Tuesday, 23 September 2014

Confession

As salam.

At some point, aku kena jugak cerita sesuatu yang rasa macam tak perlu. Tapi nak jugak diluahkan. Okey, macam ni. Ekceli, aku belum lagi masuk satu pun pertandingan nyanyian tahun ni. Start tahun lepas, aku buat deal dengan diri sendiri yang aku akan masuk at least satu singing contest every year. Since last year aku dah joined WCOPA. Okeylah kan... tak adalah rasa macam ralat. 

*F? Aku memang tak berminat sangat. I mean, I kinda agree that it's not relevant anymore. Actually, all reality tv in Malaysia is out of relevance. Hmm, tak tahu nak describe macamana. Tapi! Tetibe aku nampak iklan Mentor hari tu. Well, just say that I am a huge fan of Dayang. Aku pulak memang into R&B, Jazz and Soul. So, dialah orang yang paling sesuai nak coach aku. But why? Kenapa aku tak cuba pun akhirnya? Ada dua sebab... semua aturan Tuhan.

Aku kan demam sejak bday aku hari tu. Lepas tu aku sakit tekak. Once aku start sakit tekak keadaan suara aku memang teruk. Masa tu aku dah dapat rasa memang tak jadilah plan aku. But I did ask my mom like randomly... aku tanya ibu aku. "Kalau Along try masuk Mentor agak-agak...?" I didn't expect my mom to answer like this, "Apa salahnya? Belum cuba belum tahu." WOW! To get that from my mom was really shocking. Sebab parents aku ni tak berapa sokong minat aku pada muzik. Tak ada masa depan katanya. You know, baby boomers... Haha!

Okey, sebab kedua.. aku ada pendirian. Which is aku tak nak masuk realiti tv walau macamana minat pun pada muzik. Sebab aku bukan nak berdrama atau raih populariti lebih daripada menunjukkan bakat. Except! Malaysia adakan semula Malaysian Idol, One in a Million ataupun The Voice. Then aku consider. *I love The Voice!* Orang akan cakap, "Alah! Biasalah tu", "Itulah yang kau kena buat untuk jadi artis." Argh! Stop it. Ada banyak cara. Aku tau ada banyak cara selain join tv program yang macam tu. I'm interested in singing. Not dancing, not acting and definitely less showing my personal/private life to the public. Yes, I know! Once you're a public figure everything you do is gonna be judged by others. Macam Yuna kata, bunyinya macam ni, "Tak bermaksud kita penyanyi/selebriti kita mesti jadi hak milik masyarakat." No! There's always a boundary to something. Kalau tak ada jurang maka dunia ni kiamat. Persepsi tu bagi aku sangat silap. Or maybe I'm not a public figure material. Sebab tu aku takut nak cuba masuk realiti tv dan tak sesuai. Mungkin aku tak mampu deal dengan all the glamorous, spotlight and all that jazz yang bakal berlaku let say aku diterima masuk. Only if! You know, it's not easy. In Malaysia, the productions want package. From head to toe. Singing talent tu macam last part yang akan dinilai. Huhuhu..

Konklusinya, aku ni mungkin cuma sesuai nyanyi karaoke dengan famili dan kawan-kawan je. Maybe once awhile terjah mikrofon kat wedding orang. Lol!!! Yeah. Dan kalau aku ada keberanian maybe aku patut sambung balik buat video kat YouTube. That's another problem, I am shy. Camera shy. #aptb 

Saturday, 20 September 2014

Adab-adab Karaoke

As salam...

Lol! Aku sendiri gelak bila taip title tu. Seriously? Karok pun nak ada adab? Well, untuk seorang yang suka dan memilih karaoke sebagai hobi sesuai sangatlah aku tulis topik ni. Saje! Aku harap kekawan aku tak terasa sangat dengan apa yang aku cakap. Just for fun at the same time take some of my points seriously okay, peeps.




  • Port best! - Haa! Ini main part bila korang nak keluo berkarok dengan kawan atau famili. Well, aku dari kecik memang dah agak biasa dengan budaya karok ni sebab famili sebelah ayah aku ni semua suara enak, lunak, merdu, gemersik dan ohsem. Dan the best thing is diorang bukan penyanyi pro tapi bila nyanyi lebih pro daripada yang ada dalam tv. *serious* So, the best port tentulah dalam rumah depan tv HD sendiri dengan sound sytem HD jugak. Kalau dulu HiFi. Ingat? Hehehe. Dan pakcik-pakcik aku ni tau aje port yang best. Dan diorang tak kisah pun untuk habis beratus sekali masuk. Kalau dengan kawan, of course aku suka RedBox. But since in JB ni dah tak ada. Aku prefer Ali Baba. Macamana nak tau port karok tu best? Korang kena try atau tanya orang keliling korang. Sound system dia.. service.. harga bilik dan ikut jam ke tak ke.. ada buffet sekali ke tak nak ke.. macamana tu semua. Korang mesti tahulah nanti macamana nak classify benda tu best ke tak. Fyi, lebih pagi korang pergi lebih murah biasanya. 

  • Pilihan lagu - Ini bab yang agak penting untuk memastikan yang korang tak membazir waktu sebab korang biasa akan bayo ikut jam. Kalau ikut style aku, masuk terus pilih lagu kat bahagian New Songs. Senang! Pilih je apa-apa sebab kalau kau tunggu kawan kau tu belum tentu dia tau nak pilih apa. Lepas tu nyanyi je sambil tu orang lain pilihlah. Dan agak-agaklah bila pilih tu janganlah sampai 5 tracks berturut-turut kau punya. Tu memang nak mintak lempang! Hehehe Agak-agak dua ke tiga lagu korang suruh orang lain pilih. Nanti ada kawan yang tak dapat nyanyi walaupun diorang bayo sebab kekadang kau ada kawan yang malu tapi mahu dalam tu. Dan janganlah pulak korang skip atau potong jalan naikkan turn lagu kau dulu semata-mata dah kemaruk sangat nak nyanyi. Itu memang nak kena maki. @_@ Oh! Pilih je lagu favourite korang. Lantaklah kawan kau tak tahu pun asalkan kau tahu. Tu penting. Sebab kalau tak membazir masa sebab lebih instrumental daripada suara kau. Faham?

  • Bilangan orang vs. Microphone - Okay! Ini bagi aku paling penting sekali. Sebab ramai lagi yang bila aku pergi karok sama tak bijak bab ni. Ikut turn lagu kau tu satu hal. Berapa orang yang share bilik karok tu dengan kau, kau kena agak supaya nampak adil sorang nyanyi berapa lagu. Aku tak suruh kira cuma agak jelah. Mic tu usually ada dua. So, paling max pun satu lagu dua orang je nyanyi and please! Please jangan nyanyi serentak. Sebab itu sangat memeningkan kepala orang yang mendengar dan respect kawan kau yang tengah nyanyi tu maybe tu lagu fav dia so bahagilah verse 1 dan chorus satu kau nyanyi, second bagi dia. Last nyanyi sama. See! Kan lebih bertamadun gituuuu. :P Yang tak bermikrofon tu nyanyi jelah sama apa salahnya nak memeriahkan suasana. If you know the melody just sing it. Don't be shy. It's time to have some fun. 

  • Skip lagu - Ini satu perkara yang aku dah alami selalu dan setiap kali. Dia mesti ada sorang yang suka pilih lagu, lepas tu nyanyi sikit je lepas tu suruh orang tekan 'SKIP' kat skrin tu. Sometimes almost every song dia buat macam tu. Aku geram gila! At least nyanyilah the whole song sampai 30 minit terakhir barulah kau buat skip style tu. Kau ingat kau artis lah nak medley je semua lagu. Sepak nak? Lagi satu, dia ada mangkuk who is actually your friend or family yang tangan gatal ataupun dengki sebab kau tengah feeling nyanyi lagu pilihan kau tetibe lagu tu stop pergi ke next song. Apa kau rasa? Nak bunuh dia? Eh! Jangan. Kau torture dia dulu skip time dia nyanyi pulak ataupun kau pilih lagu yang dia benci. HAHAHA! Taklah. Jokinnngggg. Tapi serious lah? That's the most disrespectful thing to do while you're in a karaoke room. Aku dah pernah kena dua kali ke tiga kali. Rasa macam nak maki nak blah dari bilik tu terus pun ada. Walaupun kau pilihkan lagu tu semula just to make up tapi kali kedua mood dah hancur. There's nothing you can do anymore.

  • Bercakap/Berbual - Hmm... walaupun korang kawan atau famili. Cakap tu berbisiklah. Tak yah lah kacau orang yang tengah feel tu. Bayo bukan murah ni bila nyanyi asyik kawan kacau je ajak berbual lah, bergosip pasal artis empunya lagulah. What the fish, man?! Nak berbual pergi warong kopi sana, mamak ke. Tak yah nak bergosip sangat time tu. Sikit-sikit nak gelak ke apa ke okeylah. 

  • Makan/minum - Most karaoke places dah ada benda cam buffet lah pakejlah. Makan sekali minum sekali. Time bukan turn lagu kau, kau makan dan minumlah masa tu. Pause sekejap. Jangan asyik nak pegang mic tu je tak bagi chance kat orang lain. Agak-agaklah ye kalau kau gila karok sekalipun. =.=

  • Se* - Kalau kau pergi berdua dengan awek ke cowok ke baik kau batalkan jelah niat kau. Tempat tu walaupun orang memekak melalak dalam tu tak bermaksud kau boleh nak beromen dalam tu. Sila muhasabah diri balik dan janganlah buat benda cam harommmm dalam tu okey. Same goes to movie theatre lah. Gelap tak bermaksud kau boleh sesuka nak comolot dalam tu. Duhh! 

  • Don't litter! - Nampak gelap kau ingat kau boleh sesuka sepahkan bilik tulah? Tolonglah jadi rakyat yang berhemah kalau ye pun. Bilik camtu biasa ada tong sampah. Except karaoke jambanlah. Aku rasa tak ada. Makan ke minum tu biarlah macam manusia. 


Well, nampak tak serious. Ekceli bagi aku it's kinda serious. Kepada orang yang tak karok korang abaikan jelah okey. Maybe ada yang fikir tempat karok ni tempat teruk ala-ala club ke apa. Idk. Just so you know. Dia tak gelap mana. Ada je lampu antara orang dalam tu nak on atau off. Biasa off sebab nak feel bukan sebab nak ehem-ehem. Sambil tu aku nak credit kat dua orang kawan yang pernah teman aku karok. Rindu gila dengan diorang! Abang Usop dengan Norman. They are the best buddies to go karok with. Abang Usop dia sangat supporting untuk nyanyi apa je dan sentiasa bagi chance let say orang tu lupa part dalam lagu tu dia takkan gelakkan just bagi hint atau klik je 'MTV' tu untuk dengan suara penyanyi asal tu sekejap. Norman pulak sentiasa encourage aku untuk nyanyi lagu yang aku tak berani untuk nyanyi. I can say that he's like a vocal coach for me. Dia maybe bukan penyanyi tapi dia sangat bijak untuk tahu key lagu, pitch dan macamana nak adjust key suara untuk match dengan lagu. Awesome, right? At the end aku just nak cakap, untuk sesetengah orang, karaoke ni ajelah cara dia nak berhibur ataupun lepaskan stress. Sometimes, all we need is to scream according to chords. Understand? For me it's like sport. It's my hobby and maybe the most passionate thing I've ever done. 

Saturday, 13 September 2014

24 Tahun

Assalamualaikum...

Ingat nak update Ahad lepas tapi demam teruk gila so memang lepak gilalah jadinya. So, kiranya ni cerita basilah. Huhuhu...

Ahad lepas, 7 September, birthday aku. Aku tak suka sambut. Tapi mesti ada kek. Why? Because walaupun aku tak suka celebrate macam orang lain ini tetap special day aku. Sepotong pun cukuplah. Ceritanya, aku kan homebaker sekarang... haruslah buat kek sendiri uolls! Haha.. Lagi pun ada baki krim buat kek untuk orang. Apa salahnya ye tak? Tak helok membazir.

Rainbow Cake with Cream Cheese 

Keratan rentas langit ke tujuh. #eh

Well, masa bako kek belum demam lagi right after last batter tu haaaa terus bersin bagai. Elok je timing dia. Tapi masa tu belum frosting lagi. Boleh kata 12 hours after that baru aku kuatkan semangat untuk frosting kek sendiri. Siapa lagi kan? Nak harapkan parents aku memang non mampulah. Luls

Alhamdulillah... syukur sangat sangat Tuhan panjangkan umur. Terima kasih bebanyak kat famili dan kekawan sebab ingat bday aku. Aku bukan suka surprise party ke apa cuma orang ingat pun dah kira ohsemlah. Bukannya acara wajib orang sambut. Yang lahir tarikh tu aku bukan korang. Haha! Terima kasih, ibu dan ayah atas segala kasih sayang yang diberi serta macam-macam lagi yang Along tak boleh nak list-kan. Friends, thank you for being there when I need you. Rekod kali ni kek habis sebab famili dan kawan kawan. Biasa satu whole cake tu ibarat nasi je bagi aku. *serious* Aku makan macam 3 slices je. Seriously tekak tak boleh detect apa apa. Tapi seronok bila tengok orang lain seronok dengan Rainbow Cake aku yang tak seberapa tu. Hehe.. Minta tolong sesiapa yang baca ni doakan aku baik demam cepat sebab dah seminggu still tak baik lagi. Tengkiut!^^


Friday, 5 September 2014

#20FactsAboutMe

Assalamualaikum... 

Because Instagram is too small for my caption, I decided to publish it here. ^_^

Well, aku dah baca Jaytea punya dan kita definitely ada persamaan. Tapi oleh sebab kena tagged dengan Kelis so aku pun redho jelah. Haha! Rasa macam zaman awal-awal guna Fesbuk dulu. Blog pun ada macam ni dulu. Btw, kita pun ada persamaan. Here we go... #20FactsAboutMe

1. Full name aku ada 19 aksara dan ayah aku ada 11 aksara menyebabkan i.c pertama aku tak muat nak letak nama ayah dan orang salah faham yang aku anak h****. 😒 I blamed the registration officer.

2. Pernah menghidap penyakit/jangkitan paru-paru berair, asthma dan hampir terkena batu karang. Alhamdulillah dengan kehendak Allah, aku still hidup. :')

3. I still have a crush on Megan Fox walaupun dia dah ada dua anak. D*mn you, Green!

4. Seorang yang pandai menyimpan rahsia sendiri dan orang lain. InsyaAllah kalau kita dah tak mesra macam dulu aku akan cuba sehabis baik simpan untuk kau. Baik tak? =P

5. Mempunyai dua parents angkat. It means I have 6 parents. Lol!

6. Used to be bullied pretty bad during kindergarten and still being bullied until high school but in different kinda ways. That's why I hate going to school.

7. Seorang yang sangat protective kesan drp. dibuli. Susah nak percaya orang sekeliling dan sangat memilih bab kawan dan kerja. Senang kata cepat syakwal sangka yg. orang ada niat tak baik/nak amek kesempatan kat aku.

8. I believe that I am OCD. Tak boleh orang lain sentuh barang2 aku. Even my parents. Setiap perkara ada perkiraan. Contoh, kalau dompet aku terjatuh atas kaki lima aku akan angkat dgn. tisu dan lap at least 10x. 😳 Just imagine aku kat dapur macamana. Hmm..

9. A big fan of Mariah Carey, Whitney Houston and Christina Aguilera. Senang kata mostly divas include Dayang and Dato Sheila Majid. The latest is Ariana Grandé.

10. Right now while I'm typing ... Ariana's Break Free is playing on my laptop.

11. Suka menari dalam bilik tidur dan bilik mandi. Lol

12. Diajar oleh mak dan ayah aku untuk jaga penampilan sejak kecik sebab tu aku ada banyak grooming products. Sometimes they'll pay for it. =D

13. Mempunyai kulit yang super sensitif. Like right now the doctor asks me to avoid from hugging or kissing Lofa the cat. ;(

14. Seorang yang sangat pemalu bila berada dikelilingi orang yg. tak dikenali dan akan cepat2 lari utk. elak awkwardness tu drp. menular. Huahuahua

15. Kuat gelak. Sangat kuat gelak. Dia sama ada aku serious atau terus berdekah. Jarang senyum. That's why orang yg. tak kenal akan sangka aku sombong. Walhal...

16. I have a lot of girlfriends. Compared to guys, the ratio would be like 5:1. Teehee! The guys are afraid of me I guess. =P

17. Tak reti bawak motor langsung. Tapi aku suka kalau yg. bawak aku tu perempuan. I feel special and I think she's hot. Hahaha! *sengal* Of course, hands off! 

18. Sangat suka minum air suam. Bangun pagi, before makan, lepas makan dan before tidur.

19. Rabun jauh sejak darjah 3 (1999) dan sepuluh tahun lepas tu decided untuk pakai lens sebab dah jemu dgn. imej nerd.

20. Lagi 53 jam± merupakan ulang tahun aku yang ke 24. *ikut tahun Masihi* Don't forget to prepare me a gift! 😜 #jk I hate surprises and I prefer to be alone on that day.


Thank you very much Kelis for tagging me. Ada jugak topik nak ditaip. XOXO!