Monday, 1 May 2017

Biskut Raya 2017

Assalamualaikum uolls! Hehehe

Okey. Kita lupakan post sebelum ni tentang post lama yang aku baru delete tu dan fokus kat post baru ni. Aku nak tumpang blog sendiri untuk iklan pasal biskut raya yang aku jual tahun ni. Buat sesiapa yang tak kenal atau tak tahu menahu tu, cukuplah kau follow Instagram business aku. 

Aku biasa jual kek. Cookies ni jual jugak tapi taklah sampai pos keluar dari Johor Bahru. Tapi kali ni, tahun ni somehow aku dapat overcome anxiety aku untuk bake cookies dan buat COD satu JB ni dan hantar keluar dari JB. So far, baru Seremban, Kuala Lumpur dengan Melaka ajelah. Alhamdulillah...

Aku buat sesorang je. Jadi, aku tak berangan pun nak jadi viral ke apa. Cukuplah sekadar yang aku mampu ambil order setiap minggu. Itu dah sangat memadai bagi aku. Hehehe... sebab bagi aku yang penting adalah kualiti. InsyaAllah nak mass production tu mungkin tunggu bila aku dah ada pembantu nanti. 










Ada tiga jenis je yang aku jual. Yang bulat tu Cookies Penyet, sejenis chocolate chip cookies jugak. Ada walnut tau dalam dia. Hehehe... Yang segi tiga tu Golden Shortbread. Best selling cookies aku of all time tu!!! Setiap tahun ada. Hahaha! Dia sangat buttery dan rangup tetapi cair didalam mulut. Yummehhh! Dan yang gelap sekali tu paling latest. Resepi ibu aku sendiri, Almond Salami. Rangup diluar dan lembut didalam. Ada almond yang sangat banyakkkkkkk. 

Semua RM18.00 satu botol/balang. Berbeza jumlah kepingan sebab bahan berbeza dan saiz berbeza. Tapi! Tapi butter yang sama. Aku cuma guna butter asli okey untuk produk Choomill Desserts aku. Haaaaaa! Dari dulu pun memang macam tu.

Jadi, siapa yang rasa mahal tu. Aku tak boleh nak cakap apa. Aku guna bahan yang sangat berkualiti dan insya Allah dijamin sedappppppppp. Kalau rasa murah? Hahaha, well bolehlah order bebanyak sedekah kat kekawan, famili ataupun tetamu korang time raya. RM18.00 ni kira pek ekonomi lah bagi aku untuk korang semua dengan harapan ia mampu milik. Camtuhaaaaa! Hahahahaha... yelah, apa tidaknya, biasa dulu orang jual cookies sampai 50 ke 60 pcs sebalang tapi laa ni susah nak jual banyak tu sebab harga jualan akan jadi lebih daripada RM25.00. Silap-silap jadi RM35.00 ke RM40.00. Aku boleh je buat macam tu tapi aku kasihankan orang yang nak merasa tapi tak nak spend banyak. Aku faham.

Pada masa yang sama, aku nak win-win situation jugak. Aku nak maintain guna ingredients yang terhebat di alam semesta. Hahahaha! InsyaAllah semoga pendapatan aku meningkat dan mendapat berkat. Dan korang dapat merasa nikmat keenakan produk homemade bumiputera yang heaven. Gitew!

Korang berminat? Boleh follow Choomill Desserts punya Instagram. Facebook pun ada kalau nak. Dan boleh WhatsApp nombor aku terus untuk order. 0136273703

As salam... terima kasih! 

No comments: