ke arah tu aku tak pasti.
Jadi, kenalah lebih positif supaya lebih berjaya pada tahun ni hendaknya.
Semoga apa pun yang kita lakukan diberkati,
dirahmati dan diredhai Allah Subhanahuwata'ala. 

#SalamMaalHijrah #1435H

Source: Facebook