Wednesday, 23 March 2016

Singing vs. Baking

Assalamualaikum korang korang korang semua! HAHAHA

Punyalah berlapuk blog aku ni. Ada je time yang terasa nak update tu tapi masa tak sesuai. Ataupun aku ni haa yang memang pemalas yang amat. Luls! Dua bulan gak ek aku tak menaip apapa. Ada ekceli tapi aku tak publish. Cuma luahan hati yang tak kesampaian. Gitew!

Well... what's up? Aku alhamdulillah. I feel great. Better than last two months of course. Memandangkan apa yang telah taip. Nak tau? Kenalah jengah post sebelum ni ye. Ekceli aku nervous ditambah dengan perasaan teruja sekarang ni. Aku bagi hint ajelah okey.

Hujung minggu ni aku kena naik KL *lagi* untuk sebuah pertandingan baking. Aku rasa korang mungkin boleh teka. It's a reality show. At first aku tak kisah pun pasal program tu. Aku ni kan pemalu tahap yang tak bertahap. Hewhew.. Tetapi... setelah mendapat sokongan dan dorongan kekawan dan keluarga. Aku pun hantarlah video. Tuptup! Aku dapat emel untuk ke peringkat seterusnya weekend ni. Haaaa! *alhamdulillah*



Tapi aku tak letak harapan apapa pun. Aku minat baking. It's one of my passion. Tapi aku tak sure program tu nak apa. Sebab aku pun bukannya nak glamor ke apa. Aku cuma sejujurnya minat kek, pastri dan buat diorang ni semua. Aku tak terlintas pun nak jadi chef pro ke pengacara rancangan memasak ke apa. Tapi apa pun rezeki di masa hadapan. Aku terima. Allah dah plan baik punya kan... 

Pada masa yang sama. Aku dah masuk peringkat final sebuah pertandingan bakat yang aku idam idamkan selama ni. Terima kasih kat kekawan baik aku dan para juri sebab membantu aku untuk buat persediaan. Of course lah aku menyanyi uolls! Hahaha... Pertandingan tu terbahagi kepada 5 kategori. Vokal, tarian, lakonan, instrumental dan modelling. Aku reti nyanyi je. Yang lain tak mampu. Hiks



So aku sekarang sikit serabutlah. Sebab aku lebih pentingkan final ni. Dalam masa yang sama aku minat baking dan aku nak buat betulbetul masa next stage hujung minggu ni. Tak suka weh buat kerja sekerat jalan je. Alang alang menyeluk pekasam katanya... Biarlah sampai ke ketiak. Eh!

So, kekawan yang terbaca ni, Aku mohon korang doakan aku sihat dan berjaya ye menempuhi kedua dua pertandingan ni. InsyaAllah ada rezeki, ada lah... Tawakkal! Yeah!

No comments: