Saturday, 20 December 2014

Choomill Desserts

As salam... hai korang!



Diam tak diam dah nak setahun aku berhenti kerja kat bank dan hampir setahun jugalah aku mulakan online bakery aku. Masih lagi dalam proses permulaan. Aku ni bukanlah popular, rupawan, artis, celebrity blogger ataupun selebriti kat mana-mana. Hahaha! So, memang sangat susah nak menapak. Nak dapatkan follower kat Instagram apatah lagi blog. Blog langsung tak ada followers. Maybe sebab orang zaman laa ni tak follow blog. Diorang datang tapi tak follow. Instagram? Alhamdulillah dah lebih daripada 400 followers. Lebih daripada personal IG aku. 

So, tujuan aku buat entry ni mengharapkan kawan-kawan ke sesiapa yang ada akaun Google atau blog, tolong follow blog Choomill Desserts aku. Kesian aku tengok blog tu. Walaupun jarang update, senarai harga kek aku semua aku letak situ. Tapi buat masa ni aku kena calculate balik semua sebab as you know bahan mentah naik harga. So aku kena follow the flow lah kan. Tapi tak adalah sampai korang tak mampu nak beli. Hehehe

Aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan, customer, restoran dan kedai yang pernah atau masih beli dan jualkan kek aku. Seriously, aku suka dengan apa yang aku buat sekarang. Walaupun susah sebab aku seorang diri, tak ada pembantu, from A-Z aku kena settle sorang, dan walaupun parents aku tak selesa dengan pilihan aku ni. Aku tetap nak teruskan. Susah kita nak puaskan hati semua orang. Yedok?

Alhamdulillah...


No comments: