Friday, 2 January 2015

New Year

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru korang! Korang sambut ke? Aku kisah pulak. Hahaha! Aku sibuk buat kek time orang dok tengok bunga api. Tapi aku rasa kat Malaysia tak ada semua tu yedok? Huhu... semoga kita bersatu mengharungi segala rintangan yang mendatang pada tahun baru ni dan ambil iktibar daripada apa yang berlaku sepanjang tahun 2014. Rasanya tak payahlah aku recap, kan? Aku sure korang semua tahu apa yang dah berlaku. Nak cerita pun sedih jadi cukuplah sekadar kita berkabung untuk mereka yang telah pergi, lakukan perubahan pada apa yang perlu, elakkan daripada menyebar fitnah, jangan terlalu cepat percaya dengan khabar yang belum tentu kesahihannya. Mudah je aku rasa... life must go on. Jadi, kalau bersedih pun kena ada batasnya. Jangan terlalu emosi. Muhasabah diri itu penting. Aku cakap depan cermin sebenonya sekarang ni. Hehe

Well, enough about what happened to our country and generally to all of us. I wanna talk about me. Since aku tak sambut tahun baru. Aku tak keluo ke mana mana pun malam tahun baru tu tapi malam tadi aku hangout dengan Fatmie, Kinah dan Ieqa Azman. Pergh! Ni kira sekelas dengan aku time Form 1. Tak pernah pun kitorang lepak sesama tapi kali ni jodoh kuat semua orang free pada masa yang sama. Saje jumpa nak chitchat makan minum berbual. Thanks lah korang... happy gila aku. And thank you, Fatmie for listening to me all night long. Seriously, aku ni tak pernah balik selewat 5 pagi semata mata lepaking. Kalah orang tengok bola kat mamak. Luls

Alhamdulillah sambil ni aku nak cerita yang bermula next week, aku dah mula kerja. Tak perlulah aku cerita semua sebab aku tak mahu semua orang tahu. Especially sejak apa yang berlaku last year. Serik! Sampai laa marah aku tak hilang. Tak payah nak ungkitlah ye. Even bffs aku pun aku tak cerita tadi. Diorang just tahu aku dah terima offer kerja. Kat mana tu aku belum tahu betul sebab aku kena hadir kursus then baru aku tahu mana exactly. Aku mohon korang doakan yang aku mampu bersabar dengan perubahan hidup aku ni ye. I mean kerja dengan orang. Sebab dah setahun ni aku kerja sendiri dan boleh kata aku sangat happy dengan apa yang aku dah achieved. 

Plan aku, aku memang nak keep it low. Even family aku pun aku dah minta jangan beritahu sesiapa aku kerja kat mana dan sebagai apa. InsyaAllah, Choomill Desserts tetap ada dan aku akan ambil tempahan selagi mampu dan tak mengganggu waktu rehat dan kerja. Almaklumlah, tanggungjawab aku boleh kata lebih kepada kerjalah of course. Sedih sikit sebab takut aku akan jarang baking sebab itu jelah antara cara untuk aku luahkan perasaan. 

Aku ucapkan terima kasih kat korang sebab still ada yang sudi baca walaupun entah apa je yang aku bebelkan. Hahaha! Sayang korang... Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua, lindungi kita daripada bala, malapetaka dan musibah. Murahkan rezeki kita semua dan terangkan hati kita serta menerima segala amal ibadah kita. Juga jauhkan diri kita daripada segala jenis maksiat. Aamiiin...



No comments: