Sunday, 27 December 2015

Baru 2 Posts??


Assalamualaikum... Hai korang!

Hmm... Dah 2 bulan aku tak update apapa kat sini. Niat sentiasa ada tapi terkubur dek kesibukan dan kemalasan pada masa yang sama. Huhuhu... Belekbelek blog ni... Ya Allah! Baru 2 je post aku sepanjang tahun 2015 ni. Blog Choomill Desserts lagilah tak boleh harap. ~_~

Alhamdulillah bulan Disember ni as usual paling sibuk untuk aku sebab paling banyak order. Seronok walaupun penat tapi kepuasannya tu subhanAllah! Best!!! XD

Aku ni nampak je easy, single, kerja sendiri kat rumah tapi banyak perkara yang berlaku sebenonya yang buat aku rasa penat dan kekadang tu stress sikitlah. Tambahan lagilah pulak kawankawan lelaki aku boleh kata semua dah blah kerja kat KL. Tinggallah aku sorang dalam geng lelaki aku. Makanya bila keluar dengan geng atau ke wedding aku jelah kumbang yang lain bunga. Sampai satu tahan bosan tau! Nak cari kawan baru rasanya dah terlewat. Umo aku ni nak start a new friendship rasa cam tak boleh pergi je.. Haha *nangis dalam peti ais*

Konklusinya? Mereputlah aku ngadap order orang kat dapo atau tengok tv ataupun tidur. Oh! Nak citer sikit... Hari tu aku join bffs aku masuk larian amal kat UTM. Dapatlah medal seketul ni. Jakun uolls! Aku ni mana pernah masuk bendabenda gini. So banggalah kejap. Hehe ;P


Well... tahun 2015 pun dah nak habis. Maybe ni pun last post aku untuk tahun ni. Aku malaslah nak citer panjang lebo pasal goals lah... visi lah... harapanlah... Geli! Simpan dalam hati biar antara aku dengan Allah jelah tahu sudah. Aku nak jugak ucapkan Salam Maulidurrasul junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua bakal mendapat syafaat Baginda Rasulullah di akhirat kelak. Aamiiin... 


No comments: