Saturday, 20 December 2014

Choomill Desserts

As salam... hai korang!



Diam tak diam dah nak setahun aku berhenti kerja kat bank dan hampir setahun jugalah aku mulakan online bakery aku. Masih lagi dalam proses permulaan. Aku ni bukanlah popular, rupawan, artis, celebrity blogger ataupun selebriti kat mana-mana. Hahaha! So, memang sangat susah nak menapak. Nak dapatkan follower kat Instagram apatah lagi blog. Blog langsung tak ada followers. Maybe sebab orang zaman laa ni tak follow blog. Diorang datang tapi tak follow. Instagram? Alhamdulillah dah lebih daripada 400 followers. Lebih daripada personal IG aku. 

So, tujuan aku buat entry ni mengharapkan kawan-kawan ke sesiapa yang ada akaun Google atau blog, tolong follow blog Choomill Desserts aku. Kesian aku tengok blog tu. Walaupun jarang update, senarai harga kek aku semua aku letak situ. Tapi buat masa ni aku kena calculate balik semua sebab as you know bahan mentah naik harga. So aku kena follow the flow lah kan. Tapi tak adalah sampai korang tak mampu nak beli. Hehehe

Aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan, customer, restoran dan kedai yang pernah atau masih beli dan jualkan kek aku. Seriously, aku suka dengan apa yang aku buat sekarang. Walaupun susah sebab aku seorang diri, tak ada pembantu, from A-Z aku kena settle sorang, dan walaupun parents aku tak selesa dengan pilihan aku ni. Aku tetap nak teruskan. Susah kita nak puaskan hati semua orang. Yedok?

Alhamdulillah...


Bingit

Assalamualaikum.

Apekabo semua? Aku alhamdulillah sihat macam dipam-pam. LOL! Ekceli dah beberapa kali cuba nak masuk sini update satu dua entry tapi macam tak ada mood. Saje datang sini nak luahkan perasaan tak puas hati aku dengan satu jiran ni. Jiran ke? Hmm... dia beli rumah tu dari jiran asal. Kitorang kat taman tak kenal pun dia siapa tapi dia sewakan rumah tu sebagai homestay. Tak pernah jumpa pun pemilik sebenar.

Aku tak puas hati sebab last time ada orang sewa kat situ buat wedding siap ada PA system bagai. Then, hari ni pun jadi yang sama. Dari pagi dah terpekik terlolong menyanyi. Menyanyi ke? Serupa makhluk yang mengilai sampai terkencit je aku rasa. Sumbang mambang hodoh bunyinya. Sakit telinga kitorang kat rumah. Like right now, ada bola live kat tv. Dia still on lagi karok walhal dah almost 10 pm. At least aku still boleh terima kalau bising sorakan bola tau. Weirdly, there's no complaint about it. Ayah aku panggil jugak 'orang kampung' ni buat meeting nak bincang pasal rumah homestay ni punya hal tapi diorang tak buat-buat. These people, they are totally strangers. So, itu menambah lagi rasa annoying tau. Kau masuk kawasan orang pastu kau tak hormat privasi orang sekeliling. 

Kalau ikut aku, samada aku tulis surat layang untuk tegur atau call polis je. Sebab kalau tengok cerita mat saleh, ada buat party bising kecoh kat area kejiranan ni call polis je senang. Polis tegur je senyap terus. Yang aku makin jaki, rupa-rupanya diorang bukan buat wedding. It's more to family day. Pemilik rumah homestay tu sangat tak bertanggungjawab untuk benarkan penyewa buat macam tu dan hos party/barbeku tu pun sangatlah tak ada sivik. Rumah aku ni jaraknya 3 rumah tau tapi aku dah rasa bingit. Aku pelik gila dengan rumah yang sebelah-sebelah tu. Diorang tak rasa nak marah ke? Hmm...

P/S: Kalau korang jumpa Rumah Homestay kat Larkin ni jangan sewa okey. Tak strategik. 

Thursday, 27 November 2014

Kawen kawen!

Assalamualaikum...

Last week, ex-classmate aku, si Ikin Azman kawen. Biasalah kan... asal ada kawan sekolah kawen maksudnya akan ada mini reunion. Which is cool if gang aku ada. Alhamdulillah, geng Ikin ni geng aku jugak. Bukanlah ex-classmate aku yang pertama sekali kawen. Ada yang dah kawen dulu tapi tak jemput. *siapalah tewww* Well! I don't mind. Itu hal dialah kan. Orang tak jemput bukannya aku kisah pun. Tapi Ikin ni beriya-iya jemput. So, segan tak datang plus almost all my besties will be there. Sebab tu jugaklah aku datang. Hehehe


Dengan Kel dan Cha'a ni asal trafik light je selfie. Hahaha!

 Bride! 

I love the theme, Mint Peach! #inspired 

Pengantin illegal. Hahaha :P

Main pondok pondok. #luls

With Jaytea... Letop kau! Haha 

Dengan pasangan pengantin. :)

Sebagai rakan lama, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Tahniah! Alhamdulillah, kau dah jumpa jodoh kau. Jaga tingkah laku sebagai isteri, jaga suami. InsyaAllah dia pun akan jaga kau. Semoga berpanjangan sampai ke syurga. So happy for you guys. Terima kasih sebab sudi jemput. Doakan aku next. EH! 

Wednesday, 29 October 2014

Grown Ups

As salam...

Wait! Ini bukan movie tu eyh. Ini topik yang aku dengan best buddy aku borak tadi. Sambil mengeteh kan pepetang. Soalan dia... aku dah berubah ke? Berubah sangat ke? Well, it is a very subjective question. Susah nak explain, nak jawab semualah! Huhuhu... 

Hakikatnya kita semua dah beso, ada yang dah kawen dan ada anak. Environment pun lain-lain. Semua yang ada kat keliling kita beri kesan pada karakter, imej fizikal dan pemikiran. Yelah, aku ni dulu lima tahun duduk asrama dengan bffs aku. Fyi, aku sekolah campur lelaki perempuan ye. So bila aku mention bff maksudnya perempuan. Best buddy... boyfriend. EH! Kawan lelaki. Kang ada kang kena cop homo ni kang. :P

Aku sendiri pun rasa aku ni berubah. Semuanya positif tapi... ada yang menyusahkan orang lain. Contoh, aku jadi makin cerewet dan susah nak percaya orang lain. Fizikal? Maybe makin chubby. LOL! Maybe perasaan aku je rasa camni. 

Yang aku boleh cakap, aku jenis cuba untuk tak buang kawan. I mean, dosa kot putuskan silaturrahim. I did it with someone who I can't trust anymore. He has done something that I consider as really bad. It sucks and I'm not proud of it. Accept all your friends for who they are. Kalau rasa diorang patut berubah tegurlah dengan baik. Unless lah kalau korang jenis memang boleh tegur kasar-kasar. Nak tau macamana tu tugas koranglah nak kenal hati budi kawan korang macamana. Kan aku cakap subjektif. Kira aku ni macam tengah bagi lecture Personal Development tau. Aku ni pun still learning. Belum lagi suku abad so nasihat aku ni tak cukup lagilah. 

Oh! Dan kekadang ada kawan yang memang korang takkan rapat macam dulu lagi sebab perubahan environment, kira macam ada banyak variables yang boleh ubah perasaan kita terhadap seseorang kawan kita tu dan juga perangai kita sendiri. So, tak payahlah amek hati sangat ye. Cari kawan lain. HAHAHA! These are a few keys to have a very strong and long lasting friendship based on my experience and what my friends have told me; HONESTY, SINCERE, LOYALTY & LOVE. 




Anonymous

Assalamualaikum... 

Aku dah lama tak melawat blog ni. Konon nak update something. Sekali tengok ada satu comment awaiting for approval. I guess hater lah. You know, tinggalkan komen pun atas nama 'Anonymous'. Aku jarang dapat komen daripada Cik/Encik Anon ni. Biasa positif tapi kali ni negatif. 

Aku delete cepat sangat. Tak sempat print screen. Well, just say dia ingat dia tahu kisah hidup aku. So, dia dakwa aku seorang gay. Hahahaha! Orang macam ni memang sedih. I'm a very open minded person. Bukan aku tak ada kawan yang gayah ni. Ada je... I accept them for who they are. At the same time aku beritahu yang aku tak suka apa yang diorang buat. But friendship is still friendship. Kawan-kawan aku pun tak pernah dakwa aku benda yang bukan-bukan. They are very respectful and educated people. Tapi si anon ni seolah-olah tak puas hati aku mengaku metroseksual. Well...

Aku pernah baca dalam satu majalah ni like 10 years ago. Kesimpulannya, tak semua metrosexual tu gay, dan tak semua gay tu metrosexual. You have to open your mind. Another thing! About 'anonymous'. Orang yang guna 'anonymous' ni dan meninggalkan kritikan negatif, aku anggap sebagai pengecut. Sorry to say, kau tak ada level konfiden yang tinggi macam aku dan ramai blogger lain. Anyway, I forgive you cik anon. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup anda. 


Tuesday, 23 September 2014

Confession

As salam.

At some point, aku kena jugak cerita sesuatu yang rasa macam tak perlu. Tapi nak jugak diluahkan. Okey, macam ni. Ekceli, aku belum lagi masuk satu pun pertandingan nyanyian tahun ni. Start tahun lepas, aku buat deal dengan diri sendiri yang aku akan masuk at least satu singing contest every year. Since last year aku dah joined WCOPA. Okeylah kan... tak adalah rasa macam ralat. 

*F? Aku memang tak berminat sangat. I mean, I kinda agree that it's not relevant anymore. Actually, all reality tv in Malaysia is out of relevance. Hmm, tak tahu nak describe macamana. Tapi! Tetibe aku nampak iklan Mentor hari tu. Well, just say that I am a huge fan of Dayang. Aku pulak memang into R&B, Jazz and Soul. So, dialah orang yang paling sesuai nak coach aku. But why? Kenapa aku tak cuba pun akhirnya? Ada dua sebab... semua aturan Tuhan.

Aku kan demam sejak bday aku hari tu. Lepas tu aku sakit tekak. Once aku start sakit tekak keadaan suara aku memang teruk. Masa tu aku dah dapat rasa memang tak jadilah plan aku. But I did ask my mom like randomly... aku tanya ibu aku. "Kalau Along try masuk Mentor agak-agak...?" I didn't expect my mom to answer like this, "Apa salahnya? Belum cuba belum tahu." WOW! To get that from my mom was really shocking. Sebab parents aku ni tak berapa sokong minat aku pada muzik. Tak ada masa depan katanya. You know, baby boomers... Haha!

Okey, sebab kedua.. aku ada pendirian. Which is aku tak nak masuk realiti tv walau macamana minat pun pada muzik. Sebab aku bukan nak berdrama atau raih populariti lebih daripada menunjukkan bakat. Except! Malaysia adakan semula Malaysian Idol, One in a Million ataupun The Voice. Then aku consider. *I love The Voice!* Orang akan cakap, "Alah! Biasalah tu", "Itulah yang kau kena buat untuk jadi artis." Argh! Stop it. Ada banyak cara. Aku tau ada banyak cara selain join tv program yang macam tu. I'm interested in singing. Not dancing, not acting and definitely less showing my personal/private life to the public. Yes, I know! Once you're a public figure everything you do is gonna be judged by others. Macam Yuna kata, bunyinya macam ni, "Tak bermaksud kita penyanyi/selebriti kita mesti jadi hak milik masyarakat." No! There's always a boundary to something. Kalau tak ada jurang maka dunia ni kiamat. Persepsi tu bagi aku sangat silap. Or maybe I'm not a public figure material. Sebab tu aku takut nak cuba masuk realiti tv dan tak sesuai. Mungkin aku tak mampu deal dengan all the glamorous, spotlight and all that jazz yang bakal berlaku let say aku diterima masuk. Only if! You know, it's not easy. In Malaysia, the productions want package. From head to toe. Singing talent tu macam last part yang akan dinilai. Huhuhu..

Konklusinya, aku ni mungkin cuma sesuai nyanyi karaoke dengan famili dan kawan-kawan je. Maybe once awhile terjah mikrofon kat wedding orang. Lol!!! Yeah. Dan kalau aku ada keberanian maybe aku patut sambung balik buat video kat YouTube. That's another problem, I am shy. Camera shy. #aptb 

Saturday, 20 September 2014

Adab-adab Karaoke

As salam...

Lol! Aku sendiri gelak bila taip title tu. Seriously? Karok pun nak ada adab? Well, untuk seorang yang suka dan memilih karaoke sebagai hobi sesuai sangatlah aku tulis topik ni. Saje! Aku harap kekawan aku tak terasa sangat dengan apa yang aku cakap. Just for fun at the same time take some of my points seriously okay, peeps.




  • Port best! - Haa! Ini main part bila korang nak keluo berkarok dengan kawan atau famili. Well, aku dari kecik memang dah agak biasa dengan budaya karok ni sebab famili sebelah ayah aku ni semua suara enak, lunak, merdu, gemersik dan ohsem. Dan the best thing is diorang bukan penyanyi pro tapi bila nyanyi lebih pro daripada yang ada dalam tv. *serious* So, the best port tentulah dalam rumah depan tv HD sendiri dengan sound sytem HD jugak. Kalau dulu HiFi. Ingat? Hehehe. Dan pakcik-pakcik aku ni tau aje port yang best. Dan diorang tak kisah pun untuk habis beratus sekali masuk. Kalau dengan kawan, of course aku suka RedBox. But since in JB ni dah tak ada. Aku prefer Ali Baba. Macamana nak tau port karok tu best? Korang kena try atau tanya orang keliling korang. Sound system dia.. service.. harga bilik dan ikut jam ke tak ke.. ada buffet sekali ke tak nak ke.. macamana tu semua. Korang mesti tahulah nanti macamana nak classify benda tu best ke tak. Fyi, lebih pagi korang pergi lebih murah biasanya. 

  • Pilihan lagu - Ini bab yang agak penting untuk memastikan yang korang tak membazir waktu sebab korang biasa akan bayo ikut jam. Kalau ikut style aku, masuk terus pilih lagu kat bahagian New Songs. Senang! Pilih je apa-apa sebab kalau kau tunggu kawan kau tu belum tentu dia tau nak pilih apa. Lepas tu nyanyi je sambil tu orang lain pilihlah. Dan agak-agaklah bila pilih tu janganlah sampai 5 tracks berturut-turut kau punya. Tu memang nak mintak lempang! Hehehe Agak-agak dua ke tiga lagu korang suruh orang lain pilih. Nanti ada kawan yang tak dapat nyanyi walaupun diorang bayo sebab kekadang kau ada kawan yang malu tapi mahu dalam tu. Dan janganlah pulak korang skip atau potong jalan naikkan turn lagu kau dulu semata-mata dah kemaruk sangat nak nyanyi. Itu memang nak kena maki. @_@ Oh! Pilih je lagu favourite korang. Lantaklah kawan kau tak tahu pun asalkan kau tahu. Tu penting. Sebab kalau tak membazir masa sebab lebih instrumental daripada suara kau. Faham?

  • Bilangan orang vs. Microphone - Okay! Ini bagi aku paling penting sekali. Sebab ramai lagi yang bila aku pergi karok sama tak bijak bab ni. Ikut turn lagu kau tu satu hal. Berapa orang yang share bilik karok tu dengan kau, kau kena agak supaya nampak adil sorang nyanyi berapa lagu. Aku tak suruh kira cuma agak jelah. Mic tu usually ada dua. So, paling max pun satu lagu dua orang je nyanyi and please! Please jangan nyanyi serentak. Sebab itu sangat memeningkan kepala orang yang mendengar dan respect kawan kau yang tengah nyanyi tu maybe tu lagu fav dia so bahagilah verse 1 dan chorus satu kau nyanyi, second bagi dia. Last nyanyi sama. See! Kan lebih bertamadun gituuuu. :P Yang tak bermikrofon tu nyanyi jelah sama apa salahnya nak memeriahkan suasana. If you know the melody just sing it. Don't be shy. It's time to have some fun. 

  • Skip lagu - Ini satu perkara yang aku dah alami selalu dan setiap kali. Dia mesti ada sorang yang suka pilih lagu, lepas tu nyanyi sikit je lepas tu suruh orang tekan 'SKIP' kat skrin tu. Sometimes almost every song dia buat macam tu. Aku geram gila! At least nyanyilah the whole song sampai 30 minit terakhir barulah kau buat skip style tu. Kau ingat kau artis lah nak medley je semua lagu. Sepak nak? Lagi satu, dia ada mangkuk who is actually your friend or family yang tangan gatal ataupun dengki sebab kau tengah feeling nyanyi lagu pilihan kau tetibe lagu tu stop pergi ke next song. Apa kau rasa? Nak bunuh dia? Eh! Jangan. Kau torture dia dulu skip time dia nyanyi pulak ataupun kau pilih lagu yang dia benci. HAHAHA! Taklah. Jokinnngggg. Tapi serious lah? That's the most disrespectful thing to do while you're in a karaoke room. Aku dah pernah kena dua kali ke tiga kali. Rasa macam nak maki nak blah dari bilik tu terus pun ada. Walaupun kau pilihkan lagu tu semula just to make up tapi kali kedua mood dah hancur. There's nothing you can do anymore.

  • Bercakap/Berbual - Hmm... walaupun korang kawan atau famili. Cakap tu berbisiklah. Tak yah lah kacau orang yang tengah feel tu. Bayo bukan murah ni bila nyanyi asyik kawan kacau je ajak berbual lah, bergosip pasal artis empunya lagulah. What the fish, man?! Nak berbual pergi warong kopi sana, mamak ke. Tak yah nak bergosip sangat time tu. Sikit-sikit nak gelak ke apa ke okeylah. 

  • Makan/minum - Most karaoke places dah ada benda cam buffet lah pakejlah. Makan sekali minum sekali. Time bukan turn lagu kau, kau makan dan minumlah masa tu. Pause sekejap. Jangan asyik nak pegang mic tu je tak bagi chance kat orang lain. Agak-agaklah ye kalau kau gila karok sekalipun. =.=

  • Se* - Kalau kau pergi berdua dengan awek ke cowok ke baik kau batalkan jelah niat kau. Tempat tu walaupun orang memekak melalak dalam tu tak bermaksud kau boleh nak beromen dalam tu. Sila muhasabah diri balik dan janganlah buat benda cam harommmm dalam tu okey. Same goes to movie theatre lah. Gelap tak bermaksud kau boleh sesuka nak comolot dalam tu. Duhh! 

  • Don't litter! - Nampak gelap kau ingat kau boleh sesuka sepahkan bilik tulah? Tolonglah jadi rakyat yang berhemah kalau ye pun. Bilik camtu biasa ada tong sampah. Except karaoke jambanlah. Aku rasa tak ada. Makan ke minum tu biarlah macam manusia. 


Well, nampak tak serious. Ekceli bagi aku it's kinda serious. Kepada orang yang tak karok korang abaikan jelah okey. Maybe ada yang fikir tempat karok ni tempat teruk ala-ala club ke apa. Idk. Just so you know. Dia tak gelap mana. Ada je lampu antara orang dalam tu nak on atau off. Biasa off sebab nak feel bukan sebab nak ehem-ehem. Sambil tu aku nak credit kat dua orang kawan yang pernah teman aku karok. Rindu gila dengan diorang! Abang Usop dengan Norman. They are the best buddies to go karok with. Abang Usop dia sangat supporting untuk nyanyi apa je dan sentiasa bagi chance let say orang tu lupa part dalam lagu tu dia takkan gelakkan just bagi hint atau klik je 'MTV' tu untuk dengan suara penyanyi asal tu sekejap. Norman pulak sentiasa encourage aku untuk nyanyi lagu yang aku tak berani untuk nyanyi. I can say that he's like a vocal coach for me. Dia maybe bukan penyanyi tapi dia sangat bijak untuk tahu key lagu, pitch dan macamana nak adjust key suara untuk match dengan lagu. Awesome, right? At the end aku just nak cakap, untuk sesetengah orang, karaoke ni ajelah cara dia nak berhibur ataupun lepaskan stress. Sometimes, all we need is to scream according to chords. Understand? For me it's like sport. It's my hobby and maybe the most passionate thing I've ever done. 

Saturday, 13 September 2014

24 Tahun

Assalamualaikum...

Ingat nak update Ahad lepas tapi demam teruk gila so memang lepak gilalah jadinya. So, kiranya ni cerita basilah. Huhuhu...

Ahad lepas, 7 September, birthday aku. Aku tak suka sambut. Tapi mesti ada kek. Why? Because walaupun aku tak suka celebrate macam orang lain ini tetap special day aku. Sepotong pun cukuplah. Ceritanya, aku kan homebaker sekarang... haruslah buat kek sendiri uolls! Haha.. Lagi pun ada baki krim buat kek untuk orang. Apa salahnya ye tak? Tak helok membazir.

Rainbow Cake with Cream Cheese 

Keratan rentas langit ke tujuh. #eh

Well, masa bako kek belum demam lagi right after last batter tu haaaa terus bersin bagai. Elok je timing dia. Tapi masa tu belum frosting lagi. Boleh kata 12 hours after that baru aku kuatkan semangat untuk frosting kek sendiri. Siapa lagi kan? Nak harapkan parents aku memang non mampulah. Luls

Alhamdulillah... syukur sangat sangat Tuhan panjangkan umur. Terima kasih bebanyak kat famili dan kekawan sebab ingat bday aku. Aku bukan suka surprise party ke apa cuma orang ingat pun dah kira ohsemlah. Bukannya acara wajib orang sambut. Yang lahir tarikh tu aku bukan korang. Haha! Terima kasih, ibu dan ayah atas segala kasih sayang yang diberi serta macam-macam lagi yang Along tak boleh nak list-kan. Friends, thank you for being there when I need you. Rekod kali ni kek habis sebab famili dan kawan kawan. Biasa satu whole cake tu ibarat nasi je bagi aku. *serious* Aku makan macam 3 slices je. Seriously tekak tak boleh detect apa apa. Tapi seronok bila tengok orang lain seronok dengan Rainbow Cake aku yang tak seberapa tu. Hehe.. Minta tolong sesiapa yang baca ni doakan aku baik demam cepat sebab dah seminggu still tak baik lagi. Tengkiut!^^


Friday, 5 September 2014

#20FactsAboutMe

Assalamualaikum... 

Because Instagram is too small for my caption, I decided to publish it here. ^_^

Well, aku dah baca Jaytea punya dan kita definitely ada persamaan. Tapi oleh sebab kena tagged dengan Kelis so aku pun redho jelah. Haha! Rasa macam zaman awal-awal guna Fesbuk dulu. Blog pun ada macam ni dulu. Btw, kita pun ada persamaan. Here we go... #20FactsAboutMe

1. Full name aku ada 19 aksara dan ayah aku ada 11 aksara menyebabkan i.c pertama aku tak muat nak letak nama ayah dan orang salah faham yang aku anak h****. 😒 I blamed the registration officer.

2. Pernah menghidap penyakit/jangkitan paru-paru berair, asthma dan hampir terkena batu karang. Alhamdulillah dengan kehendak Allah, aku still hidup. :')

3. I still have a crush on Megan Fox walaupun dia dah ada dua anak. D*mn you, Green!

4. Seorang yang pandai menyimpan rahsia sendiri dan orang lain. InsyaAllah kalau kita dah tak mesra macam dulu aku akan cuba sehabis baik simpan untuk kau. Baik tak? =P

5. Mempunyai dua parents angkat. It means I have 6 parents. Lol!

6. Used to be bullied pretty bad during kindergarten and still being bullied until high school but in different kinda ways. That's why I hate going to school.

7. Seorang yang sangat protective kesan drp. dibuli. Susah nak percaya orang sekeliling dan sangat memilih bab kawan dan kerja. Senang kata cepat syakwal sangka yg. orang ada niat tak baik/nak amek kesempatan kat aku.

8. I believe that I am OCD. Tak boleh orang lain sentuh barang2 aku. Even my parents. Setiap perkara ada perkiraan. Contoh, kalau dompet aku terjatuh atas kaki lima aku akan angkat dgn. tisu dan lap at least 10x. 😳 Just imagine aku kat dapur macamana. Hmm..

9. A big fan of Mariah Carey, Whitney Houston and Christina Aguilera. Senang kata mostly divas include Dayang and Dato Sheila Majid. The latest is Ariana Grandé.

10. Right now while I'm typing ... Ariana's Break Free is playing on my laptop.

11. Suka menari dalam bilik tidur dan bilik mandi. Lol

12. Diajar oleh mak dan ayah aku untuk jaga penampilan sejak kecik sebab tu aku ada banyak grooming products. Sometimes they'll pay for it. =D

13. Mempunyai kulit yang super sensitif. Like right now the doctor asks me to avoid from hugging or kissing Lofa the cat. ;(

14. Seorang yang sangat pemalu bila berada dikelilingi orang yg. tak dikenali dan akan cepat2 lari utk. elak awkwardness tu drp. menular. Huahuahua

15. Kuat gelak. Sangat kuat gelak. Dia sama ada aku serious atau terus berdekah. Jarang senyum. That's why orang yg. tak kenal akan sangka aku sombong. Walhal...

16. I have a lot of girlfriends. Compared to guys, the ratio would be like 5:1. Teehee! The guys are afraid of me I guess. =P

17. Tak reti bawak motor langsung. Tapi aku suka kalau yg. bawak aku tu perempuan. I feel special and I think she's hot. Hahaha! *sengal* Of course, hands off! 

18. Sangat suka minum air suam. Bangun pagi, before makan, lepas makan dan before tidur.

19. Rabun jauh sejak darjah 3 (1999) dan sepuluh tahun lepas tu decided untuk pakai lens sebab dah jemu dgn. imej nerd.

20. Lagi 53 jam± merupakan ulang tahun aku yang ke 24. *ikut tahun Masihi* Don't forget to prepare me a gift! 😜 #jk I hate surprises and I prefer to be alone on that day.


Thank you very much Kelis for tagging me. Ada jugak topik nak ditaip. XOXO!

Thursday, 28 August 2014

Hashtag Now Playing #np

As salam...

Okay, I just couldn't resist to publish a new entry. Since malam ni aku tak de kena bake so aku nak update satu lagi.

Well, aku ni tetap pencinta muzik macam ramai anak muda lain. So, aku nak cakap pasal a few songs yang aku dok repeat dalam playlist aku sejak beberapa minggu atau hari ni. Bukanlah semua lagu terbaru tapi ikut mood aku. Haha!

These are my top 8 tracks:


1. Ariana Grande (ft. Zedd) - Break Free
 
Aku suka lagu ni right after aku dengar first time dan terus jadi ringtone. Lol! Sebabnya si comel Grande ni ada suara 4 octave. Fuh! You know yang ala-ala Mariah Carey, with that whistling part. I used to have that kinda voice though. Btw, congrats on your VMA's, Ariana! I love you.


2. Sam Smith - Stay with Me

Lagu ni ada soul mood macam John Legend - All of Me dan Adele - Someone Like You. Dia perform time VMA 2014, Isnin hari tu. Pergh! Suara dia memang macho dan quite high pitch. #salute


3. Maroon 5 - Maps

Lagu ni dengo citer top kat music charts in Korea. I think because it's catchy. Ada part yang bagi aku memang ala-ala k-pop. I like Maroon 5 since I was ini high school btw.


4. Clean Bandit (ft. Jess Glynne) - Rather Be

Masa first time tengok video dia aku dah suka lagu. Rasa cam nak menari bila dengo.


5. Sia - Chandelier

Well, Sia memang unik. Lagu-lagu dia dengan David Guetta always ada dalam playlist. Now, lagu ni pulak. Jangan terkejut beruk tengok video dia, budak tu pakai skin colour. Luls


6. Yuna - Falling

Yuna bak kata Rihanna is top notch. Memang top notch. Lagu dia very nostalgic in term of melody. Suara dia pun cool. Overall, graceful and elegant.


7. Ariana Grande ft. Iggy Azalea - Problem

Diakhiri dengan lagu Ariana. Problem menarik sebab muzik yang bertrompet bagai. Ala-ala lagu Jennifer Lopez "Get Right". Bagi akulah. Seronok untuk didengar time driving or workout. Hihihi

Hello?

Assalamualaikum.. heyy peeps!

Fuhh! Fuhh! Fuuuuuuuhhhh! *tutup hidung* Sorry lah sebab dah tiga bulan tak update. Alah, korang pun tak kisah pun entah-entah. Huhuhu.. Siapalah aku ni orang pandang pun bosan. *tetibe emo* Aku tak ada mood lah nak update. Memanglah sekarang aku homebaker. Everyday kat rumah. Tapi tak ada idea nak cerita pasal apa. Lagi pun time busy memang akan jadi busy gila sampai pengsan 2 ke 3 hari. *over!* Tambahan lagi ada Instagram, lagilah aku tak hairan nak update. Sorry blog. I still love you lah whatever it is. Well, aku tengok aku ni kira aktif lagilah compared to kawan-kawan aku. Lol! Diorang laaaaaaaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilah! Entah hilang terus tak ingat password agaknya. HAHAHAHAHA!

In case kalau korang nak tau perkembangan aku, walaupun aku ni tak famous macam insta-famous or tweet-famous, korang carilah aku kat Insta atas nama 'choomilldesserts' atau 'mikahlurima'. InsyaAllah kalau aku perasan aku follow balik. Hehehe! Or just ask to follow back. Jangan segan-segan. Asalkan korang tak unfollow lak. Aku check tau! :P

Terliur tak? Inilah yang bake kekadang. #ChoomillCupcakes

Alhamdulillah, bisnes so far okey. Okay means tak terlalu meletop dan taklah senyap je. Ada je orang order something every week. Kot kot korang berminat nak bagi modal ke apa aku terima je. Hehehe! Sekarang ni sedang mencari kawan-kawan yang sudi share modal a.k.a. sleeping partner and share idea. InsyaAllah, one day maybe ada harapan nak bukak cafe sendiri tapi buat masa ni fokus dulu pada online bakery ni. I think enough lah dengan tenaga kerja. Aku sorang je kot yang bake. Paling-paling ibu aku tolong sikit. Tolong kritik. Lol!


And of course aku makin tembam sekarang sebab banyak makan, termasuklah makan desserts sendiri. Exercise? Duhh! Aku ni zaman sekolah pun skip PJK apatah lagi time dah beso ni lagilah malas. Lagi pun tak ada genglah. Kot kot korang stay area Larkin and cari partner untuk jogging ke pm aku okey. I really need a few partners kalau nak start exercise balik. At least jadi sihat dan turunkan berat. Tu je! Aku tak ke arah sado pun. HAHAHA! Tak kuasalah. Aku still sayang saiz S-M aku yang dulu. Slim-fit something like that. Size orang Asia yang average. Gitew! Ahakz. Paling-paling pun aku try amalkan diet untuk slim down but so far tak berjaya sebab parents aku tak membantu. Like seriously! They're worried I'm gonna starve. #aptb

InsyaAllah, ada mood nanti aku update lagi. Just nak cakap, Selamat Hari Merdeka untuk hujung minggu ni. Sambutlah dengan berhemah ye. Dan alhamdulillahirobbil'alamin, Allah dah makbulkan doa kita, dan tunjukkan keberkesanan kita memboikot produk pro-Israel Laknatullah, akhirnya diorang tunduk kepada tuntutan Hamas. Allahuakbar! Itu highlight terbarulah. Okay, peeps. That's all! As-salam...

Saturday, 10 May 2014

Umur Blog

Assalamualaikum peeps...

Hai! Susah betul aku nak post benda selain makanan sejak jual kek ni.
Tetibe aku dah ada free time so aku nak publish something lah.
Umur blog...
Korang tahu tak umur blog korang?
Aku tak pernah kira. 
Huhu

Yang aku tau aku ada blog ni sejak 2009 camtu.
Tu pun bukannya original blog asal.
Ni kira blog kedua sebab yang first aku private-kan.
Hehehe

Seronok tengok bloggers tegar yang still setia dengan blog sedangkan sekarang
dah macam macam ada kat dunia virtual ni.
Fesbuklah, Instagram lah...
Aku sangat suka Instagram.
Baru join tahun ni tapi rasa macam dah 2-3 tahun join.
Sebab post dah nak 500.
SubhanAllah!
Best!
Senang.
The picture talks itself.

Tapi aku still sayang blog ni.
Walaupun aku entah siapa je dalam dunia blogging ni.
Tapi aku tetap sayang blog ni.
InsyaAllah akan setia menaip walaupun mungkin selang setahun publish entry.
Tapi kalau korang nak follow aku punya IG,
search je 'mikahlurima' dalam IG.
Lagi best kalau korang follow 'choomilldesserts'.
Aku lebih kerap update kat situ dan aktiflah jugak.
Mudah nak communicate.

Okeylah,
nak buat benda lain.
Thanks for reading.
As salam...


Tuesday, 6 May 2014

Stadium Bazaar

Assalamualaikum, hai!

Tujuan aku masuk blog ni memang semata-mata nak promote event next week. HAHA

Jujur gila kan?

Sorry lah busy lah beb. Teringat nak update tapi last last update jugak tapi bukan personal matter sangatlah. 

So, orang Larkin! Orang JB! Jomlah ajak kekawan, kak jah, mak jah, nek jah, pak jah.. #eh

Jom ke Stadium Bazaar kat Stadium Larkin.

Sabtu dan Ahad, 17 & 18 Mei 2014.

Orang Singapore pun apa salahnya boleh aje nak join. Apesal lak tak boleh. Haha

Yok!


Tuesday, 22 April 2014

Alamak!!

Assalamualaikum, hai uolls!

Okey, ni final banner hopefully.
 Masa aku tau dia tukar nama 'Alamak' tu aku pun rasa macam nak tepuk dahi kata,
 "Alamak!" Hahahaha
Tak lawak? 
Tak pe... huhuhu. 
Sebab apa tau,
mula-mula Online Street Bazaar nama dia.
Bila Fira buat ad aku macam pening kepala.
Yang mana ni.
Turned out to be tak kisah pun nama dia apa.
Lol!
So, marilah beramai-ramai ajak geng, 
ajak famili datang Dataran Bandaraya JB a.k.a Dataran MBJB.
Alamak Bazaar sebenonya start pukul 10am untuk 3 hari tu tapi...
 Jumaat tu ramai tak free so banyak yang lewat bukak ataupun tak bukak langsung. 
Tapi!!!
Kitorang bukak okey cuma lambatlah after office hour. 
To play safe aku letak pukul 6pm. 
Sabtu dengan Ahad insyaAllah meriah tapi yang tak free tu datang jelah Jumaat tu.
 Okey?
Tengkiut, guys!
 Have a nice day. 
See you this weekend.


Wednesday, 9 April 2014

Online Street Bazaar

Assalamualaikum uolls!

Sorry aku busy buat apa yang patut sampai lupa yang aku patutnya update blog ni.
Tapi misi aku kali ni agak mementingkan diri sikit.
Nak promote event yang aku ada kena mengena. Hahaha!
Ekceli Choomill Desserts punya.
Event ni kat Angsana JB Mall.
Hujung bulan April ni.
25-27 hari bulan tau.
So, book tarikh tu cecepat.
Korang jangan gatal pergi berkelahlah, makan hangin lah..
Datang booth aku. 
HAHAHA
Boleh gitu paksa orang?
Tak adalah...
just kalau free, kalau korang nak rasa desserts homemade
buatan tangan aku, Variamoss (Fira) dan Whookies (Yus)..
datanglah okey.
Bawak laki, bini, anak, mak, atok, kekawan semua okey.
Biar havoc jangan bunyi krikrikrikrikrik...



Sunday, 16 March 2014

Boo!


Tanjat tak?
Apa?
Tak tanjat?
Nyampah!
Hahahaha

Ya Allah hai...
Sorry lah wahai blog ku dan kawan-kawan blog.
Sangat sangat sangat sangat... pemalas nak update.
Plus, busy.
Okey, aku citer sikit kenapa dan macamana boleh tinggal blog
sampai nak dekat setengah tahun ni.
Mula-mula aku kerja Maybank.
Pastu aku quit sebab aku nak persue muzik.
Tapi alkisahnya, 
aku singgah dulu jadi baker.
Buat business online.
Tujuannya, 
untuk cover yuran kelas muzik aku.
So, get it?
Gila pantaskan aku short cut.
Aku tak suka kerja kat bank.
Tak sesuai dengan jiwa aku.
Bukan tak boleh buat tapi senang cakap aku tak rasa bahagia.
So, aku quit.
Baking?
Baking memang ada dalam darah daging aku.
Ibu rajin bake.
Siap jual kekadang.
Tokmak pun.
So, tetibe je aku kat sini.
Busy almost everyday topup desserts.
Aku rajin online tapi lebih kepada Instagram.
Tambahan pulak aku ada satu lagi blog.
Sudi-sudilah hit blog baru aku.
Nama dia...
Hehehe
Nama Instagram aku lak.
InsyaAllah aku cuba rajinkan diri untuk update blog ni dalam at least once a week.
Tak menang tangan.
Seriously!
Thanks sebab still follow blog aku yang tak meriah ni.
Assalamualaikum...




Manalah tahu satu hari nanti you terbeli dessert yang I buat.
Wish me luck! XD