Wednesday, 15 June 2016

Selamat Berpuasa #1437H

Assalamualaikum dan hai semua!

Hehehe... tak sangka aku masih publish entry ek. Tatkala blog semakin berkubur tengok gayanya. Tapi aku rasa sayang nak biar blog ni bersawang macam tu je. Saje update. Boleh recap sikit apa yang berlaku sepanjang beberapa bulan aku tak update.

SELAMAT BERPUASA!!! Itu yang utama. Minta maaf ye salah silap aku yang ada dalam blog ni. Semoga kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dan barakah Ramadan kali ni. Aku pun harap sangat aku ke arah tu. Everyone has their own dark side, right? So, I'm praying hard to get that part out off me. Faham? Hehe 

Last entry aku ada citer pasal baking and singing, kan? So just nak cakap yang duadua aku tak dapat get thru. HAHA! Alhamdulillah... ada ceritanya. Part baking tu... aku memang dah decide. Let say aku dapat ke peringkat seterusnya pun aku tak nak. Sebab aku tak sedap hati pasal benda tu. Anyway, alhamdulillah at least ada pengalaman ke audition bagai. That programme isn't for me. Sometimes we just see something that others can't. Hmm... part singing tu pulak. Cut short. Kitorang semua teraniaya. Tak sangkalah... program macam tu pun ada main kotor politik bagai. Shame on you guys lah! Korang tau tak? Kitorang tak dapat jadi wakil Malaysia tu sudahlah. Ni tidak! Dia tetibe buat kejutan. Penyanyi jemputan malam final tu katanya atas 'tajaan sendiri' dapat jadi wakil ke Hollywood. What the fish was that suppose to mean???! 

So aku macam redho je. Orang teraniaya ni katanya doa termakbul. InsyaAllah lah. Who knows doa aku yang mana Allah nak tunaikan. Ye tak? Yelah... kau ingat nak ke KL final bagai tu tak keluar duit ke tenaga ke? Showbiz wehhh... always kena invest money. Dapatlah a gleams of the industry I guess. I still believe in myself. That's all matter I guess.

Sekarang aku cuma fokus kat Choomill Desserts aku je. InsyaAllah makin okey. I mean like aku ada buat dua cookies tahun ni. So far okay. Aku tak ambil mass order. Just kenalan rapat je yang aku promo. Takdelah shipping bagai. Haha! Hopefully raya tahun ni adalah duit raya. Ahaks!!!

Wednesday, 23 March 2016

Singing vs. Baking

Assalamualaikum korang korang korang semua! HAHAHA

Punyalah berlapuk blog aku ni. Ada je time yang terasa nak update tu tapi masa tak sesuai. Ataupun aku ni haa yang memang pemalas yang amat. Luls! Dua bulan gak ek aku tak menaip apapa. Ada ekceli tapi aku tak publish. Cuma luahan hati yang tak kesampaian. Gitew!

Well... what's up? Aku alhamdulillah. I feel great. Better than last two months of course. Memandangkan apa yang telah taip. Nak tau? Kenalah jengah post sebelum ni ye. Ekceli aku nervous ditambah dengan perasaan teruja sekarang ni. Aku bagi hint ajelah okey.

Hujung minggu ni aku kena naik KL *lagi* untuk sebuah pertandingan baking. Aku rasa korang mungkin boleh teka. It's a reality show. At first aku tak kisah pun pasal program tu. Aku ni kan pemalu tahap yang tak bertahap. Hewhew.. Tetapi... setelah mendapat sokongan dan dorongan kekawan dan keluarga. Aku pun hantarlah video. Tuptup! Aku dapat emel untuk ke peringkat seterusnya weekend ni. Haaaa! *alhamdulillah*



Tapi aku tak letak harapan apapa pun. Aku minat baking. It's one of my passion. Tapi aku tak sure program tu nak apa. Sebab aku pun bukannya nak glamor ke apa. Aku cuma sejujurnya minat kek, pastri dan buat diorang ni semua. Aku tak terlintas pun nak jadi chef pro ke pengacara rancangan memasak ke apa. Tapi apa pun rezeki di masa hadapan. Aku terima. Allah dah plan baik punya kan... 

Pada masa yang sama. Aku dah masuk peringkat final sebuah pertandingan bakat yang aku idam idamkan selama ni. Terima kasih kat kekawan baik aku dan para juri sebab membantu aku untuk buat persediaan. Of course lah aku menyanyi uolls! Hahaha... Pertandingan tu terbahagi kepada 5 kategori. Vokal, tarian, lakonan, instrumental dan modelling. Aku reti nyanyi je. Yang lain tak mampu. Hiks



So aku sekarang sikit serabutlah. Sebab aku lebih pentingkan final ni. Dalam masa yang sama aku minat baking dan aku nak buat betulbetul masa next stage hujung minggu ni. Tak suka weh buat kerja sekerat jalan je. Alang alang menyeluk pekasam katanya... Biarlah sampai ke ketiak. Eh!

So, kekawan yang terbaca ni, Aku mohon korang doakan aku sihat dan berjaya ye menempuhi kedua dua pertandingan ni. InsyaAllah ada rezeki, ada lah... Tawakkal! Yeah!

Friday, 15 January 2016

Alone, Loner or Lonely?

Assalamualaikum... 

Jadi kita semua dah masuk tahun 2016. Sekejap je 2015 berlalu. Macam blur pun ada, macam bengang pun ada... Yelah! Aku tak sure apa je pencapaian aku tahun lalu. Yang pasti... aku dah melepasi suku abad. Belum tentu bila umur aku akan tamat. Tibatiba aku teringat. Luahan hati seorang sahabat.. 

"The trouble is not that I am single and likely to stay single, but I am lonely and likely to stay lonely."

For you guys, maybe ayat tu tak ada apapa maksud. Tapi bagi aku ayat tu penuh dengan maksud. Wall post kawan aku ni macam terkena kat muka aku sendiri. Huhu.. Yes. Aku single. And I rock at being single. Tapi bukan itu masalahnya. Masalahnya, aku kadangkadang rasa sunyi. Jangan salah sangka. I love being alone but I hate feeling lonely. Faham? Tapi ego sangat untuk mengaku hakikat yang aku sebenarnya rasa sunyi. Selain ego, aku malu. Malu sebab sepatutnya aku tak rasa sunyi. Aku punya Allah. Kenapa aku patut rasa sunyi? Sedangkan, Tuhan ada. Dan Allah itu sudah mencukupi. Jadi, kenapa aku masih rasa macam tak cukup? Ada kekosongan? Emptiness. 

Okey. Aku akui. Aku bukannya malaikat atau pari pari. Setiap masa bertasbih, berselawat dan baca al-Quran. Mungkin sebab tu aku masih rasa kekurangan. Tapi tak jugak bermaksud yang aku jauhkan diri daripada Tuhan. Masih banyak yang aku perlu perbaiki. Tapi satu persoalan yang timbul. Apa sebenarnya yang mengganggu kepala otak aku ni? 

Alone? Yes. I love being alone. Tak diganggu dalam banyak perkara. Mudah nak buat keputusan. Mudah nak ke mana mana. Mudah! Tak perlu berkongsi macamacam dengan orang lain. Buat hal sendiri. Ya. Itulah yang aku mahu. Loner?

Hmm.. walaupun aku loner. Aku tak suka digelar loner. Malahan, aku tak nak pun tergolong dalam kalangan yang orang digelarkan sebagai 'lone ranger'. Idk. Perlu ke semua nak ada gelaran. Hipster. Hijabster. Spornosexual. Annoying much? Semua nak kena ada title. Biarlah! Manusia kan pelbagai ragam. Kenapa perlu digelarkan dengan sesuatu? Hmm... but how about lonely?

Yes. I'm lonely. Sometimes. I miss something. Not really someone. Sometimes, I miss my bestfriends. But I have to let them go. We are now adults. They say... I mean they're still my friends but they don't belong to anyone except Allah. So, kena terimalah... hakikat. Ada yang kerja jauh. Ada yang busy gila 24/7. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah beranak pun. Aku tak tahulah kalau diorang ni still ingat lagi pada aku. Tapi aku susah nak lupa. Walaupun egois aku suruh aku untuk lupakan diorang. 

Yes, I'm lonely. But I'm very ashamed to admit it. Rasa macam loser nya hidup aku. Orang lain dah ada teman hidup. At least, 'spare' untuk jadi teman hidup. Tapi aku... keseorangan. Tak mahu menerima sesiapa dan tidak langsung diterima oleh sesiapa. Aku yang pilih keadaan sedemikian. Bukan dipaksa dan bukan terpaksa. Tapi kadangkala rasa sunyi tu membawa kepada rasa sakit. Sedih. Kosong. Amarah. Kecewa. 

I'm depressed. That's exactly the right term. And I'm not ashamed of it. Aku depress. Aku tak suka guna perkataan 'murung'. Buat aku rasa terhina. Macamlah aku ni berpenyakit. Tapi tak ada siapa yang sedar. Ibu dan ayah ada masalah tersendiri. Malu bagi aku untuk berkongsi cerita. Sebab aku rasa aku tak layak untuk suarakan kisah hati aku. Yelah, aku kerja kat rumah. Mana ada masalah di tempat kerja macam ibu dan ayah. Begitu jugak dengan kawan kawan. Aku mana ada banyak masalah macam diorang. I shouldn't be depressed, am I? But sadly, this is the truth. But how? How did I realize?

Dari dulu lagi, aku memang paling tahu antara semua orang lain tentang diri aku sendiri. Walaupun ibu aku sendiri. Bagi rakan rakan, aku ni mungkin seorang yang talkative dan soft spoken. Tapi itu semua sebab kita pernah rapat. Aku selesa dengan diorang. Tapi diorang lupa. Aku ni pemalu yang amat. Aku tak ada kawan lain selain diorang. Apatah lagi ahli keluarga. Aku cuma ada ibu, ayah dan adik. Yang lain semua tak penting. Diorang terlalu kecil untuk ada kaitan dengan hal aku. 

Jadi... sekarang aku cuma ada diri aku untuk berhadapan dengan depression ni. Entahlah sampai bila. Aku pun tak tahu. Jumpa pakar? Huh! Kau ingat aku siapa? Apa pakar boleh buat? Diorang pun ada masalah sendiri. Aku jumpa Allah. Tapi itu pun sekali sekala. Tak kerap. Mungkinlah sebab tu masalah aku tak selesai. Tapi aku bersyukur. Sebab aku masih sedar. Allah kan ada... jadi, setiap kali aku hampir kepada konklusi hidup yang amat jahil dan keji. Aku masih mampu untuk tarik diri. Tapi aku risau. Sampai bila aku masih boleh bertahan. Aku cuma mampu berdoa dan berharap bahawa suatu hari nanti aku akan terima sesuatu yang bakal mengubah hidup aku dan menyelesaikan masalah ni. Aku berserah pada Dia.