Friday, 2 October 2015

Long Time No See

Assalamualaikum dan hai korang korang korang semua! *ada ke orang? Luls*

Hmm dah lama gila aku tak publish apapa. Bukannya busy sangat pun. Busy tu busy tapi lebih kepada malas nak update blog ni sebab aku tak ada idea yang brilliant atau cerita menarik. Plus, aku rasa Insta dan Twitter tu lebih mudah. Tapi lepas dah decorate semula 'feel' tu datanglah sikit. Hihihi

Apa kabo korang? Aku alhamdulillah... sihat lite lite je. Dah seminggu sakit tekak dan selsema bagai semua tak baikbaik so aku wat lek wat peace jelah. Hahaha T_T Jerebu teruk gila ek. Aku sure itulah penyebabnya. Alhamdulillah online business okey je. Lebih rancak berbanding tahun lepas. Aku pun tak plan nak bombastik cepat sangat. Purposely aku bagi dia time untuk berkembang sendiri. InsyaAllah ada rezeki tak ke mana...

Baru sambut bday aku bulan lepas. Yup! Aku September baby. Hehehe... Biasa-biasa ajelah. Buat kek sendiri, syok sendiri, makan sendiri. No parteyyyy! Thanks kepada kekawan yang ingat dan belanja makan. Especially, Fatmie lah. Haha! Gigih belanja aku SB. Thanks, buddy!

Percaya atau tak aku dah 25 tahun. Kejap je! Aku tak rasa aku makin tua. Sebab jerawat ada je lagi. *apa kaitan???* Hahaha! Yelah, that's why aku feeling muda remaja. Tahun ni banyak perkara yang berlaku tapi sayangnya... aku tak ada tempat untuk aku luahkan. Termasuklah blog. Sebab aku still dengan trust issue aku. Makin lama makin serius jugalah. Aku makin susah nak percayakan orang. End up, aku rasa jerawat ni pun sebab aku depressed tak boleh kongsi masalah aku dengan kekawan atau famili. Rindunya zaman sekolah dan matriks dulu, ada kaunselor. 

Aku rasa masalah atau isu kehidupan aku ni sentiasa lain daripada orang lain. Complicated dalam masa yang sama sangat peribadi. Tambah pulalah usia aku ni sekarang, dia jadi lebih berat. Orang alim kata, apapa masalah tu kita luahkan pada Allah je... tapi, kekadang kita lupa. Yedok? Sibuk nak tweet, sibuk nak letak dalam fesbuk. Tapi kali ni dia betul-betul private sampai aku jadi stress sebab aku still perlu kongsi dengan seseorang. Tapi...

Tahun ni juga ramai kawan sama-sama belajo time sekolah dan uni yang dah kahwin ataupun otw nak kahwin. Aku tak pressure pun part tu. Cuma, sikit rasa macam 'kehilangan' lah. Makin lama makin kurang geng. You know... alhamdulillah bffs dan best buddies aku still single so okey lagilah aku ada lagi teman. Ahaks! Aku tak sure lah diorang ni dah berpunya ke belum sebab diorang tak share. Boring tau! Hahaha

Hmm... okeylah. InsyaAllah aku update lagi nanti. Hopefully sangat dalam masa yang terdekat. Aku nak tido! As salam...


Saje tayang gambo raya yang dah basi ni. Huhu
Quite proud sebab aku design sendiri from head to ankle. Luls
I'm not hippy or indie.
Just keep up with the trends and at the same time be myself. :)