Saturday, 20 September 2014

Adab-adab Karaoke

As salam...

Lol! Aku sendiri gelak bila taip title tu. Seriously? Karok pun nak ada adab? Well, untuk seorang yang suka dan memilih karaoke sebagai hobi sesuai sangatlah aku tulis topik ni. Saje! Aku harap kekawan aku tak terasa sangat dengan apa yang aku cakap. Just for fun at the same time take some of my points seriously okay, peeps.




  • Port best! - Haa! Ini main part bila korang nak keluo berkarok dengan kawan atau famili. Well, aku dari kecik memang dah agak biasa dengan budaya karok ni sebab famili sebelah ayah aku ni semua suara enak, lunak, merdu, gemersik dan ohsem. Dan the best thing is diorang bukan penyanyi pro tapi bila nyanyi lebih pro daripada yang ada dalam tv. *serious* So, the best port tentulah dalam rumah depan tv HD sendiri dengan sound sytem HD jugak. Kalau dulu HiFi. Ingat? Hehehe. Dan pakcik-pakcik aku ni tau aje port yang best. Dan diorang tak kisah pun untuk habis beratus sekali masuk. Kalau dengan kawan, of course aku suka RedBox. But since in JB ni dah tak ada. Aku prefer Ali Baba. Macamana nak tau port karok tu best? Korang kena try atau tanya orang keliling korang. Sound system dia.. service.. harga bilik dan ikut jam ke tak ke.. ada buffet sekali ke tak nak ke.. macamana tu semua. Korang mesti tahulah nanti macamana nak classify benda tu best ke tak. Fyi, lebih pagi korang pergi lebih murah biasanya. 

  • Pilihan lagu - Ini bab yang agak penting untuk memastikan yang korang tak membazir waktu sebab korang biasa akan bayo ikut jam. Kalau ikut style aku, masuk terus pilih lagu kat bahagian New Songs. Senang! Pilih je apa-apa sebab kalau kau tunggu kawan kau tu belum tentu dia tau nak pilih apa. Lepas tu nyanyi je sambil tu orang lain pilihlah. Dan agak-agaklah bila pilih tu janganlah sampai 5 tracks berturut-turut kau punya. Tu memang nak mintak lempang! Hehehe Agak-agak dua ke tiga lagu korang suruh orang lain pilih. Nanti ada kawan yang tak dapat nyanyi walaupun diorang bayo sebab kekadang kau ada kawan yang malu tapi mahu dalam tu. Dan janganlah pulak korang skip atau potong jalan naikkan turn lagu kau dulu semata-mata dah kemaruk sangat nak nyanyi. Itu memang nak kena maki. @_@ Oh! Pilih je lagu favourite korang. Lantaklah kawan kau tak tahu pun asalkan kau tahu. Tu penting. Sebab kalau tak membazir masa sebab lebih instrumental daripada suara kau. Faham?

  • Bilangan orang vs. Microphone - Okay! Ini bagi aku paling penting sekali. Sebab ramai lagi yang bila aku pergi karok sama tak bijak bab ni. Ikut turn lagu kau tu satu hal. Berapa orang yang share bilik karok tu dengan kau, kau kena agak supaya nampak adil sorang nyanyi berapa lagu. Aku tak suruh kira cuma agak jelah. Mic tu usually ada dua. So, paling max pun satu lagu dua orang je nyanyi and please! Please jangan nyanyi serentak. Sebab itu sangat memeningkan kepala orang yang mendengar dan respect kawan kau yang tengah nyanyi tu maybe tu lagu fav dia so bahagilah verse 1 dan chorus satu kau nyanyi, second bagi dia. Last nyanyi sama. See! Kan lebih bertamadun gituuuu. :P Yang tak bermikrofon tu nyanyi jelah sama apa salahnya nak memeriahkan suasana. If you know the melody just sing it. Don't be shy. It's time to have some fun. 

  • Skip lagu - Ini satu perkara yang aku dah alami selalu dan setiap kali. Dia mesti ada sorang yang suka pilih lagu, lepas tu nyanyi sikit je lepas tu suruh orang tekan 'SKIP' kat skrin tu. Sometimes almost every song dia buat macam tu. Aku geram gila! At least nyanyilah the whole song sampai 30 minit terakhir barulah kau buat skip style tu. Kau ingat kau artis lah nak medley je semua lagu. Sepak nak? Lagi satu, dia ada mangkuk who is actually your friend or family yang tangan gatal ataupun dengki sebab kau tengah feeling nyanyi lagu pilihan kau tetibe lagu tu stop pergi ke next song. Apa kau rasa? Nak bunuh dia? Eh! Jangan. Kau torture dia dulu skip time dia nyanyi pulak ataupun kau pilih lagu yang dia benci. HAHAHA! Taklah. Jokinnngggg. Tapi serious lah? That's the most disrespectful thing to do while you're in a karaoke room. Aku dah pernah kena dua kali ke tiga kali. Rasa macam nak maki nak blah dari bilik tu terus pun ada. Walaupun kau pilihkan lagu tu semula just to make up tapi kali kedua mood dah hancur. There's nothing you can do anymore.

  • Bercakap/Berbual - Hmm... walaupun korang kawan atau famili. Cakap tu berbisiklah. Tak yah lah kacau orang yang tengah feel tu. Bayo bukan murah ni bila nyanyi asyik kawan kacau je ajak berbual lah, bergosip pasal artis empunya lagulah. What the fish, man?! Nak berbual pergi warong kopi sana, mamak ke. Tak yah nak bergosip sangat time tu. Sikit-sikit nak gelak ke apa ke okeylah. 

  • Makan/minum - Most karaoke places dah ada benda cam buffet lah pakejlah. Makan sekali minum sekali. Time bukan turn lagu kau, kau makan dan minumlah masa tu. Pause sekejap. Jangan asyik nak pegang mic tu je tak bagi chance kat orang lain. Agak-agaklah ye kalau kau gila karok sekalipun. =.=

  • Se* - Kalau kau pergi berdua dengan awek ke cowok ke baik kau batalkan jelah niat kau. Tempat tu walaupun orang memekak melalak dalam tu tak bermaksud kau boleh nak beromen dalam tu. Sila muhasabah diri balik dan janganlah buat benda cam harommmm dalam tu okey. Same goes to movie theatre lah. Gelap tak bermaksud kau boleh sesuka nak comolot dalam tu. Duhh! 

  • Don't litter! - Nampak gelap kau ingat kau boleh sesuka sepahkan bilik tulah? Tolonglah jadi rakyat yang berhemah kalau ye pun. Bilik camtu biasa ada tong sampah. Except karaoke jambanlah. Aku rasa tak ada. Makan ke minum tu biarlah macam manusia. 


Well, nampak tak serious. Ekceli bagi aku it's kinda serious. Kepada orang yang tak karok korang abaikan jelah okey. Maybe ada yang fikir tempat karok ni tempat teruk ala-ala club ke apa. Idk. Just so you know. Dia tak gelap mana. Ada je lampu antara orang dalam tu nak on atau off. Biasa off sebab nak feel bukan sebab nak ehem-ehem. Sambil tu aku nak credit kat dua orang kawan yang pernah teman aku karok. Rindu gila dengan diorang! Abang Usop dengan Norman. They are the best buddies to go karok with. Abang Usop dia sangat supporting untuk nyanyi apa je dan sentiasa bagi chance let say orang tu lupa part dalam lagu tu dia takkan gelakkan just bagi hint atau klik je 'MTV' tu untuk dengan suara penyanyi asal tu sekejap. Norman pulak sentiasa encourage aku untuk nyanyi lagu yang aku tak berani untuk nyanyi. I can say that he's like a vocal coach for me. Dia maybe bukan penyanyi tapi dia sangat bijak untuk tahu key lagu, pitch dan macamana nak adjust key suara untuk match dengan lagu. Awesome, right? At the end aku just nak cakap, untuk sesetengah orang, karaoke ni ajelah cara dia nak berhibur ataupun lepaskan stress. Sometimes, all we need is to scream according to chords. Understand? For me it's like sport. It's my hobby and maybe the most passionate thing I've ever done. 

No comments: