Saturday, 20 December 2014

Bingit

Assalamualaikum.

Apekabo semua? Aku alhamdulillah sihat macam dipam-pam. LOL! Ekceli dah beberapa kali cuba nak masuk sini update satu dua entry tapi macam tak ada mood. Saje datang sini nak luahkan perasaan tak puas hati aku dengan satu jiran ni. Jiran ke? Hmm... dia beli rumah tu dari jiran asal. Kitorang kat taman tak kenal pun dia siapa tapi dia sewakan rumah tu sebagai homestay. Tak pernah jumpa pun pemilik sebenar.

Aku tak puas hati sebab last time ada orang sewa kat situ buat wedding siap ada PA system bagai. Then, hari ni pun jadi yang sama. Dari pagi dah terpekik terlolong menyanyi. Menyanyi ke? Serupa makhluk yang mengilai sampai terkencit je aku rasa. Sumbang mambang hodoh bunyinya. Sakit telinga kitorang kat rumah. Like right now, ada bola live kat tv. Dia still on lagi karok walhal dah almost 10 pm. At least aku still boleh terima kalau bising sorakan bola tau. Weirdly, there's no complaint about it. Ayah aku panggil jugak 'orang kampung' ni buat meeting nak bincang pasal rumah homestay ni punya hal tapi diorang tak buat-buat. These people, they are totally strangers. So, itu menambah lagi rasa annoying tau. Kau masuk kawasan orang pastu kau tak hormat privasi orang sekeliling. 

Kalau ikut aku, samada aku tulis surat layang untuk tegur atau call polis je. Sebab kalau tengok cerita mat saleh, ada buat party bising kecoh kat area kejiranan ni call polis je senang. Polis tegur je senyap terus. Yang aku makin jaki, rupa-rupanya diorang bukan buat wedding. It's more to family day. Pemilik rumah homestay tu sangat tak bertanggungjawab untuk benarkan penyewa buat macam tu dan hos party/barbeku tu pun sangatlah tak ada sivik. Rumah aku ni jaraknya 3 rumah tau tapi aku dah rasa bingit. Aku pelik gila dengan rumah yang sebelah-sebelah tu. Diorang tak rasa nak marah ke? Hmm...

P/S: Kalau korang jumpa Rumah Homestay kat Larkin ni jangan sewa okey. Tak strategik. 

No comments: