Wednesday, 29 October 2014

Grown Ups

As salam...

Wait! Ini bukan movie tu eyh. Ini topik yang aku dengan best buddy aku borak tadi. Sambil mengeteh kan pepetang. Soalan dia... aku dah berubah ke? Berubah sangat ke? Well, it is a very subjective question. Susah nak explain, nak jawab semualah! Huhuhu... 

Hakikatnya kita semua dah beso, ada yang dah kawen dan ada anak. Environment pun lain-lain. Semua yang ada kat keliling kita beri kesan pada karakter, imej fizikal dan pemikiran. Yelah, aku ni dulu lima tahun duduk asrama dengan bffs aku. Fyi, aku sekolah campur lelaki perempuan ye. So bila aku mention bff maksudnya perempuan. Best buddy... boyfriend. EH! Kawan lelaki. Kang ada kang kena cop homo ni kang. :P

Aku sendiri pun rasa aku ni berubah. Semuanya positif tapi... ada yang menyusahkan orang lain. Contoh, aku jadi makin cerewet dan susah nak percaya orang lain. Fizikal? Maybe makin chubby. LOL! Maybe perasaan aku je rasa camni. 

Yang aku boleh cakap, aku jenis cuba untuk tak buang kawan. I mean, dosa kot putuskan silaturrahim. I did it with someone who I can't trust anymore. He has done something that I consider as really bad. It sucks and I'm not proud of it. Accept all your friends for who they are. Kalau rasa diorang patut berubah tegurlah dengan baik. Unless lah kalau korang jenis memang boleh tegur kasar-kasar. Nak tau macamana tu tugas koranglah nak kenal hati budi kawan korang macamana. Kan aku cakap subjektif. Kira aku ni macam tengah bagi lecture Personal Development tau. Aku ni pun still learning. Belum lagi suku abad so nasihat aku ni tak cukup lagilah. 

Oh! Dan kekadang ada kawan yang memang korang takkan rapat macam dulu lagi sebab perubahan environment, kira macam ada banyak variables yang boleh ubah perasaan kita terhadap seseorang kawan kita tu dan juga perangai kita sendiri. So, tak payahlah amek hati sangat ye. Cari kawan lain. HAHAHA! These are a few keys to have a very strong and long lasting friendship based on my experience and what my friends have told me; HONESTY, SINCERE, LOYALTY & LOVE. 




Anonymous

Assalamualaikum... 

Aku dah lama tak melawat blog ni. Konon nak update something. Sekali tengok ada satu comment awaiting for approval. I guess hater lah. You know, tinggalkan komen pun atas nama 'Anonymous'. Aku jarang dapat komen daripada Cik/Encik Anon ni. Biasa positif tapi kali ni negatif. 

Aku delete cepat sangat. Tak sempat print screen. Well, just say dia ingat dia tahu kisah hidup aku. So, dia dakwa aku seorang gay. Hahahaha! Orang macam ni memang sedih. I'm a very open minded person. Bukan aku tak ada kawan yang gayah ni. Ada je... I accept them for who they are. At the same time aku beritahu yang aku tak suka apa yang diorang buat. But friendship is still friendship. Kawan-kawan aku pun tak pernah dakwa aku benda yang bukan-bukan. They are very respectful and educated people. Tapi si anon ni seolah-olah tak puas hati aku mengaku metroseksual. Well...

Aku pernah baca dalam satu majalah ni like 10 years ago. Kesimpulannya, tak semua metrosexual tu gay, dan tak semua gay tu metrosexual. You have to open your mind. Another thing! About 'anonymous'. Orang yang guna 'anonymous' ni dan meninggalkan kritikan negatif, aku anggap sebagai pengecut. Sorry to say, kau tak ada level konfiden yang tinggi macam aku dan ramai blogger lain. Anyway, I forgive you cik anon. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup anda.