Friday, 15 January 2016

Alone, Loner or Lonely?

Assalamualaikum... 

Jadi kita semua dah masuk tahun 2016. Sekejap je 2015 berlalu. Macam blur pun ada, macam bengang pun ada... Yelah! Aku tak sure apa je pencapaian aku tahun lalu. Yang pasti... aku dah melepasi suku abad. Belum tentu bila umur aku akan tamat. Tibatiba aku teringat. Luahan hati seorang sahabat.. 

"The trouble is not that I am single and likely to stay single, but I am lonely and likely to stay lonely."

For you guys, maybe ayat tu tak ada apapa maksud. Tapi bagi aku ayat tu penuh dengan maksud. Wall post kawan aku ni macam terkena kat muka aku sendiri. Huhu.. Yes. Aku single. And I rock at being single. Tapi bukan itu masalahnya. Masalahnya, aku kadangkadang rasa sunyi. Jangan salah sangka. I love being alone but I hate feeling lonely. Faham? Tapi ego sangat untuk mengaku hakikat yang aku sebenarnya rasa sunyi. Selain ego, aku malu. Malu sebab sepatutnya aku tak rasa sunyi. Aku punya Allah. Kenapa aku patut rasa sunyi? Sedangkan, Tuhan ada. Dan Allah itu sudah mencukupi. Jadi, kenapa aku masih rasa macam tak cukup? Ada kekosongan? Emptiness. 

Okey. Aku akui. Aku bukannya malaikat atau pari pari. Setiap masa bertasbih, berselawat dan baca al-Quran. Mungkin sebab tu aku masih rasa kekurangan. Tapi tak jugak bermaksud yang aku jauhkan diri daripada Tuhan. Masih banyak yang aku perlu perbaiki. Tapi satu persoalan yang timbul. Apa sebenarnya yang mengganggu kepala otak aku ni? 

Alone? Yes. I love being alone. Tak diganggu dalam banyak perkara. Mudah nak buat keputusan. Mudah nak ke mana mana. Mudah! Tak perlu berkongsi macamacam dengan orang lain. Buat hal sendiri. Ya. Itulah yang aku mahu. Loner?

Hmm.. walaupun aku loner. Aku tak suka digelar loner. Malahan, aku tak nak pun tergolong dalam kalangan yang orang digelarkan sebagai 'lone ranger'. Idk. Perlu ke semua nak ada gelaran. Hipster. Hijabster. Spornosexual. Annoying much? Semua nak kena ada title. Biarlah! Manusia kan pelbagai ragam. Kenapa perlu digelarkan dengan sesuatu? Hmm... but how about lonely?

Yes. I'm lonely. Sometimes. I miss something. Not really someone. Sometimes, I miss my bestfriends. But I have to let them go. We are now adults. They say... I mean they're still my friends but they don't belong to anyone except Allah. So, kena terimalah... hakikat. Ada yang kerja jauh. Ada yang busy gila 24/7. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah beranak pun. Aku tak tahulah kalau diorang ni still ingat lagi pada aku. Tapi aku susah nak lupa. Walaupun egois aku suruh aku untuk lupakan diorang. 

Yes, I'm lonely. But I'm very ashamed to admit it. Rasa macam loser nya hidup aku. Orang lain dah ada teman hidup. At least, 'spare' untuk jadi teman hidup. Tapi aku... keseorangan. Tak mahu menerima sesiapa dan tidak langsung diterima oleh sesiapa. Aku yang pilih keadaan sedemikian. Bukan dipaksa dan bukan terpaksa. Tapi kadangkala rasa sunyi tu membawa kepada rasa sakit. Sedih. Kosong. Amarah. Kecewa. 

I'm depressed. That's exactly the right term. And I'm not ashamed of it. Aku depress. Aku tak suka guna perkataan 'murung'. Buat aku rasa terhina. Macamlah aku ni berpenyakit. Tapi tak ada siapa yang sedar. Ibu dan ayah ada masalah tersendiri. Malu bagi aku untuk berkongsi cerita. Sebab aku rasa aku tak layak untuk suarakan kisah hati aku. Yelah, aku kerja kat rumah. Mana ada masalah di tempat kerja macam ibu dan ayah. Begitu jugak dengan kawan kawan. Aku mana ada banyak masalah macam diorang. I shouldn't be depressed, am I? But sadly, this is the truth. But how? How did I realize?

Dari dulu lagi, aku memang paling tahu antara semua orang lain tentang diri aku sendiri. Walaupun ibu aku sendiri. Bagi rakan rakan, aku ni mungkin seorang yang talkative dan soft spoken. Tapi itu semua sebab kita pernah rapat. Aku selesa dengan diorang. Tapi diorang lupa. Aku ni pemalu yang amat. Aku tak ada kawan lain selain diorang. Apatah lagi ahli keluarga. Aku cuma ada ibu, ayah dan adik. Yang lain semua tak penting. Diorang terlalu kecil untuk ada kaitan dengan hal aku. 

Jadi... sekarang aku cuma ada diri aku untuk berhadapan dengan depression ni. Entahlah sampai bila. Aku pun tak tahu. Jumpa pakar? Huh! Kau ingat aku siapa? Apa pakar boleh buat? Diorang pun ada masalah sendiri. Aku jumpa Allah. Tapi itu pun sekali sekala. Tak kerap. Mungkinlah sebab tu masalah aku tak selesai. Tapi aku bersyukur. Sebab aku masih sedar. Allah kan ada... jadi, setiap kali aku hampir kepada konklusi hidup yang amat jahil dan keji. Aku masih mampu untuk tarik diri. Tapi aku risau. Sampai bila aku masih boleh bertahan. Aku cuma mampu berdoa dan berharap bahawa suatu hari nanti aku akan terima sesuatu yang bakal mengubah hidup aku dan menyelesaikan masalah ni. Aku berserah pada Dia.

2 comments:

echa said...

babe, trust me, feeling alone is not the problem, it's one of the symptoms. so please don't think too much on that. trust me on this and put a stopper to those thoughts. period.

you already know what the problem is, you said so yourself. It's good that you're able to realise that. First, you need to get out of that state, sbb in that state you can't think clearly. go out, exercise. If you don't feel like doing anything, take a long shower and start over.

You need to fight these thoughts. You still have friends you can talk to, kinah, me. we're in jb. Jomlah hang out. takyah lah segan dgn aku. :P n maybe we can have long slow talk on how to fight it, cause I've experienced it wayy too many times. haha ;)

Mikah Lurima said...

@echa / Isz...

Thanks beb. Idk lah. I'm not ready to talk I guess. Maybe won't ever. Tapi I need someone to make me forget bout it. I tried the long cold shower. It helps me. Hehe

Again, thank you. XO