Wednesday, 7 June 2017

Ramadan Kareem 1438H

Assalamualaikum!

Haha dah nak nisfu Ramadan pun baru teringat blog ni.
Saje je update nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua Muslim dan Muslimah
yang singgah blog aku ni. 

Semoga segala amalan kita dalam bulan diterima Allah Taala.
Dan mungkin dapat buat sikit (tak sikit banyak) hijrah rohani dalam diri.
Perkara yang tak elok dikurangkan atau ditinggalkan.
Yang baik semakin bertambah dan berkekalan. 

May Allah bless you guys. Puasa betul-betul okey.
Jangan acah je. Abam-abam tu especially.
Yang hakak-hakak pun apa kurangnya. Hehehe

Aku jual cookies dan 2 jenis kek je raya kali ni.
Nak order bolehlah singgah Instagram aku. (choomilldesserts)
Atau simpan nombor aku ni 0136273703
WhatsApp (Text) je okey. Jangan mengada nak call pulak.
See you next post.
As salam...


Monday, 1 May 2017

Biskut Raya 2017

Assalamualaikum uolls! Hehehe

Okey. Kita lupakan post sebelum ni tentang post lama yang aku baru delete tu dan fokus kat post baru ni. Aku nak tumpang blog sendiri untuk iklan pasal biskut raya yang aku jual tahun ni. Buat sesiapa yang tak kenal atau tak tahu menahu tu, cukuplah kau follow Instagram business aku. 

Aku biasa jual kek. Cookies ni jual jugak tapi taklah sampai pos keluar dari Johor Bahru. Tapi kali ni, tahun ni somehow aku dapat overcome anxiety aku untuk bake cookies dan buat COD satu JB ni dan hantar keluar dari JB. So far, baru Seremban, Kuala Lumpur dengan Melaka ajelah. Alhamdulillah...

Aku buat sesorang je. Jadi, aku tak berangan pun nak jadi viral ke apa. Cukuplah sekadar yang aku mampu ambil order setiap minggu. Itu dah sangat memadai bagi aku. Hehehe... sebab bagi aku yang penting adalah kualiti. InsyaAllah nak mass production tu mungkin tunggu bila aku dah ada pembantu nanti. 










Ada tiga jenis je yang aku jual. Yang bulat tu Cookies Penyet, sejenis chocolate chip cookies jugak. Ada walnut tau dalam dia. Hehehe... Yang segi tiga tu Golden Shortbread. Best selling cookies aku of all time tu!!! Setiap tahun ada. Hahaha! Dia sangat buttery dan rangup tetapi cair didalam mulut. Yummehhh! Dan yang gelap sekali tu paling latest. Resepi ibu aku sendiri, Almond Salami. Rangup diluar dan lembut didalam. Ada almond yang sangat banyakkkkkkk. 

Semua RM18.00 satu botol/balang. Berbeza jumlah kepingan sebab bahan berbeza dan saiz berbeza. Tapi! Tapi butter yang sama. Aku cuma guna butter asli okey untuk produk Choomill Desserts aku. Haaaaaa! Dari dulu pun memang macam tu.

Jadi, siapa yang rasa mahal tu. Aku tak boleh nak cakap apa. Aku guna bahan yang sangat berkualiti dan insya Allah dijamin sedappppppppp. Kalau rasa murah? Hahaha, well bolehlah order bebanyak sedekah kat kekawan, famili ataupun tetamu korang time raya. RM18.00 ni kira pek ekonomi lah bagi aku untuk korang semua dengan harapan ia mampu milik. Camtuhaaaaa! Hahahahaha... yelah, apa tidaknya, biasa dulu orang jual cookies sampai 50 ke 60 pcs sebalang tapi laa ni susah nak jual banyak tu sebab harga jualan akan jadi lebih daripada RM25.00. Silap-silap jadi RM35.00 ke RM40.00. Aku boleh je buat macam tu tapi aku kasihankan orang yang nak merasa tapi tak nak spend banyak. Aku faham.

Pada masa yang sama, aku nak win-win situation jugak. Aku nak maintain guna ingredients yang terhebat di alam semesta. Hahahaha! InsyaAllah semoga pendapatan aku meningkat dan mendapat berkat. Dan korang dapat merasa nikmat keenakan produk homemade bumiputera yang heaven. Gitew!

Korang berminat? Boleh follow Choomill Desserts punya Instagram. Facebook pun ada kalau nak. Dan boleh WhatsApp nombor aku terus untuk order. 0136273703

As salam... terima kasih! 

Hello

It's me
I was wondering if after all these years you'd like to meet?
To go over everything

Eh!

Sorry lupa diri lak kejap. Ya Aullooooohhhhh!!! Ya ampun! Lama gila aku tak berblogging. Last post masa Ramadan tahun lepas. Teruknya!!! Bad Mikah! Bad Mikah! T_T

Okeylah, aku terpanggil nak publish post malam ni sebab nak luahkan perasan menyampah aku pada orang-orang yang datang blog aku untuk baca post aku yang ini...


Aku buat blog ni bukanlah sebab nak jadi popular, ramai orang baca post ke apa. Noooo! Tapi aku macam excited kejaplah dulu masa mula-mula ramai komen kat post ni tanya pasal you-know-what. Aku tak nak sebut pun dah dalam post ni nanti kang makhluk-makhluk tak faham bahasa ni Google terjumpa pulak post ni.

Aku tak faham wehhh! Diorang komen, tanya aku macam-macam pasal pinjaman ni macam aku ni kaunter organisasi tu. Korang ni reti baca ke tak? Blog ni ada nampak macam website organisasi tu ke? Aku ni ada nampak macam muka pegawai ke? Kau ada nampak kaunter pertanyaan ke kat dalam blog aku? 

Aku annoyed gila wehhhh! Sebab kalau setakat tanya benda yang aku memang boleh jawab ataupun pasti boleh jawab tak apa tau? Korang tengoklah sendiri...


Yang paling buat aku baran baca bila dia tinggalkan komen, "...berulat dah nunggu duit ni.." Benda macam nilah yang menguatkan lagi benda yang aku selalu cakap kat kekawan aku. Orang kita malas membaca. Tak payah sibuk-sibuk baca novel sampah kalau tak faham purpose aku upload cerita kat blog aku hal pinjaman tu. Aku ni bekas peminjam je okeyyyyyy. Satu benda pasal apa yang kau apply, kenapa duit kau tak masuk-masuk apa ke benda tu semua bukan hal aku. Seriously? Keji budak-budak sekarang ni? Pelik! Bukan ke patutnya kalau student belajar tinggi-tinggi ni pandai semuanya. 

Kau nak tahu sangat, kau call lah diorang. Kau pergi terus office diorang tanya. Yang kau left comment tak logik kat blog aku buat apa. So, aku buang terus post biar dengan harapan takde siapa jumpa blog aku. Especially yang nak tanya soalan sengal pasal pinjaman organisasi tu.

Mintak maaflah okey siapa yang baca ni, Aku biasanya happy happy je orangnya. Haha! Tapi dah tak boleh dibendung lagi meluat dengan komen diorang ni. 

Assalamualaikum!